Masa kecil dahulu, sesi pemberian duit raya adalah masa yang paling ditunggu-tunggu bila beraya rumah orang. Tidak khusyuk jamah kuih, mata melilau kalau-kalau tuan rumah keluarkan sampul raya. Apabila dipanggil, kelam-kabut semua beratur ambil kutip duit raya!

Itu dahulu, sekarang kami yakin anda semua sudah besar. Ada yang dah masuk universiti malah ada yang sudah bekerja pun. Haa, bila sudah bekerja, mesti tergerak hati mahu beri duit raya dekat anak buah dan anak-anak jiran kan?

Bagi anda yang kali pertama yang mahu beri duit raya pada tahun ini, berapa ringgit anda beri? Siapa yang akan dapat? Soalan-soalan ini dan beberapa lagi soalan yang kami listkan kat bawah ini mesti terlintas dalam fikiran anda kan? Yelah, kali pertama beri duit raya katanya…

1. Berapa nak bagi eh?

Duit raya (1)

Jumlah pemberian sebenarnya tidak ditetapkan dan terpulang pada anda. Biasanya, RM5-RM10 sudah cukup. Kalau anda ada bajet lebih, beri lebih sikit contohnya RM20. Terpulanglah, janji ikhlas!

Kami pun ada tanya kawan-kawan pejabat, rata-ratanya akan bagi RM5-RM10 mengikut bajet masing-masing. Kira boleh kan?

2. Nak bagi siapa je ni? Patut ke bagi semua?

Duit raya (2)

Biasanya, kita akan beri pada mereka yang kecil sehinggalah yang bersekolah sebab mereka memerlukan duit untuk beli buku, barang keperluan dan sebagainya. Ada juga yang suka beri had umur, maksimum 12 tahun. Itu semua terpulang…

Malah, zaman sekarang ini, ada juga jenis yang bagi duit raya pada mereka yang dah menuntut di universiti. Katanya, mereka lebih banyak memerlukan duit… Ada juga yang bagi pada ibu bapa, tapi jumlahnya lagi besar. Sekali lagi kami cakap, itu semua terpulang ikut kemampuan.

3. Bila & macam mana nak bagi?

Duit raya (3)

Duit raya biasanya akan diberikan sebelum kanak-kanak atau tetamu balik. Tetapi, pastikan mereka jamah sikit kuih, paling tidak minum air. Beratur elok-elok, salam dengan tuan rumah, baaaru boleh dapat duit raya!

Kalau anda beri masa mereka datang, ditakuti nanti terus capai selipar dan balik. Tidak sempat nak duduk! Yelah, janji dapat duit raya kan?

Lagi cool kalau anda bagi ‘e-Duit raya’ guna aplikasi. Yelah, zaman sekarang ini sudah makin maju, banyak aplikasi perbankan juga dah memperkenalkan fungsi hebat ini. Barulah anda digelar ‘pakcik yang cool‘ raya kali ni sebab bagi ‘e-Duit raya’!

4. Cukup ke tak eh apa yang aku bagi tadi?

Duit raya (4)

Sekali lagi kami pesan, beri duit raya biarlah mengikut kemampuan dan ikhlas. Cukup atau tidak itu terpulang pada penerima. Mereka yang akan memanfaatkan duit itu nanti. Lagi pun, bukan dia raya rumah anda sahaja. Banyak lagi rumah mereka singgah!

5. Nasib kakak kau lawa, pokai pun pokailah

Duit raya (5)

Kepada siapa fikir macam ini baik lupakan! Beri duit raya bukan sebab ikhlas, sebab kakak dia lawa. Beri bukan RM1-RM2, paling-paling RM10! Yelah, nanti budak itu balik mesti dia cerita dengan kakak dia anda beri duit raya banyak kan? Hahaha!

6. Mahu beri ke tak eh?

Duit raya (6)

Pada yang terfikir macam ini, ada baiknya anda ikhlaskan hati sempena raya. Beri jer, tidak luak pun duit itu, insyaAllah ada rezeki lain. Bagi kami, kalau terdetik soalan macam ini, mesti budak itu buat perangai di rumah anda kan?

