Assalamualaikum. Satu peringatan untuk wanita yang memandu sendirian bersama anak-anak kecil.

Jumaat 1 April 2016 :

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

12.15 pm : Saya bertolak balik ke Negeri Sembilan bersama pembantu rumah dan 2 anak berumur 3 dan 5 tahun. Saya mengambil LEKAS kerana tidak banyak kereta.

1.20 pm : Aircond bertukar panas dan saya mengambil keputusan berhenti di bawah flyover. Tiba-tiba temperature bertukar terlalu panas dan bunyi meletup di enjin. Asap keluar. Kami segera berlari keluar mendukung anak-anak.

Saya dapati telefon saya kehabisan bateri dan tidak ingat nombor sesiapa kecuali suami dan adik beradik dan seorang kawan. Telefon pembantu pula tiada top up. Saya cuma sempat telefon suami.

Adik-beradik tidak dapat dihubungi kerana solat jumaat. Nasib baik suami belum sempat silentkan telefon beliau. Tiada kereta berhenti walaupun ditahan.

1.40 pm : Pegawai peronda lalu. Satu Satria berhenti kerana katanya muka saya nampak familiar. Orang Felda sebelah rupanya. Mereka membuka bonet enjin dan mendapati radiator top cover burst dan pecah.

2.00 pm : Pegawai peronda meninggalkan kami untuk mengambil kon. Dia nasihatkan jangan tinggalkan kereta kerana di situ selalu berlaku kejadian curi barang dari kereta yang tidak bertuan kerana sunyi.

2.05 pm : Pegawai askar yang menaiki Satria meminta diri dan minta maaf tidak dapat menemankan kerana ada urusan di JB.

Kami menunggu berempat dan lalu 2 orang pekerja pembersih Bangladesh. Saya cuma mampu berdoa moga mereka ni baik-baik. Alhamdulillah mereka cuma menegur dan berlalu.

2.20 pm : Pegawai peronda datang. Meletakkan kon. Bertanya sama ada saya berasa selamat di situ. Anak saya agak semput dan saya berikan inhaler. Beliau menawarkan untuk memanggil ambulan. Saya menolak. Ahli keluarga mula menghubungi. Telefon juga sudah di top up. Mujur kami di bawah flyover. Cuaca sangat panas.

2.30 pm : Pegawai meninggalkan kami setelah beberapa kali bertanya samada kami ok. Nampak mukanya simpati dan risau. Dia berikan nombor untuk dihubungi dan tunjukkan kamera cctv yang kebetulan ada disitu.

2.40 pm : Seorang pemandu lori berenti. 5 minit betulkan lori berlalu tanpa bertanya apa.

2.50 pm: Seorang penunggang motosikal berhenti membuat panggilan telefon.Memandang kami dan berlalu tanpa bertanya apa-apa.

3.00 pm : Kami terus menunggu berempat dengan segala macam doa yang kami ingat. Sungguh kami risaukan keselamatan anak-anak.

3.15 pm : Adik menghubungi dan memaklumkan dia on the way dari Seremban.

3.40 pm : Tow truck sampai. Adik masih belum sampai. Suami masih on the way dari Kajang. Kami duduk dalam kereta di atas tow truck ke KL.

Ahad 3 April 9.00 pagi :

Saya menghubungi Khidmat Pelanggan LEKAS. Bukan untuk komplen tetapi untuk mengetahui hak saya. Mereka menjawab saya BERHAK untuk meminta pegawai bertugas mennunggu saya sehingga ahli keluarga atau tow truck sampai kecuali kalau ada kemalangan yang lebih penting. Oleh kerana saya tidak meminta, pegawai tidak wajib untuk stay. Katanya seorang pegawai setiap 20km.

Sebagai ibu, kita berasa ok untuk travel bersama anak-anak tetapi kita lupa beberapa perkara yang penting. Perkara yang saya alami adalah kali pertama kerana kereta Wira saya biasanya rosak di sekitar KL saja. Kejadian ini memang menakutkan kerana LEKAS buaknlah jalan yang sibuk dan sering sunyi.

kereta-mati-1

Sebelum travel ingatlah beberapa perkara :

1. Pastikan bateri telefon penuh. Bawa powerbank. Pastikan telefon ada kredit untuk buat panggilan.

2. Kalau ada data connection, cuba WhatsApp dan update lokasi kita kepada ahli keluarga dan kawan-kawan.

3. Pastikan simpan nombor perkhidmatan lebuhraya. Dalam kes saya, saya memang tidak tahu dan tidak terfikir.

4. Pastikan di setiap lokasi perjalanan, siapakah yang terdekat untuk dihubungi. Siapakah yang boleh datang menemankan kita jika bermasalah di sesuatu lokasi. Dalam situasi saya, agak kurang bernasib baik kerana waktu itu solat Jumaat dan kebiasannya telefon dalam tetapan silent.

5. Minta pegawai peronda menunggu kita. Dalam kes saya, saya kekurangan informasi dan tidak tahu hak saya.

6. Pastikan bawa ubat anak dan air minum yang mencukupi. Dalam kes saya mujur ada ubat anak. Cuma kami tidak bawa air yang cukup. Saya dan pembantu rumah simpan air yang ada untuk anak-anak kerana mereka lebih memerlukan.

7. Ikutlah jalan yang banyak kereta. Saya memilih LEKAS kerana lebih cepat berbanding PLUS. Ini agak bahaya bila travel bersendirian.

8. Travel di waktu siang. Saya memang biasa travel bersama anak-anak. Malah selepas kejadian, selepas kereta di hantar ke workshop, saya masih pulang ke kampung pada pukul 8 malam menggunakan kereta suami. Dan melalui LEKAS. Saya masih tidak serik ketika itu. Perjalanan ke kampung mengambil masa 3 jam.

Sekarang, saya terpikir. Kebiasan yang saya lakukan adalah tidak selamat. Travel di jalan yang tidak sibuk. Dan suka travel malam. Alhamdulillah Allah melindungi kami. Mujur jadi di waktu siang. Semoga kejadian ini membuatkan kita semua lebih beringat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima kasih.

Baca lagi: Elak Duit Terbang, Ini 2 Mitos Kerosakan Kereta Yang Patut Anda Tahu