Sebuah berita yang megejutkan dan menyedihkan buat peminat anime dan manga apabila laman yang menjadi pilihan ramai iaitu KissAnime dan KissManga dilaporkan tutup buat selama-lamanya bermula 14 Ogos 2020.

Pengumuman ini turut disahkan oleh KissAnimeSupport dimana pihak mereka berterima kasih buat kesemua peminat anime dan manga yang terus menyokong mereka sepanjang laman ini beoperasi bermula 2012.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Naruto OnePiece

Difahamkan penutupan dua laman ini berkait dengan langkah parlimen Jepun yang sebulat suara menggubal undang-undang anti cetak rompak dalam talian berkaitan hak cipta. Undang-undang ini turut terdiri daripada muat turun manga, majalah, teks akademik, muzik dan juga video.

Usul ini dilaporkan telah dijalankan melihatkan kepada lambakan laman cetak rompak yang berkongsi anime dan manga kepada para peminat seluruh dunia membolehkan orang ramai dapat menikmatinya secara ‘percuma’.

kissanime-alternatives

Meskipun kehadiran laman yang berkongsi karya cetak rompak ini secara tidak langsung membantu mempopularkan lagi sesebuah anime atau manga, pihak Jepun dilaporkan sudah bersedia untuk mengatasi perkara ini sekaligus mendesak orang ramai untuk melanggan atau membayar dalam mendapatkan akses tontonan atau bacaan secara sah.

Lihat juga kafe detectice Conan yang menwarkan dadah seperti dalam anime sebagai sajian utama.

Kafe Detective Conan Tawarkan ‘Dadah’ Seperti Dalam Anime Sebagai Sajian Utama

Lelaki Ini Pamer ‘Skills’ Suntingan Gambar Persis Anime Tarik Perhatian Ramai

Sumber