Sewaktu travel ke Norway dengan Qatar Airways baru-baru ini, saya telah transit di Qatar selama 20 jam.

Sangkaan saya pastinya lapangan terbang ini sama saja dengan lapangan terbang di negara lain. Sesak dan mungkin juga nak duduk pun tak ada kerusi. Silap gaya jika nasib tak baik nak minum air pun susah. Maklumlah, negara padang pasir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi ternyata sangkaan saya meleset. Malahan saya selesa sepanjang berada di lapangan terbang ini.

Berikut saya kongsikan 8 perkara menarik hasil pemerhatian sewaktu berada di Hamad International Airport, Doha, Qatar.

1. Tandas bersih gila

doha-airport-2
Dalam gambar adalah cleaner yang jaga tandas ni. Setiap tandas ada sorang cleaner.
doha-airport-1
Lantai tandas sentiasa kering. Susah nak jumpa yang basah.

Ye, sangat bersih. Mana taknya, setiap tandas disediakan sorang penjaga. Kerja dia sentiasa pastikan tandas kering, tisu siap berlipat kat hujung macam belum digunakan lagi, dan semua sabun basuh tangan terisi.

Memang dia duduk dalam tandas je sepanjang waktu bertugas. Siap menyanyi menghiburkan hati pun ada sambil mop lantai tandas.

2. Ada penyambut tetamu di bilik solat / surau

doha-airport-15
Surau wanita. Ada beberapa surau.
doha-airport-16
Tempat ambil wudhu
doha-airport-17
Rak simpan kasut di surau
doha-airport-18
View dalam surau

Pernah tak korang pergi mana-mana surau atau bilik solat lepas tu ada orang senyum, bagi salam  dan siap bukakan pintu?

Selalu layanan macam ni ada kat hotel je. Atau waktu pergi meeting. Secretary yang jemput masuk ke bilik mesyuarat tolong bukakan pintu.

Ini kat surau dia okey. Ah, terkesima dan teruja lah gini. Disambut mesra dan diraikan bila tiba di surau, gitu.

Jika korang letak beg dalam troley pula, sekali dengan troley tu boleh bawa masuk dalam surau. Troley tu boleh tolak kat luar dari kawasan karpet. Ada ruang untuk tolak troley.

Jadi jika korang solo travel pun tak perlu risau lah. Boleh solat dengan tenang sebab troley ada je kat sebelah. Orang nak curi pun susah sebab penjaga surau ada berdiri kat luar pintu.

3. Water cooler di mana-mana

doha-airport-20
Water cooler selalunya ada berhampiran tandas

Kalau transit kat airport ni tak payah nak risau pasal air minum. Ada je kat mana-mana. Tinggal hulur mulut je sedut air walaupun negara ni asalnya macam gurun satu ketika dulu. Hehe.

Nak senang lagi bawalah botol kosong. Boleh isi air bila tiba di sini.

4. Ada bilik berehat aka Quiet Room

doha-airport-3

doha-airport-12
Quiet room lelaki. Boleh dilihat dari luar. Wanita pun boleh je masuk bilik ni.
doha-airport-11
Pintu quiet room wanita. Bertutup rapat. Sorry gambar tak sharp. Tangkap pakai HP.
doha-airport-10
Suasana dalam quiet room wanita

Bilik quiet room siap diasingkan khas untuk lelaki dan khas untuk wanita. Lagi best quite room wanita siap cerminnya dikelabukan supaya orang yang tengah baring kat dalam tak dapat dilihat dari luar. Bagus betul.

Dorang boleh agak mungkin ada aksi Kak Leha and the gang tidur punya lena sampai mulut ternganga dan kain terselak tinggi. Mencegah free show kekdahnya.

Troley juga boleh dibawa masuk ke dalam quiet room. Jadi kepada yang transit di sini dan ada flight awal pagi esok, jangan risau. Korang boleh tidur dengan lena tanpa perlu rasa macam merempat di sini. Jangan terlepas flight sudahlah. Hehe.

Baca: 10 Persoalan Asas Yang Perlu Diketahui Sewaktu Anda Merancang Untuk Travel

5. Ada internet kiosk percuma

doha-airport-23
Macam ni lah internet kiosk. Diletak berdekatan telefon awam.

doha-airport-22

Test power sikit kat internet kiosk ni. Tengok laju ke tak. Surf Vocket la. Haha.

