Ada beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian.

1. Jika anda menunggang motosikal pada kelajuan melebihi 90km/j, anda disyorkan menunggang di sebelah kiri garis putih tengah jalan jika jalan raya dua lorong. Ini mungkin boleh mengelakkan kenderaan keluar simpang secara mendadak atau mengelak kenderaan songsang arus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

52595464_566076147199469_2821884291900768256_n

2. Berhati-hati ketika memasuki bandar dan pekan. Begitu juga bila melewati pasar sehari. Banyak kenderaan yang parkir di kiri jalan. Sila perlahankan kenderaan anda.

3. Beri perhatian kepada papan tanda jalan. Jika didapati di hadapan ada U-Turn, perlahankan kenderaan dan bersedia ke lorong kanan. Ini kerana kebiasaan, kenderaan Thai akan u-turn dan ke paling kiri lorong. Biasanya kemalangan kerap berlaku di sini melibatkan kenderaan Malaysia.

photo_2019-02-27_07-55-16

4. Kondisi jalan raya di Thailand lebih licin, pastikan tayar kenderaan anda material yang lebih lembut agar lebih mencengkam. Biasanya motosikal akan terbabas apabila mengambil selekoh pada kelajuan yang laju atau tinggi.

5. Patuhi had laju yang telah ditetapkan iaitu untuk lori treler dan tuk tuk 60km/j. Manakala lori dan bas 80km/j, motosikal dan kereta 90km/j. Biasanya jika berlaku kemalangan, soalan yang pertama ditanya oleh pihak berkuasa, berapa had laju di Thailand? Berapa kelajuan anda semasa membawa kenderaan. Biasanya rakaman cctv menjadi bukti. Berhati-hati kerana banyak cctv di sepanjang jalan raya terutama di simpang dan kawasan pekan.

photo_2019-02-27_07-55-15

6. Perlahankan kenderaan anda, patuhi papan tanda bila memasuki, pekan, bandar atau penempatan awam. Ini kerana kebiasaan kenderaan di Thailand pakir di sepanjang bahu jalan. Motosikal pula biasanya mundar mandir dan bergerak songsang arus. Pejalan kaki yang melintas jalan. Kemalangan melibatkan pejalan kaki, membolehkan anda dianggap bersalah.

7. Berhati-hati dengan budaya menunggang motosikal menyongsang arus. Sukar untuk memberi ulasan dengan budaya ini. Oleh itu, sebagai pelancong kita perlu berhati-hati dan menghormati budaya mereka.

photo_2019-02-27_07-55-16 (3)

8. Elakkan memandu di waktu malam. Ini berikutan budaya pemanduan di sini terlalu asing dengan budaya kita.

Nasihat tambahan:

Jika anda membawa kenderaan sendiri, adalah dinasihatkan untuk anda mengambil insuran wajib (por ror bor atau compulsory). Insuran ini membiayai bayaran rawatan hospital jika terlibat dengan kemalangan. Bagi insuran voluntary pula (insuran kenderaan), insuran ini membiayai pampasan kepada kenderaan yang terlibat dengan kenderaan anda. 

Endosement 101 atau Extension 101 adalah insuran tambahan atau extra Thai. Anda boleh rujuk wakil insuran kenderaan anda.Paling penting Travel Insuran, sebagai pelancong anda perlu bersedia sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Hormati Budaya Masyarakat Setempat. Lain padang, lain belalang.