Keindahan alam di Indonesia memang patut diakui. Indonesia memiliki banyak tempat-tempat cantik dengan pemandangan alam semula jadi yang mempersonakan. Oleh itu tidak hairanlah mengapa Indonesia termasuk di dalam carta 20 best contries in the world.

Salah satu di antara tarikan unik yang ada di Indonesia adalah fenomena Blue Fire yang hanya ada dua sahaja di dunia iaitu di Iceland dan Indonesia. Dan contoh lokasi cantik yang lain adalah 8 lokasi ‘syurga’ tersembunyi seperti yang pernah diterbitkan sebelum ini.

Dalam pada itu di satu portal, Indonesia memberitahu terdapat beberapa tempat cantik yang menjadi tarikan pelancong di negara itu kini tidak lagi seindah dahulu. Paling mengejutkan, majoriti lokasi ini merupakan destinasi popular di Indonesia yang menjadi buruan pelancong dari seluruh dunia. Punca utama kerana sikap pelancong luar dan penduduk tempatan yang tidak bertanggungjawab serta gagal menjaga kebersihan alam sekitar.

Agar anda tidak meletak harapan menggunung bila berkunjung ke sini, inilah realiti keadaan serta suasana tempat berikut:

1. Pantai Kuta

1

Kemasyhuran Pantai Kuta di Kepulauan Bali ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Kebanyakkan gambar-gambar di internet semuanya memaparkan keindahan Pantai Kuta. Namun, realitinya Pantai Kuta tidaklah seindah seperti yang dibayangkan. Sebaliknya penuh dengan sampah-sarap.

2. Jambatan Langsa, Aceh

2

Ini bukan kali pertama jambatan Langsa di Aceh roboh. Peristiwa yang sama pernah berlaku sebelum ini. Jambatan ini hanya mampu menampung 4 ke 5 orang dalam satu masa. Inilah akibat tidak mengendahkan peraturan yang ditetapkan.

3. Argapura

3

Argapura merupakan kawasan pertanian di daerah Majalengka, Jawa Barat. Kawasan dengan pemandangan hijau serta udara yang nyaman ini turut menerima nasib yang sama. Banyak tanaman bawang milik petani di sini rosak kerana dipijak pelancong.

4. Selorejo

4

Waduk Selorejo merupakan lokasi alam semula jadi yang cantik serta terkenal dengan keindahan pemandangan di waktu matahari terbit. Terletak di bahagian barat Kabupaten Malang, Jawa Timur, kini Waduk Selorejo dicemari dengan timbunan sampah-sarap.

5. Candi Borobudur

5

Salah satu sebab terjadinya kerosakkan di sesuatu tempat adalah sikap pelancong yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. Ini adalah salah satu contoh yang berlaku di Candi Borobudur, Jawa Tengah. Candi Borobudur pernah diwartakan sebagai salah satu daripada 7 keajaiban dunia UNESCO.

6. Gunung Rinjani

6

Gunung Rinjani adalah gunung yang berlokasi di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat. Merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dan menjadi lokasi popular di kalangan pendaki kerana keindahan pemandangannya. Namun begitu, inilah nasib terkini di sekitar gunung ini, penuh dengan sampah-sarap.

7. Taman Nasional Bunaken

7

Taman Nasional Bunakan atau dikenali sebagai taman laut yang menjadi habitat kepada 390 speises terumbu karang. Ia turut tidak terlepas daripada menerima masalah pencemaran laut.

8. Ranu Kumbolo

8

Buat pengetahuan anda, Ranu Kumbolo ini merupakan tempat pelancongan yang popular di daerah Jawa Timur. Tempat ini digambarkan sebagai satu tempat yang masih ‘bersih’ serta memiliki keindahan alam semula jadi yang mempersonakan. Tempat ini dikhabarkan amat sesuai untuk mencari ketenangan dan buat mereka yang mahu lari jauh dari kesibukkan bandar. Namun realitinya, keadaan di Ranu Kumbolo tidaklah seindah khabar.

Jadi, jika anda berkunjung ke Indonesia, mungkin senarai di atas boleh dikeluarkan dari lokasi yang ingin dilawati.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