Jika korang nak google dan cari info, pergi ke ke kiosk yang ada di beberapa lokasi di sekitar lapangan terbang ni. Senang je nak cari sebab agak merata-rata jugaklah dia letak benda alah ni.

6. Free wifi

doha-airport-33

Jika korang penumpang Qatar Airways, boleh surf internet guna wifi free. Nak guna free wifi ni korang kena log in dan masukkan nombor tiket flight atau nombor booking. Boleh tahan laju internet dia bak hang.

7. Free city tour di Doha

doha-airport-24

doha-airport-4
Pass untuk Doha City Tour

doha-airport-35

doha-airport-32

Bagi penumpang Qatar Airways, jika korang transit lebih daripada 8 jam di sini, boleh sertai free city tour pusing Doha selama 3 jam.

Korang akan dibawa ke 4 lokasi iaitu The Pearl-Qatar, Pusat seni Katara Village, pusat membeli-belah Souq Waqif, dan Museum of Islamic Art yang memaparkan senibina menarik.

Bas dan visa pun dorang sediakan. Tinggal bawak badan dan kamera, enjoy the tour. Info lanjut boleh rujuk di QatarAirways.com.

8. Dianugerah sebagai lapangan terbang terbaik di rantau Asia Tengah (Middle East).

doha-airport-8
Kat atas tu sebenarnya rail metro train. Yang ada macam jaring-jaring tu

doha-airport-9

doha-airport-21

Hamad International Airport ini baru saja dibuka pada tahun 2014. Dan telah 2 tahun berturut-turut (tahun 2015 dan 2016) lapangan terbang ini disenarai sebagai terbaik di rantau Asia Tengah oleh Skytrax.

Qatar juga bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia (World Cup) pada tahun 2022 yang akan berlangsung pada musim sejuk di tahun tersebut.

Maka tak hairanlah Qatar begitu bersungguh-sungguh membangunkan infrastuktur termasuk lapangan terbang mereka.

doha-airport-31

doha-airport-29

doha-airport-30

Selain daripada itu, saya nak kongsikan juga beberapa info menarik tentang Qatar:

1. Populasi rakyat Qatar hanyalah seramai 290 ribu orang. Selebihnya adalah warga asing yang datang bekerja di negara ini.

2. Antara kemudahan percuma yang dinikmati rakyat Qatar adalah air, api, pendidikan, tiada cukai pendapatan (income tax) dan jaminan peluang pekerjaan oleh kerajaan.

3. Pekerja asing yang bekerja di Qatar juga tidak dikenakan income tax.

4. Raja Qatar telah membina lapangan terbang khas untuk kegunaan keluarga diraja sahaja.

5. Jika lelaki Qatar berkahwin dengan warga asing, anak-anak mereka turut layak menikmati kemudahan seperti mana dinikmati oleh rakyat Qatar.

6. Tetapi jika wanita Qatar berkahwin dengan lelaki asing, anak-anak mereka tidak akan menikmati kemudahan seperti mana dinikmati oleh ibu mereka.

7. Dan selalunya peluang wanita Qatar untuk berkahwin dengan warga asing adalah tipis kerana perlu melalui proses permohonan dan kelulusan yang agak ketat oleh komitee khas sebelum ditandatangani oleh Ministry of Interior.

8. Tidak boleh sesuka hati ambil gambar warga Qatar terutama wanita. Pandai-pandailah fikir bagaimana nak shoot ye.

doha-airport-34

doha-airport-27

Jadi buat backpacker sekalian, jangan risau jika korang transit di Qatar. Korang akan rasa selesa sepanjang berada di lapangan terbang ini.

Cuma sediakan duit lebih sikit. Makanan kat sini mahal dan kedai makan tak banyak. Penyelesaiannya, bawalah Brahims. Tinggal rendam dalam air panas dan makan di cafe sambil menikmati secawan kopi dan pemandangan menarik. Untuk tiket dan promosi terkini Qatar Airways, anda boleh rujuk di link ini.

Baca lagi: Malaysia Tersenarai Antara 15 Passport Paling Berkuasa Di Dunia Bagi Tahun 2016