Silap-silap budak itu pecahkan pasu, tidak pun tumpahkan air, lauk, tabur kuih raya dan macam-macam lagi. Sebab itulah tanya diri sendiri balik nak beri ke tidak kan? Kahkah!

7. Bagi RM5 kat budak ni, berapa lama dia boleh happy?

Duit raya (7)

Bagi sesetengah kanak-kanak, berapa pun jumlah duit raya yang anda beri, mereka tidak berapa kisah. Janji, mereka dapat duit raya. Lepas dapat duit raya, mesti mereka tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Nampak kan mereka gembira?

Lagi suka bila mereka beraya 5-6 buah rumah dalam sehari, setiap rumah hulur duit raya. Kumpul-kumpul nanti dapat banyak juga kan?

8. Budak ini anak siapa? Tidak pernah nampak pun…

Duit raya (8).jpg

Sedang anda hulur duit raya, tiba-tiba anda perasan ada sorang budak ini anda tidak kenali. Apa nak buat? Bagi ke tidak? Bagi je lah… Ikhlaskan diri, dapat pahala. Sambil-sambil tu anda bermesralah sikit dengan dia, tanya duduk mana, anak siapa apa semua…

Raya kali ni, kita bagi duit raya secara online je dengan aplikasi Maybank!

Apa kata tahun ini kita bertukar cara bagi duit raya kepada cara yang lebih canggih dengan aplikasi Maybank melalui kempen Raya Returns? Malah, anda juga akan dapat pulangan tunai bermula sekarang hingga 15 Julai kalau anda manfaatkan ciri hebat dari Maybank ini tahu!

Ada dua cara anda boleh bagi duit raya secara online dengan aplikasi Maybank iaitu:-

maybank1

  1. e-Duit Raya

Dengan Maybank e-Wallet (MAE) dalam aplikasi Maybank, anda boleh bagi duit raya kepada sesiapa pun, walaupun penerima bukan pelanggan Maybank. Mereka cuma perlu download aplikasi Maybank dan daftar akaun MAE.

2. MyRaya QR

Cara ini paling mudah, anda hanya perlu scan kod QR penerima di aplikasi Maybank mereka untuk bagi duit raya. Duit itu pula terus masuk dalam akaun sekelip mata, senang kan?

maybank2

Untuk pengetahuan anda, pemberi duit raya juga berpeluang untuk menerima pulangan tunai dari Maybank kalau anda melakukan 2 transaksi di atas. Pulangan tunai tu akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemberi. Bestnya!

Bukan tu sahaja, anda juga berpeluang untuk mendermakan wang kepada yang memerlukan melalui Maybank Heart. Masa nilah kita nak memberi kepada mereka yang betul-betul memerlukan!

Untuk yang belum ada akaun Maybank:

Tunggu apa lagi? Jom download aplikasi Maybank dan daftar akaun MAE dengan memilih logo MAE.

maybank3

Untuk pelanggan Maybank:

Pilih ‘Apply Online’ di butang ‘hamburger’ dan tekan ‘Create My Amazing E-Wallet’ untuk memulakan pendaftaran MAE. Ada baaanyak e-Duit raya dari Maybank menanti anda tahu!

maybank4

Lagi banyak anda beri duit raya kepada senarai kenalan dan lagi banyak pendaftaran akaun MAE dibuat oleh mereka untuk menerima duit raya, lagi banyak pulangan tunai menanti anda!

Malah, bukan pemberi je bakal menerima pulangan tunai bila anda beri duit raya, setiap pendaftar akaun MAE yang baru juga boleh dapat ganjaran tunai melalui Money MAE-hem bila mereka mendaftar akaun MAE tahu!

Jangan lupa suruh kawan-kawan yang belum ada akaun MAE untuk letak referral code anda bila mereka daftar akaun MAE supaya anda dapat ganjaran yang lebih banyak!

Jom bagi duit raya kepada kenalan, kanak-kanak dan tetamu yang datang rumah anda raya kali ini secara online. Jadi, tidak adalah sampul raya bersepah depan rumah!

Selamat Hari Raya!