E-Sukan kini semakin diterima umum di samping kejohanan E-Sukan kerap dilangsungkan di dalam dan luar negara. Selaras dengan perkembangan tersebut, DethStix dan KITAMEN telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan CET 2019 (CEO Esports Tournament) buat kali yang pertama.

CET 2019 (CEO Esports Tournament / Kejohanan E-sukan CEO) adalah hasil inovasi dan kreativiti bersama antara Dethstix dan KITAMEN untuk menggunakan platform E-Sukan sebagai saluran komunikasi dalam tangga korporat syarikat tempatan.

FIFA 2019
FIFA 2019

Lebih menarik, hadiah-hadiah terkumpul bernilai RM10,000 bakal menjadi rebutan untuk pasukan-pasukan yang menyertai Kejohanan E-Sukan CEO yang pertama kali diadakan di ibu pejabat KITAMEN yang dikenali sebagai EPICENTER di Sungai Buloh.

Dalam CET 2019, 8 syarikat terkemuka tempatan menghantar 4 pemain terbaik bagi mewakili syarikat masing-masing untuk bertarung dalam permainan video FIFA 19 dan 8 pasukan tersebut adalah Semuanya Bola, DuBook Press, TheLorry, Dethstix, Touch ‘n Go, HARTABUMI,ACASIA dan The Vocket.

CET Vocket

Syarat kemasukan untuk CET 2019 adalah setiap pasukan perlu diketuai oleh CEO syarikat tersebut dan dianggotai kakitangan dari pelbagai aras. CET 2019 akan menggunakan format yang berlainan berbanding kebanyakan pertandingan E-Sukan FIFA 19; persis format perlawanan di Thomas Cup:

• Format: Best of 3 rounds. 8 pasukan, 4 ahli (A,B,C,D)
• Round 1: 1vs1
• Round 2: 2vs2
• Round 3: 1vs1
• Bermula dari pusingan kalah mati

Terima kasih diucapkan kepada barisan penaja; AndaSeat, EPICENTER by KITAMEN, Touch ‘n Go, SBX, Dalucia dan Kantin Sekolah SMK Bukit Changgang yang menjayakan CET 2019. Doakan kejayaaan The Vocket untuk menjuarai CET 2019 ini!