Huawei sememangya jenama yang tidak perlu diperkenal lagi jika disebutkan mengenai telefon pintar. Selepas berjaya melancarkan Huawei P9 dengan sokongan dual-lens daripada Leica, Huawei pada baru-baru ini mengumumkan sebuah lagi telefon terbaru keluaran mereka iaitu Huawei Honor 8.

Dari pemerhatian awal kami sewaktu pelancaran, Huawei sekali lagi mahu memberikan yang terbaik dari semua aspek melalui telefon keluaran mereka iaitu Huawei Honor 8.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Nak tahu apa yang best mengenai Honor 8 ini? Berikut merupakan 8 sebab mengapa The Vocket suka dengan Huawei Honor 8.

  1. Warna

honor8-crop

Kami mulakan dengan sebab yang paling asas mengenai telefon terbaru Huawei ini. Honor 8 hadir dengan 5 warna menarik iaitu Silver, Gold, Rose Gold, Midnight Black dan Sapphire Blue.

Eksperimen Huawei untuk menghasilkan sebuah telefon dengan warna biru yang glossy nampaknya berjaya setelah warna tersebut menjadi model yang paling laris dijual. Buat anda mengangap ‘black is boring‘ mungkin Honor 8 Sapphire Blue adalah yang terbaik untuk anda.

2. Rekabentuk

huawei-honor-8-mobile-8

Disaat banyak pengeluar telefon pintar diluar sana berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon pintar dengan rekaan metal, Huawei sekali lagi tidak mengikut arus sebaliknya memilih untuk menggunakan material kaca di bahagian belakang telefon mereka.

Buat anda yang skeptical dengan penggunaan material kaca pada telefon pintar yang lebih terdedah kepada retak dan pecah, anda tidak lagi perlu risau dengan Huawei Honor 8. Tahukah anda sebanyak 15 lapisan gelas digunakan untuk Huawei untuk menghasilkan bahagian belakang Huawei Honor 8. Selain kukuh, rekabentuk yang premium antara keutamaan Huawei pada kali ini.

Betulkan saya jika silap, namun sudah berapa lamakah industri telefon pintar tidak disajikan dengan telefon dengan rekaan dan warna sebegini. Sexy betul.

3. Kepantasan

Huawei Honor 8 dikuasakan oleh cip pemprosesan Octa core Kirin 950 serta RAM 4 GB. Dengan penggunaan cip pemprosesan 8 teras serta RAM sebesar 4 GB, kerja-kerja multitasking bukanlah suatu perkara yang sukar.

Transisi mengubah dari sesuatu aplikasi kepada aplikasi yang lain dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Selain itu, Honor 8 turut menggunakan sistem operasi Android terbaru iaitu Android 6.0 Marshmallow dengan sokongan ROM Emotion 4.1 UI.

Kepantasan Honor 8 ternyata bukan sahaja pada sistemnya malah pengecasahan pantas atau fast charging turut disediakan. Dengan penggunaan bateri dengan kapasiti 3000 mAh, pengecasan penuh Huawei Honor 8 cuma memerlukan sekitar satu jam sahaja. Terbaik!

4. Saiz Storan

Huawei Honor 8 hadir dengan 2 saiz storan berbeza mengikut harga. 2 Variasi model yang dikeluarkan adalah untuk model 32 GB dan 64 GB. Dengan saiz storan yang besar, pengguna tidak lagi perlu risau mengenai saiz storan yang penuh dengan cepat disebabkan penyimpanan data yang besar.

Buat anda yang sering mengambil gambar serta merakam video yang memakan saiz storan yang besar, Huawei Honor 8 turut hadir dengan slot Micro SD. Menariknya mengenai slot Micro SD pada Honor 8 ini adalah pengguna sokongan memori kad bersaiz 256 GB. Boleh dikatakan saiz yang sangat besar untuk sebuah telefon pintar.

5. Pengimbas Cap Jari

Kata orang, tidak cukup premium sesebuah telefon jika tidak hadir dengan pengimbas cap jari atau lebih dikenali sebagai fingerprint scanner. Huawei turut menyertakannya di bahagian belakang telefon. Slot pengimbas jari yang sedikit ke atas bakal memudahkan pengguna untuk ‘unlock‘ telefon mereka setiap kali menggunakannya.

Adakah slot yang disediakan di belakang telefon sekadar untuk mengimbas cap jari? Tidak bagi Huawei. Huawei turut menyertakan sokongan bagi memudahkan pengguna untuk membuka beberapa aplikasi dengan lebih pantas dan pastinya lebih cool.

Dalam erti kata lain, pengguna cuma perlu ‘double tap‘ pada pengimbas jari untuk membuka kamera dan ‘hold’ untuk membuka aplikasi kegemaran anda. Gesture yang disediakan pada Huawei Honor 8 sememangnya fleksibel dan boleh diubah mengikut kesukaan anda.

6. Kualiti Kamera

maxresdefault

Seperti juga Huawei P9, Huawei Honor 8 turut dilengkapi dengan penggunaan dwi-kamera. Selain kelihatan cool, penggunaan dwi-kamera Honor 8 bakal membolehkan anda mendapatkan gambar yang lebih sharp serta tidak mudah pecah apabila mengambil gambar pada jarak yang jauh.

Mungkin terlalu banyak untuk diulas untuk membincangkan mengenai dual-lens daripada Huawei ini. Berikut merupakan antara gambar yang berjaya diambil menggunakan Huawei Honor 8.

screen_shot_2016-09-26_at_9-1

screen_shot_2016-09-26_at_9-3

screen_shot_2016-09-26_at_9-4

screen_shot_2016-09-26_at_9-5

Apa pendapat anda? Cukup terang dan jelas bukan? Effect bokeh pada telefon ini antara fungsi yang paling digemari oleh kami.

7. IR Blaster

IR Blaster mungkin bukanlah sebuah fungsi yang hadir buat semua telefon pintar namun tidak dinafikan masih ramai pengguna yang impikan fungsi ini pada telefon flagship pada masa kini.

Penggunaan IR Blaster bakal membolehkan anda menjadikan Honor 8 sebagai sebuah ‘remote‘ buat beberapa kelengkapan elektronik termasuk TV dan penghawa dingin.

Mendapatkan signal untuk disesuaikan dengan jenama kelengkapan elektrik di rumah anda pastinya lebih mudah berikutan Honor 8 dilengkapi dengan senarai jenama yang pelbagai.

8. Harga

Ini mungkin sebab terakhir anda perlu dapatkan Huawei Honor 8. Dengan lambakan telefon pintar diluar sana, masing-masing berusaha untuk menghasilkan telefon tercanggih dengan beberapa fungsi menarik.

Namun terdapat satu perkara yang mungkin pengeluar telefon pintar di luar sana gagal untuk sempurnakannya dengan baik. Apa yang saya maksudkan adalah harga yang diumumkan buat telefon pintar.

Percayakah anda jika saya katakan untuk sebuah telefon pintar dengan rekaan premium, dwi-kamera disertakan pula dengan sokongan pengimbas cap jari ini cuma dijual dibawah harga RM2,000. Ya, Anda boleh dapatkan Huawei Honor 8 dibawah harga yang disebutkan di Lazada.

Dapatkannya di Lazada untuk menikmati lebih banyak diskaun menarik termasuk free gift menarik yang bernilai RM368.

Huawei Honor 32 GB Midnight Black – RM1,699
Huawei Honor 64 GB Sapphire Blue – RM1,909

Anda Mungkin Suka