Siapa sangka game yang sudah berusia lapan tahun dilancarkan berjaya tular semula. Lebih menghairankan, punca tular pada kali ini bukanlah disebabkan promosi daripada pihak selebriti sebaliknya disebabkan penyebaran wabak Coronavirus.

Sama seperti wabak Coronavirus yang mulai tular di China, game Plague Inc ini sekaligus terus menjadi popular di kalangan pengguna China sekaligus tersenarai sebagai bestselling app.

plague-inc (1)

Mengulas mengenai bagaimana Plague Inc mampu tular, game ini berkisarkan mengenai strategi untuk menghasilkan virus yang hebat sebelum pihak saintis menghasilkan ubat dan vaksin sebagai penawar. Para pengguna akan memenangi game ini sekiranya berjaya menghasilkan virus yang mampu memberi maut kepada orang ramai.

Para pengguna di China dikatakan mulai memain semula game yang sudah lapan tahun dilancarkan sebagai cara untuk mengurangkan rasa takut terhadap wabak Coronavirus.

plague-inc-xlarge_trans_NvBQzQNjv4BqqVzuuqpFlyLIwiB6NTmJwfSM8Sv5nIxQonD2k-JCC_U (1)
Para pemain berpeluang melihat lokasi penyebaran wabak

Setakat Plague Inc dilancarkan pada tahun 2012, game ini sudah berjaya dimuat turun sebanyak 120 juta kali sejak 2012 dan memperoleh beberapa anugerah game terbaik tahunan.

Buat anda yang berminat untuk mencubanya, game ini sedia dimuat turun melalui platform Android, iOS serta Windows. Siapa tahu mungkin game ini dapat mengurangkan kegusaran anda mengenai wabak Coronavirus seperti pengguna di China.

China telah mengambil inisiatif dengan memasukkan pesakit dalam ‘keranda plastik’ bagi mengelakkan Coronavirus merebak. Turut dikongsikan, pasar basah di China yang menjual haiwan eksoktik dikatakan punca penularan virus.

Mahu Elak Coronavirus Merebak, China Masukkan Pesakit Dalam ‘Keranda Plastik’

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus

Rakyat Australia Terkejut Daging Koala Antara Yang Dijual Di Pasar Basah China

Sumber