Nota Editor : Kisah Jack Ma ini asalnya adalah dari akaun Facebook Faizul Ridzuan, seorang pelabur hartanah yang berjaya. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada anda untuk terus fokus dan berusaha menggapai impian.

“Orang gila” Jack Ma – Kalau dia pun boleh berjaya, apa alasan kita?

Salam semua,

Hari Isnin ni mesti ramai yang rasa menyampah nak pegi kerja, so saya nak kongsikan kisah Jack Ma dan ulasan saya sendiri mengenai hidup beliau. Sebab bagi saya banyak sangat teladan yang boleh kita ambil dari kisah beliau, dalam hidup dan dalam bisnes :

1. Hidup susah. Lahir dalam zaman komunis dan keluarga miskin. Takde duit atau network.

2. Sanggup kerja tanpa gaji untuk belajar ilmu. Sebab beliau nak belajar bahasa English waktu remaja, beliau sanggup bangun jam 5 pagi, duduk depan hotel untuk beri tour percuma asalkan beliau dapat belajar bahasa English.

3. Tak pandai belajar. Gagal 2 kali dalam peperiksaan nak masuk kolej, hanya lulus selepas percubaan ke-3 untuk jadi guru.

4. Takde orang nak ambil bekerja. Beliau pergi banyak temuduga (lebih 30) selepas tamat pengajian, tapi kena reject banyak kali. Nak jadi polis, mereka cakap beliau tak layak.

Paling sedih bila KFC nak buka di China dan mereka buat temuduga walk-in/terbuka. 24 orang turun ke temuduga tersebut, 23 orang dapat kerja di KFC, kecuali Jack Ma. KFC pun tak mahu ambil beliau sebagai pekerja.

5. Gagal berniaga. Pernah gagal dalam dua kali perniagaan lain sebelum AliBaba.

jack-ma-3

6. Tiada pengalaman. Tanpa sebarang pengalaman atau pendidikan akdemik dalam bidang komputer dan perisian. Beliau buka syarikat AliBaba pada 1998, dan syarikat ini rugi selama 3 tahun tanpa sebarang keuntungan.

7. Tetap yakin diri. Beliau kemudian cipta program untuk proses bayaran bernama AliPay, dan banyak kawan dan pelanggan Jack yang komen : “Ini idea paling bangang dalam semua idea kau”.

Hari ini, Alipay ada 800 juta pengguna. Kalau beliau dengar pendapat klien atau rakan beliau, pasti dah berkubur program AliPay.

8. Fokus. Niat beliau membuka Alibaba adalah untuk meboleh peniaga SME di China menjual barangan mereka di platform global. Sehingga hari ini fokus beliau masih sama.

Hari ini, beliau orang yang paling kaya di China, dengan nilai USD20 Bilion. IPO Alibaba merupakan IPO terbesar di dunia, dibuka di New York Stock Exchange (NYSE). Platform Alibaba digunakan oleh lebih seratus juta orang setiap hari.

jack-ma-4

Kalau kita tengok peniaga di keliling kita ramai yang takde fokus. Kejap jual seminar, esok jual cincin, lusa jual baju, lepas tu jual produk pelansingan / kecantikan. Gebang lebih. Semua nak buat tapi akhirnya semuanya jadi average atau biasa.

Majoriti peniaga tiada fokus untuk jadi world-class sebelum melangkah ke produk lain. Tutup kedai/biz selepas 1 tahun. Baru gagal sedikit, terus putus asa dan kata perniagaan tak bagus atau tak sesuai. Walhal, realitinya kita tak pernah fokus kepada perniagaan dan paling penting, pelanggan.

Saya jauh ketinggalan dari saudara Jack Ma. Tak berjaya pun lagi, tapi saya pun nak kongsikan kisah sendiri sebab baru-baru ada orang cakap saya ni hebat.

Terus terang, saya ni orang biasa, tak pandai mana pun dan dah banyak kali gagal. Cuma jarang nak cerita kisah kegagalan sebab tak guna pun cerita. Tapi saya kongsikan supaya nak rakan-rakan tahu saya ni orang biasa.

Waktu di UM, saya minta belajar sebagai jurutera selepas matrikulasi, dan permintaan tak lulus sebab result matrikulasi teruk. Dia kena reject kerja KFC, saya nasib baik dapat kerja A&W waktu umur 15 tahun. (Hehehe kalau A&W reject saya mungkin saya dah jadi billionaire hari ni)

Saya pernah gagal 3 perniagaan, rugi beratus ribu jugak. Kena tipu banyak kali. Kena tikam belakang dah biasa sampai dah imun.

Saya pernah kerja tanpa gaji basic sebab nak belajar ilmu pemasaran. Saya pernah PILIH ambil gaji RM600 semata-mata untuk belajar ilmu bahasa program, walaupun ada dapat offer kerja gaji RM1,500 waktu yang sama.

jack-ma-2

Jadi saya boleh faham mentality Jack Ma dan kenapa beliau sanggup bagi tour percuma kepada pelancong semata-mata nak belajar Bahasa Inggeris:

Lagi banyak ILMU = Lagi banyak potensi untuk buat DUIT. Kalau kita tak pandai dan tak mahu mencari ilmu, memang la susah nak ubah nasib.

Hari ini, saya tengok ramai sangat orang yang suka beri alasan kenapa mereka tak berjaya. Setiap hari komplen di FB yang semuanya salah kerajaan, cukai, ibubapa, menteri, niat dengki orang dan macam-macam alasan.

Kalau nak ubah nasib, kena berhenti bagi alasan, dan kena mula berikhtiar/berusaha.

Jack Ma yang kena reject untuk kerja di KFC pun boleh berjaya jadi orang terkaya di China, dan boleh listkan syarikat beliau di Amerika walaupun beliau bukan orang Amerika dan majoriti bisnes beliau di China.

Bila difikirkan memang tak masuk akal, tapi rezeki Allah S.W.T memang akan bagi kat orang yang berusaha kan?

Jadi, apa lagi alasan kita nak bagi untuk tak berusaha?

BACA: Rahsia Membina Kekayaan Di Zaman Ekonomi Meleset

BACA juga: 13 Tahun Berniaga Di Jalan TAR, Ini Keuntungan Yang Dibuat Oleh Wanita Dari Seberang

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram