Kehadiran Apple iPhone sememangnya sinonim dengan kejayaan Steve Jobs buat Syarikat Apple. Gabungan 3 elemen penting melalui idea Steve Jobs iaitu ‘iPod’,’Phone’ dan ‘Internet’ telah menghasilkan sebuah Apple iPhone pertama pada tahun 2007.

Buat anda yang mengikuti berita tech sejak sekian lama, pastinya anda tahu bagaimana model awal Apple iPhone telah menjadi fenomena sejak mula dilancarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, siapa sangka Apple iPhone model pertama yang dilihat sebagai model yang telah merubah dunia smartphone ini juga tidak terlepas daripada komen para netizen. Berikut merupakan antara komen di engadget yang telah dialih bahasa seusai Apple iPhone dilancarkan.

  1. ‘Idea yang sangat teruk daripada Apple untuk menyertakan touch screen pada sebuah telefon. Saya jangkakan telefon ini bakal menghadapi banyak masalah. Buat masa ini saya akan kekal gunakan menggunakan Samsung A707 sahaja.’

samsung-a707-red-rb-3

2. ‘Touch screen buttons? Saya harap Apple telah fikir masak-masak tentang perkara ini.’

3. ‘Tiada qwerty keyboard? Hahahahaha!’

4. ‘Hanya 5 jam bateri?’ Saya harap Apple faham ini merupakan telefon dan bukannya laptop.

5. ‘WOW! Saya tak sangka Apple boleh cipta sebuah telefon dengan saiz Motorola Razr dan ianya dilengkapi WiFi! Selamat tinggal pengeluar telefon lain.’

maxresdefault-1

6. ‘Kehadiran iPhone sedikitpun tidak meyakinkan saya untuk mendapatkannya. Saya akan kekal dengan menggunakan Windows Mobile daripada PDA saya.’

7. ‘Saya akui iPhone merupakan inovasi yang hebat namun tidak mungkin bakal menjadi mempunyai fenomena yang sama seperti iPod. Saya lebih rela untuk menekan keypad atau keyboard fizikal untuk menghantar mesej daripada kelihatan aneh menekan sebuah skrin.’

8. ‘Blackberry kini diumumkan mati. Buat pengeluar telefon buruk diluar sana, anda juga bakal menerima nasib yang sama.’

ht_blackberry_curve_design_ss_lpl_130129jpg_ssv

Siapa sangka disebalik reaksi netizen kesemua ini, Apple iPhone pertama telah menjadi sebuah gadget yang sangat ikonik sehingga hari ini. Malah harga penjualannya juga meningkat berikutan permintaan yang tinggi.

Tahniah buat Team Apple dan mendiang Steve Jobs kerana berjaya menjadi pioneer dan trendsetter buat pengeluar telefon yang lain.

aee9551e0dcf71c84744b37df4b1aace-650-80

iphone-2007-highlander

5a60d_iphone_2007_home_screen_hero

steve-jobs-iphone-2007

Baca lagi: Masih Menyimpan Model iPhone Pertama? Kini Harganya Lebih Mahal Berbanding iPhone 7

Sumber