Rumah bukan sekadar menjadi tempat kediaman, ia juga berfungsi sebagai tempat perlindungan. Oleh itu, memilih lokasi yang selamat untuk didiami merupakan aspek penting yang perlu diambil kira. Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa lokasi bahaya di dunia yang menjadi tempat tinggal manusia? Di bawah ini merupakan senarai 8 lokasi bahaya di dunia yang masih dihuni manusia.

Castellfollit de la Roca, Sepanyol

1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Castellfollit de la Roca ini adalah sebuah perkampungan yang terletak di daerah Girona, Sepanyol. Perkampungan ini terletak di atas batu yang terbentuk hasil daripada lava gunung berapi yang mengeras sejak ribuan tahun dahulu. Dengan ketinggian setinggi 50 meter, perkampungan yang terbina di atas tebing ini menempatkan sekitar 1,000 orang penduduk.

The Hanging Monastery, China

2

Biara atau tempat tinggal pertapa-pertapa penganut agama Budha ini dibina di tebing 491 berdekatan dengan Gunung Suci Heng di China. Tempat ini turut menjadi tempat upacara keagamaan bagi penganut Budha dan Toa. Memiliki beberapa dewan yang dibina sepanjang kawasan batu curam, ia juga berfungsi sebagai dinding belakang. Pada tahun 1982, tempat ini dilindungi dan menjadi monumen kebangsaan China.

Istana Lichtenstein, Jerman

3

Istana yang sering muncul di dalam cerita-cerita rakyat orang Eropah ini terletak pada ketinggian 817 meter. Di sebelah istana ini merupakan kesan runtuhan kubu zaman pertengahan yang dibina sekitar tahun 1150-1200 dan dimusnahkan pada abad ke-14. Istana ini pula dibina pada tahun 1840-1842. Hari ini, istana megah ini menjadi kepunyaan Duke Of Urach. Ia menjadi tempat bersejarah yang menempatkan pelbagai koleksi senjata zaman silam dan dibuka untuk pelawat.

Meteora Monasteries, Greece

5

Meteora sebenarnya merupakan gelaran yang diberikan kepada Biara iaitu pertapa atau pendeta agama Kristian Ortodoks Timur di Greece (Yunani). Menurut sejarah, sejak abad ke-9 lagi tempat ini sudah menjadi kediaman ramai para pertapa Kristian. Namun sekarang hanya 6 sahaja yang tinggal, 4 lelaki dan 2 perempuan. Kini Meteora sudah menjadi salah satu daripada tapak warisan dunia UNESCO sejak diumumkan pada 1988.

Kalapana, Hawaii

5

Pada tahun 1986, aliran lava gunung berapi pernah membanjiri tempat ini sehinggakan ia digelar sebagai ‘bandar berhantu’ kerana ditinggalkan sepi tidak berpenghuni. Akses masuk ke bandar ini turut ditutup pihak berkuasa tempatan. Meskipun begitu, satu laporan ketika tahun 2010 memberitahu sebenarnya terdapat 35 rumah yang masih hidup tinggal di Kalapana.

Rumah Pokok Korowai, Indonesia

6

Rumah pokok ini merupakan kediaman yang dihuni oleh sekelompok Orang Asli yang tinggal di daerah Papua, Indonesia. Kebiasaanya, rumah pokok dibina setinggi 15 hingga 50 meter. Menurut kepercayaan Orang Asli di sini atau lebih tepat dikenali Kaum Korowai, tujuan rumah dibina setinggi itu adalah untuk mengelak ancaman binatang buas serta roh jahat. Dalam kepercayaan mereka juga berpendapat, semakin tinggi rumah dibina, semakin jauh dari gangguan roh jahat.

Solvay Hut, Switzerland

7

Pondok gunung ini dibina pada ketinggian 4,003 meter dari paras laut. Pondok ini digunakan jika berlakunya kecemasan terutama apabila melibatkan cuaca yang sangat burut. Di dalam pondok ini terdapat 10 buah katil yang boleh digunakan untuk berehat dan telefon mudah alih. Tapi tiada makanan.

Menara Kayak, Santos, Brazil

8

Melihat bangunan bandar kayak, Santos di Brazil ini pun ada sudah tahu ada yang tidak kena dengan struktur binaannya. Meskipun sudah menerima pelbagai kritikan, namun ianya sukar untuk dibaiki semula. Oleh kerana tempat tinggal yang terhad dan kadar sewaan yang tinggi, masih ramai penyewa yang berani mendiami bangunan condong ini.