Guy Spier adalah pengasas dan Pengarah Urusan Aquamarine Capital dan penulis buku “The Education Of A Value Investor”.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Mohnish Pabrai adalah Rakan Kongsi Pengurusan Pabrai Investment Funds dan Dhandho Holdings. Dia juga merupakan penulis buku “The Dhandho Investor” dan pengasas The Dakshana Foundation bagi membantu kanak-kanak di dalam bidang IIT.

Guy Spier dan Mohnish Pabrai berpakat untuk membida sesi makan tengah hari bersama Warren Buffet pada 2008. Bidaan mereka berjaya dan sesi makan tengah hari itu bernilai USD$650,000.

fivegoodquestions.co

fivegoodquestions.co

Ia dilihat satu harga yang tidak masuk akal kerana terlalu tinggi. Tetapi mereka berdua yakin inilah antara pelaburan terbaik yang pernah mereka lakukan.

Di dalam sesi tersebut, Spier dan Pabrai memperolehi tip-tip pelaburan, peluang untuk perkembangan peribadi dan peluang untuk mengetahui bagaimana cara mentor yang mereka kagumi, Warren Buffett menjalani kehidupan.

Kesannya, kehidupan Spier telah berubah secara drastik dalam dua perkara iaitu bulatan rakan sosial dimana dia akan memastikan orang-orang di sekelilingnya itu adalah “pemberi”, bukan “penerima” dan perubahan lokasi setelah dia melakukan kad skor dalaman mengikut gaya Warren Buffett.

observer.com

observer.com

5 Pengajaran Yang Guy Spier Dapati Daripada Sesi Makan Tengah Hari Bersama Warren Buffett:

1. Tidak konvensional sering lebih baik.

Makan tengah hari itu benar-benar akan menjadi kelas pakar dalam pelaburan dan kehidupan kerana berpeluang untuk bertemu dan belajar daripada seorang lelaki yang luar biasa.

Spier menjelaskan kepada Buffett betapa sukarnya menentukan keputusan dalam sesuautu situasi, walaupun mengetahui bahawa ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

Jadi Spier bertanya kepadanya, “Adakah melakukan perkara yang betul dalam perniagaan menjadikan apa-apa dengan lebih mudah?”

Warren berkata bahawa ia dapat menjadi sedikit mudah. Tetapi beliau menambah, “Orang akan sentiasa cuba untuk menghalang anda daripada melakukan perkara yang betul jika ia tidak konvensional.”

2. Kekal keanak-anakan.

Buffet suka melayani kanak-kanak melalui pendekatan bermain dan menggembirakan mereka. Tetapi bukan itu yang mahu diketengahkan sifat kekal keanak-anakan Buffet. Sebenarnya, Buffet mempunyai rasa ingin tahu yang kuat seperti seorang kanak-kanak. Dia benar-benar berminat untuk tahu tentang diri kita dan mahu belajar seberapa banyak yang dia boleh. Dia lakukan itu bukan kerana kita yang istimewa tetapi kerana dia mempunyai fikiran yang luar biasa dan semangat inkuiri yang tinggi.

3. Belajar berkata ‘tidak’.

Diari Buffet banyak ruang kosong kerana dia suka masanya tidak berstruktur dan ada ruang untuk bertindak spontan.

Spier sedar Buffet sama sekali tidak bersedia untuk berkompromi dalam hal peribadi dan detik-detik kebahagiaannya demi mencapai beberapa matlamat korporat.

Spier juga memutuskan untuk mendapatkan yang lebih baik dengan keupayaan diri sendiri dengan menyatakan tidak. Ini kerana melalui pemerhatiaannya didapati Buffet tidak mempunyai masalah apabila berkata tidak di mana dia tegar mengharunginya.

4. Cari dan dengar ‘kad skor dalaman’ anda.

Pengajaran yang paling mendalam mungkin tentang perbezaan antara “dalaman” dan “luaran” kad skor seseorang yang dibuat Buffet. Pengajaran ini penting kerana ia akan membantu kita dalam membuat keputusan mengikut kad skor dalaman kita.

Buffett mengajar tentangnya dengan meminta Guy Spier dan Mohnish Pabrai menjawab soalan berikut:

“Adakah anda ingin, secara terbuka (umum), dianggap sebagai kekasih yang terbaik di dunia, tetapi secara peribadi anda tahu bahawa anda adalah yang paling teruk? Atau, kamu ingin dianggap oleh umum sebagai kekasih yang paling teruk di dunia, sedangkan secara peribadi anda tahu bahawa anda adalah yang terbaik?”

Jawapan kepada soalan itu buat Spier sedar bahawa selama ini berapa kerap dia telah melakukan sesuatu kerana didorong oleh apa yang orang lain akan berfikir tentang dirinya.

Selepas memahami konsep tersebut, Spier bertekad untuk mendengar dengan lebih teliti kad skor dalamannya. Akhirnya, Spier memutuskan untuk berpindah ke Zurich.

5. Melabur masa dan tenaga dan mengambil risiko untuk hubungan yang betul.

Spier belajar satu jumlah ilmu dan pengalaman yang besar daripada sesi makan tengah hari itu. Dia telah membuat beberapa perubahan penting dan menerima kesannya akibat daripada perubahan tersebut.

Dia memastikan orang-orang di sekelilingnya adalah orang yang lebih baik daripada saya dan mampu membuatkan saya memperbaiki diri agar menjadi lebih baik. Kini, dia tidak kisah untuk membeli tiket kapal terbang dan alami jet-lag sekiranya berpeluang meluangkan masa yang berkualiti dengan seseorang yang dikagumi dan belajar daripadanya.

Sebenarnya tidak ternilai makna menjaga dan membentuk hubungan dan meluangkan masa dan tenaga untuk mengekalkan mereka yang lebih baik daripada kita dan menyumbangkan impak positif kepada diri berbanding dengan kos yang dikeluarkan dan risiko yang dihadapi.

3 Pengajaran Yang Mohnish Pabrai Dapati Daripada Sesi Makan Tengah Hari Bersama Warren Buffett:

1. 5 minit pertama

Buffet membuatkan kita berasa selesa semasa 5 minit pertama bersua muka dengannya. Dia membuatkan kita berasa yang kita sedang makan tengah hari dengan datuk sendiri. Dia benar-benar mahu menyampaikan nilai-nilai penting di meja makan itu yang dihadiri orang-orang penting.

2. Soalan dijawab dengan pengajaran.

Bila-bila masa kita bertanya kepadanya satu soalan, Buffet akan menjawab soalan itu dengan cara di mana terdapat pembelajaran yang amat besar dan bernilai.

3. Jangan tergesa-gesa untuk jadi kaya.

Semasa mula-mula pelaburan, Warren Buffett memulakannya bersama Rick Guerin dan Charlie. Lama-kelamaan Rick Guerin tidak kelihatan.

Menurut Buffet, dia ada berhubung dengan Rick Guerin. Charlie dan Buffett tahu mereka akan menjadi kaya. Cuma mereka tidak terkejar-kejar menjadi kaya. Rick Guerin pula bijak seperti mereka berdua tetapi dia tergesa-gesa. Guerin telah menjual stoknya Berkshire kepada Warren dalam tahun 1973, 1974 semasa ekonomi lembab.

Pengajaran daripada situasi Guerin, jangan menggunakan leverage dan jadilah seorang yang sabar.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group