Malaysia merupakan satu negara yang memiliki kepelbagaian kaum, budaya dan warisan. Adakah anda sebagai rakyat Malaysia ketahui budaya sesuatu kaum itu dan pernahkah anda menerokai budaya dan warisan kaum-kaum yang berada di Malaysia?
Terbaharu, Airbnb telah menawarkan siri pengalaman unik untuk anda mengenali Malaysia dengan lebih dekat. Terdapat 8 hos Malaysia yang akan memberikan anda perngalaman yang luar biasa dimana mempamerkan kebudayaan dan warisan Malaysia pada waktu terhad.
Menariknya, setiap aktiviti ini anda boleh sertai dengan hanya RM1 sahaja bagi setiap orang dan tersedia pada tarikh-tarikh tertentu dan tersedia berdasarkan siapa cepat dia dapat. Berikut adalah siri pengalaman unik tersebut:
1. Lawatan Berbasikal Warisan Pulau Pinang Semua-Dalam-Satu, Pulau Pinang
Ken dan rakan-rakannya akan membawa anda ke sekitar Georgetown dalam lawatan berbasikal warisan untuk menikmati makanan penjaja yang enak, seni jalanan dan tapak bersejarah terbaik di Pulau Pinang.
Bagi mereka yang tidak boleh berbasikal, Ken juga menawarkan pilihan untuk mengalaminya dengan menaiki beca! Jika anda berminat, aktiviti ini hanya tersedia pada 16 September 2019 dan terhad kepada 10 orang sahaja.
2. Keajaiban Kampung Baru, Kuala Lumpur
Terokai rahsia dan cerita tersembunyi tentang keluarga Melayu yang tinggal di Kampung Baru apabila Fuad membawa anda bersiar-siar mengelilingi kawasan Melayu terakhir tempat beliau membesar.
Anda juga akan dapat melawat tempat yang biasanya dikunjungi oleh penduduk tempatan dan mengalami cara hidup Kampung Baru yang tulen. Aktiviti ini hanya terhad kepada 6 orang sahaja dan tersedia pada 17 September 2019.
3. Kelas Memasak Kuih Nyonya Melaka, Melaka
Di sini, anda akan pelajari cara membuat Kuih nyonya iaitu snek Peranakan tradisional. Li Ting dan ibunya akan berkongsi resipi rahsia keluarga mereka.
Anda juga akan dapat membawa pulang kuih manis ini. Bagi anda yang berminat untuk ketahui cara membuat kuih ini, aktiviti ini tersedia pada 19 September 2019 dan terhad kepada 8 orang sahaja.
4. Jahit Blaus Batik, Kuala Lumpur
Pemilik bersama Maker’s Habitat iaitu Ching telah menjahit pakaian dan beg sejak 20 tahun lepas. Di sini, anda dapat merasai keseronokan menjahit.
Malah, anda juga boleh bawa pulang blaus batik Malaysia anda sendiri. Berminat? Aktiviti akan tersedia pada 19 September 2019 dan terhad kepada 6 orang sahaja.
5. 3-dalam-1 Masjid + Batu Cave + Kuil Bukit, Kuala Lumpur
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang komuniti Muslim di Malaysia? Sertai Ahmad dalam pengalaman penghayatan budayanya sambil berjalan-berjalan. Anda akan dapat menghayati seni bina dan sejarah rumah ibadah yang berbeza di sekitar Kuala Lumpur.
Jika anda ingin ketahui sejarah rumah ibadah yang tidak didendang dan melihat keunikan seni bina, inilah aktiviti yang sesuai dilakukan. Aktiviti ini hanya tersedia pada 23 September 2019 dan terhad kepada 12 orang sahaja.
6. Denai Kampung Temuan dengan Pemandu Orang Asli, Petaling Jaya
Pengalaman ini merupakan inisiatif bersama antara Native, sebuah perusahaan sosial berasaskan pengembaraan dan Epic Collective, sebuah ekosistem syarikat dan platform yang bertujuan untuk mewujudkan peluang sukarelawan bagi mereka yang ingin menyumbang kembali kepada masyarakat.
Sertai Daniel dan pasukannya semasa mereka mengembara merentasi hutan komuniti Orang Asli Temuan yang dilindungi dan ketahui lebih lanjut tentang penduduk tempatan dan persekitaran mereka. Aktiviti ini tersedia pada 22 September 2019 dan terhad untuk 10 orang sahaja.
7. Belajar bermain Sape bersama dengan juara muzik, Kuala Lumpur
Ketahui cara bermain Sape, alat tradisional dari Sarawak dari pemain muzik juara dunia, Saufi Aiman. Di akhir sesi kelas ini, anda akan dapat membaca nota muzik asas dan memainkan beberapa lagu Sape bersama-sama dengan rakan muzik baharu anda!
Bagi anda yang ingin belajar cara bermain alatan tradisional, inilah saatnya. Aktiviti ini tersedia pada 28 September 2019 ini terhad untuk 10 orang sahaja.
8. Alami kehidupan kampung di Malaysia, Kuala Lumpur
Nikmati pengalaman tradisi dan budaya suku suku Semai pada pengembaraan selama dua hari dimana tuan rumah Adi akan membawa anda untuk mengalami kehidupan di sebuah kampung tradisional.
Anda akan mendaki untuk melihat bunga terbesar di dunia, menikmati air terjun Damak dan juga belajar menenun, memancing dan memburu! Berminat? Aktiviti ini terhad kepada 6 orang sahaja dan tersedia pada 28 September hingga 29 September 2019.
Menarik bukan aktiviti-aktiviti yang diketengahkan? Aktiviti yang ditawarkan sangat sesuai untuk dilakukan untuk kita mengenal lebih dekat dengan kepelbagaian budaya dan lebih menghargai budaya kita.
Tahukah anda hotel-hotel yang telah melalui detik-detik bersejarah di Malaysia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC
‘SEGAR City’ Taman Rekreasi Terbesar Di Port Dickson Telah Dibuka