Meja makan adalah di antara perabot yang mengambil ruang yang besar. Lebar dan panjangnya kadang-kala tidak bersesuaian dengan saiz rumah yang diduduki. Buat keluarga kecil, pasti keliru sama ada menyediakan meja makan yang kecil sahaja, atau lebih besar, untuk kegunaan apabila tetamu datang berkunjung.

Jangan risau, kerana teknologi zaman sekarang sudah berupaya mencipta meja makan yang boleh dilipat (foldable) atau dilaraskan (extendable) dengan mudah. Apa yang lebih menarik, meja makan ini dicipta oleh designer terkenal dalam rekaan yang chic.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin kita belum mampu membelinya sekarang, tetapi apabila teknologi menjadi semakin murah, dan rekaan ini semakin tersebar ke seluruh dunia, kita mungkin dapat menggunakannya, 10 tahun dari sekarang.

Mari lihat 8 meja boleh laras yang hebat dari Ozzio ini:

1. Ozzio – Meja konsol boleh laras Golia

Meja konsol boleh laras, dengan permukaan dan struktur kayu, serta mekanisma aluminium teleskopik dan kaki gelongsor untuk membukanya.

Meja ini pernah dipaparkan dalam artikel kami tentang rumah akan datang di bawah:

Mahu Tahu Bagaimana Rupa Rumah Masa Akan Datang? Ini Mungkin Jawapannya

Baca lebih lanjut tentang meja Ozzio Golia di sini.

2. Ozzio – GLASS

Meja konsol boleh laras, dari struktur MDF dengan kemasan lacquer dan cat melamin, serta permukaan dan kaki diperbuat daripada kaca atau permukaan batu. Mekanisma teleskopik aluminium dengan kaki kayu gelungsur menyokong mekanisma boleh laras apabila dibuka.

Baca lebih lanjut di sini.

3. Ozzio – MINIMA

Meja konsol boleh laras dengan 3 sambungan, satu bahagian yang boleh dilipat dengan panjang 34 cm, rangka kayu, permukaan kayu dan mekanisma aluminium teleskopik.

Maklumat lanjut di sini.

4. Ozzio – MINI

Meja boleh ubah dengan rangka besi, boleh diubah daripada ketinggian sebanyak 23 cm menjadi 76 cm, dengan permukaan melamin doubling.

Maklumat penuh di sini.

5. Ozzio – FLAT

Meja kopi dengan permukaan kaca ini boleh dilaraskan kepada 2 ketinggian iaitu 25 cm dan 56 cm. Ia datang dengan mekanisma self-braking dan gas-lifting. Terdapat juga produk meja ini yang datang dengan sistem LED.

Maklumat lanjut di sini.

6. Ozzio – METRO’

Meja  makan ini datang dengan rangka aluminium, mekanisma teleskopik, serta permukaan kayu dan aluminium.

Maklumat lanjut di sini.

7. Ozzio – BOX

Meja  boleh ubah dengan rangka besi, boleh dilaraskan dari ketinggian 25 cm sehingga 84 cm menggunakan sistem gas, rangka dan permukaan kaca, serta bahagian dalam dicat dengan melamin.

Maklumat lanjut di sini.

8. Ozzio – E-MOTION

Meja boleh ubah dengan rangka “kaca” aluminium atau besi, dua ketinggian iaitu dari 43 cm kepada 82 cm yang dilaraskan menggunakan elektrik, permukaan kaca, extension (sambungan) gelungsur. Variasinya juga dilengkapi dengan sistem LED.

https://www.youtube.com/watch?v=tD4CH0IZhb0

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

BACA Juga:

10 Inspirasi Ruang Tamu Dan Laluan Pintu Masuk Yang Menggembirakan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber