Sebab kenapa loan korang declined atau kena reject.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

1. Rekod CCRIS tak cun

Semestinya, CCRIS korang kena cun melecun baru bank senang nak bagi kelulusan. Kalau CCRIS tak cun, memang markah untuk ditolak tu memang banyak lah. Paling banyak ialah pinjaman kereta sebab korang tak tahu bila due date. Haru jugak. So make sure korang jaga CCRIS korang ni macam korang jaga diri sendiri.

2. DSR exceeds

Bila kelayakan komitmen korang dah terlalu tinggi, maka bank dah tak mampu nak bagi pinjaman lagi. Takut-takut kalau korang tak mampu nak bayar.
Makanya, kena tahu limit kelayakan komitmen korang.

3. Tak ada simpanan

Bila banker tanya ada tak simpanan di mana-mana akaun bank, korang terpinga-pinga nak bagitahu sebab tak ada simpanan. Takkan korang nak cakap korang simpan bawah bantal pulak. Ataupun dalam tabung ayam? Bank tak terima semua tu. Kena ada bukti di mata bank.

Baca: Mahu Buat Pinjaman Peribadi? Anda Wajib Baca Ini Sebelum Buat Keputusan

pinjamana-bank-2

4. Baki akaun gaji

Bila korang bagi statement bank korang, banker pun dah separuh hati nak teruskan. Sudahlah simpanan pun tak ada. Akaun gaji pulak nyawa-nyawa ikan je. Mana taknya, lagi 15 hari lagi nak tunggu gaji, baki akaun hanya tinggal RM21.48
Ini haru.

5. Property area atau jenis property

Bab yang ni, kalau korang nak beli rumah sekali pun, jangan lah main aci beli je. Sebab mungkin korang terbeli di kawasan yang bank dah senarai hitamkan dan takkan bagi finance. Kalau kes macam ni, kalau korang hantar, banker tu boleh terus reject upfront. Jadi memang tak ada peluang lah.

Makanya, sebelum beli rumah tanya dulu pada pihak bank sama ada boleh bagi finance atau tidak. Title pun memainkan peranan juga. Jadi kena tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh.

6. Jenis hutang

Ini lagi satu, jenis-jenis hutang yang ada dalam CCTIS record pun memainkan peranan penting. Bank nak tengok korang ni jenis suka hutang yang mendatangkan pendapatan, atau hutang yang hanya mendatangkan kegembiraan seketika.

Contohnya, gaji korang RM8K, tapi korang ada 5 personal loan dari 5 bank yang berbeza. Lepas tu kad kredit pulak pakai dah 90%. Aduh. Peluang nak lulus tu terus jatuh ke 15%.

7. Baki selepas tolak komitmen

Ni maksud nya bahagian untuk kos sara hidup. Lepas korang dah bayar pinjaman korang, mesti korang nak kena hidup lagi kan? Beli pampers anak, susu anak, make up bini, makan-makan dan banyak lagi.

Untuk bahagian yang ini korang kena ada baki yang cukup seperti yang bank tetapkan. Jadi korang kena ingat, kalau korang guna max portion DSR korang, pastikan baki nya cukup untuk ‘standard cost of living’ yang bank tetapkan.

Untuk standard cost of living bergantung korang tinggal kat kawasan urban (bandar) atau sub urban  (separa bandar) atau rural area (luar bandar), bergantung pada status perkahwinan jugak. Kebiasaannya standard bank akan ambil RM1500. Ada juga bank yang ambil RM1300. Kena shopping around.

8. Incomplete/limited documentation

Korang nak mohon pinjaman, tapi korang takut nak disclosed income korang kat bank. Macam mana banker nak buat recommendation? Dah lah dokumen pun kedekut nak bagi, lepas tu tak lengkap pulak.

Jangan risau, banker tu bukan nak ngorat korang pun. Adeh. Apa yang menbantu menaikkan pendapatan, korang bagi je.

Selamat membaca. Semoga sedikit sebanyak membantu korang.

Bella Leana
Banker Pilihan Anda

Baca lagi: 9 Asas Perbankan Yang Perlu Dikuasai Dalam Pelaburan Hartanah

Artikel di atas disumbangkan oleh Bella Leana. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group