Melihat kepada jumlah yang diumumkan kami yakin ramai daripada anda yang terkejut dengan tindakan yang dibuat oleh platform video terkenal iaitu YouTube.

YouTube baru-baru ini mengumumkan tindakan untuk membuang sebanyak 8 juta video dalam jangka masa tiga bulan terakhir ini berlaku disebabkan terlalu banyak video melibatkan spam serta diluar syarat YouTube. Difahamkan video melibatkan pornografi dan ancaman ganas antara yang terlibat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

youtube1

Lebih menarik penggunaan teknologi terbaru daripada Google menapis lebih 6.7 juta video sebelum menerima tontonan yang pertama. Selebihnya adalah video yang dibuang berikutan menerima laporan atau report yang tinggi daripada orang ramai.

Diharap segala usaha Google dan YouTube ini berjaya menawarkan pengalaman menonton yang lebih baik buat semua lapisan penonton termasuk khususnya YouTube Kids dimana majoriti daripada penonton terdiri daripada kanak-kanak.

Sumber