Memandangkan ramai travelers dan backpackers dari golongan orang muda yang melayari dan membaca Vocket, molek kiranya saya berkongsi tentang program yang saya sertai pada November yang lalu. Program yang saya maksudkan ialah ASEAN-JENESYS 2016.

JENESYS ialah singkatan kepada Japan East Asia Network of Exchange and Youths. Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Jepun untuk mengukuhkan hubungan antara negara-negara Asia Timur dan Asia Tenggara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selama 9 hari di sana bermula 24 Oktober 2016 saya dan rakan delegasi dari Asia dibawa mengelilingi beberapa bandar power seperti Tokyo, Yokohama, Nagoya, Shin-siro, Tokoname dan Kariya.

ASEAN-JENESYS 2016 ini membawakan tema “Economics: Economic Partnership, Trade and Investment” dan ianya ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun.

Sebab itu kalau nak travel dan belajar budaya dan ekonomi Jepun secara percuma anda boleh sertai program ini.

1. Memang program untuk orang muda

14695449_10154696573357451_8077305967842083887_n

Maksud muda di sini ialah yang berusia bawah 35 tahun. Delegasi Malaysia terdiri daripada orang muda bekerja (working professional). Namun majoriti negara Asean lain menghantar pelajar-pelajar universiti. Jadi, untuk next batch program ini mungkin pelajar Malaysia ada peluang.

2. Dapat belajar budaya masyarakat Jepun

babi-swag

Sepanjang seminggu lebih dalam program ini memang terasa seperti orang Jepun. Pagi petang siang malam bergaul dengan mereka jadi macam-macam boleh belajar tentang Jepun. Yang mana selalu tak tepati masa memang elok sangat join program ini. Walaupun ada halangan bahasa, semua itu tak jadi masalah.

3. Makan makanan Jepun setiap hari

14915385_10154715152887451_4159268530422146803_n

Breakfast, lunch, dinner semua makanan Jepun dan menarik. Jangan risau pasal halal sebab organizer dah sediakan siap-siap. Yang tak boleh makan makanan Jepun jangan risau ada juga kami dibawa ke restoran India dan makanan barat.

4. Dapat belajar tentang ekonomi dan bisnes Negara Jepun

nagoya-japan-vocket

Selalu sebut Jepun kita cuma terfikir tentang Tokyo, Osaka dan Kyoto saja. Kita jarang terdedah dengan Nagoya, sebuah bandar yang menjadi rumah kepada brands besar seperti Toyota dan Mitsubishi. Nagoya ini memang bandar perindustrian dan port keluar masuk bisnes dari seluruh dunia ke Jepun.

5. Dapat jalinkan hubungan dengan orang-orang penting dalam Kerajaan Jepun

jkesbdgk

Sepanjang seminggu lebih saya di sana, saya diberi peluang untuk bertemu dengan orang-orang penting dalam industri di Jepun baik daripada kerajaan mahupun orang besar Shinkansen. Habis semua benda saya korek.

6. Dapat naik Japan Airlines

Walaupun masa perjalanan ke Jepun tidaklah selama travel ke negara-negara Eropah tapi cukup untuk membuatkan kita phisang (bosan). Tapi, nasib baik naik Japan Airlines yang ada in-flight entertainment yang best.

7. Dapat jalinkan hubungan dengan orang-orang penting negara Asean lain juga

asean-network

Memandangkan program ini mengumpulkan orang-orang muda power dari negara Asean dan Asia Timur, saya dapat menjalinkan hubungan dengan beberapa orang penting dari Indonesia, Thailand, Vietnam sebagai contoh.

8. Bonus: Mungkin dapat jodoh bukan orang Malaysia

yukata-girls

Tahukah anda makwe-makwe Indonesia dan Thailand comel-comel belaka? Tidak kurang juga dari negara-negara lain. Mungkin rezeki anda bertemu jodoh dengan mereka.