Bola sepak merupakan antara sukan bersifat universal yang digemari di serata dunia. Lihat sajalah apabila adanya Liga EPL, World Cup pasti satu dunia kecoh bersembang tentang perlawanan dan pasukan yang disokong. Baik di laman sosial mahupun di kedai-kedai kopi.

bola-18

Bagi rakyat Malaysia sendiri, banyak faktor yang mendorong sukan ini begitu diminati di negara ini terutama oleh kaum lelaki, antaranya:

bola-6

1. Bola sepak merupakan topik paling senang untuk anda cepat ‘click’ dengan kawan yang baru dikenali. Kata orang boleh ‘masuk dan ngam’ lah sebab minat topik yang sama apatah lagi jika minat kelab yang sama.

bola-12

2. Menonton bola sepak boleh dijadikan peluang untuk lelaki yang telah berkahwin lepak di kedai mamak dengan kawan-kawan hingga embun jantan menitis tanpa dimarahi isteri.

bola-8

3. Kerana bola, kawan yang selama ni anda rasa ‘kerek’ dan sering tak sependapat dengan anda pun boleh jadi ngam.

bola-10

4. Bola sepak menjadikan 1 Malaysia satu kenyataan. Melayu, Cina, India tiba-tiba boleh ngam dengan alasan “kita geng bro!” semata-mata kerana minat kelab bola sepak yang sama.

bola-11

5. Peluang untuk poyo depan kawan yang sokong pasukan lawan bila pasukan kegemaran anda menang.

bola-14

6. Peluang cari awek yang minat bola juga. Hey! Perempuan pun dah minat bola sekarang dan mereka sanggup turun ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kegemaran mereka. Bayangkan anda boleh ber ‘huhuhu’ bersama si dia bila pasukan sokongan anda kalah.

bola-17

7. Boleh menyanyi dan bersorak beramai-ramai. Bila bola masuk gol saja bergema satu stadium, bergegar meja di kedai mamak hingga gelas teh tarik anda hampir retak kerana sorakan kegembiraan anda dan rakan-rakan. Lagi ramai lagi meriah bersorak. Ada satu kepuasan di situ.

1509999_987243001286093_8349233924770850024_n

8. Kerana menjadi peminat tegar bola sepak, ada di antara rakyat Malaysia yang telah berjaya terbang ke UK secara PERCUMA pada tahun 2014 untuk menonton pertandingan bola sepak secara langsung (LIVE) di sana. Ye secara percuma!

dashing-vocket

Kami ada berita baik untuk anda. Tahun ini sekali lagi DASHING membuka peluang untuk menjadikan angan-angan anda berlatih bagai pasukan pro di Manchester City selama 3 hari satu kenyataan!

Bukan itu saja, anda juga berpeluang menonton perlawanan antara MAN CITY vs MAN UTD secara langsung di UK secara PERCUMA!!!

10940587_941885912488469_881140928658037799_n

Jika anda adalah peminat bola tegar dan berimpian untuk merasai pengalaman seperti mereka, inilah peluang untuk anda menggapai impian ini.

Seramai 11 peserta akan dipilih sebagai pemenang dan bakal menerima tajaan tiket penerbangan pergi balik ke United Kingdom, penginapan sewaktu di sana serta tiket masuk ke perlawanan Manchester City.

10920924_941885639155163_2101512306480615389_n

Wow! Macam mana nak buat tu? Senang saja!

Untuk keterangan lanjut bagaimana rakyat Malaysia  seperti anda boleh memenangi kem bolasepak selama 3 hari di Manchester City FC, klik dan layari Jom ke Manchester City dengan Dashing!

Jangan lepaskan peluang ini wahai peminat sejati bola sepak. Inilah masanya untuk anda rebut peluang keemasan ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram