Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Anak muda hari ini ramai yang mula memikirkan tentang masa depan dan mula menyimpan harta untuk bekalan.

Namun ada juga yang sebaliknya. Tapi tak mengapa. Berikut saya kongsikan 8 mitos dan salah faham agar anda tak tersilap langkah sewaktu membeli rumah.

1. Masih Muda, Kita Enjoy

Semakin lewat kita bermula semakin singkat tempoh bayaran kita. Sanggupkah bayar tinggi pada rumah yang sama.

2. Bayar Lebih, Cepat Habis

Jika pinjaman kita bukan Flexi Home bayaran lebih tak banyak untung sebenarnya. Kalau ada ‘lock in period’ lebih ngeri, bayar cepat kena denda lagi.

3. ‘Refinance’ Tidak Semua Untung

Pertimbangkan kadar baru, adakalanya tahun pertama saja rendah tahun berikutnya tinggi. Ia tetap hutang baru yang kita kena bayar.

4. ‘Beli Rumah Senantiasa Untung’

Tak semua hartanah itu menguntungkan, jika salah beli ruginya berpuluh tahun sedang menanti.

5. Modal Hanya 10% Sahaja

Deposit awal memang 10% tetapi duti setem, penilai, kos guaman, yuran permohonan perlukan duit awal.

6. Rumah Pertama Rumah Idaman Kita

Kita jadi lewat membeli kerana mencari rumah yang macam drama TV petang hari.

7. Ada Hartanah Tanpa Modal

Itu semua ayat pemasaran, beli hartanah mesti ada modal. Duit kita mesti keluar dulu, dah lulus pembiayaan baru dapat kembali wang.

8. Maksimumkan Pembiayaan

Jangan maksimumkan gaji kita untuk rumah pertama, kita mesti ada impian beli rumah lain bila anak bertambah dan tambah pelaburan

Mitos ini ada bahayanya, jika salah bertahun makan masa nak betulkan semula.

Mitos lelaki suka wanita seksi itu hanya dalam drama TV sahaja, jika nak jadikan isteri mereka suka yang litupnya hingga ke kaki.

Baca lagi: 5 Perkara Asas Sebelum Beli Rumah Yang Anda Perlu Tahu

Artikel di atas disumbangkan oleh Azizul Azli Ahmad. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka