Pada tahun 2015, teknologi semakin pesat berkembang dan memberi impak kepada kehidupan seharian. Elon Musk, bekas co-founder Paypal yang kini mengasaskan syarikat teknologi berasaskan Tesla, dan juga mengasaskan SpaceX yang akan membawa manusia ke Marikh, juga giat memperkenalkan teknologi baru syarikat beliau pada tahun ini, iaitu Tesla Powerwall. Teknologi semakin hari semakin bersepadu dengan kehidupan harian manusia, cuma persoalannya sejauh manakah ia akan mengubah kehidupan anda?

Ini 8 teknologi yang sudah mula mengubah hidup kita:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Internet of Things: Rumah Pintar

Internet of Things (IoT) adalah barangan yang bersambung ke internet. Ini termasuklah peti sejuk, termostat dan berus gigi elektronik. Alat-alat ini akan mengumpul data penggunaan dan menyesuaikan penggunaan mengikut tabiat anda. Apabila barangan ini mampu berkomunikasi antara satu sama lain dan mengubah kondisi rumah mengikut situasi anda, anda sudah boleh menggelar rumah anda sebagai rumah pintar.

IoT mula menjadi buah mulut disebabkan pembelian saham Nest Labs, syarikat pengeluar termostat pintar, bernilai USD$3.2 billion oleh Google Inc.

2. Kereta Tanpa Pemandu

Teknologi autonomous dalam industri automotif terus berkembang, walaupun dalam kadar perlahan. Google telah mula menguji kereta tanpa pemandu mereka di jalanraya awam pada tahun ini.

3. Robot dan drone

Mulai tahun lepas, U.S Federal Aviation Administration mula membenarkan syarikat-syarikat untuk menggunakan teknologi drone, termasuklah studio filem Hollywood. Ini telah menyebabkan ramai pengguna akhir mencuba drone, dan industri menggunakan drone yang lebih besar. Menariknya, Amazon juga sedang menunggu kelulusan untuk menguji berpuluh ribu drone sebagai agen penghantar barangan.

Dan robot sekarang semakin menyerupai manusia. Softbank Corp telah mengumumkan robot bernama “Pepper” yang boleh mengesan emosi manusia.

4. Wearables

https://www.youtube.com/watch?v=1Ql0Z8Il73s

Wearables yang paling ditunggu-tunggu, sudahpun dikeluarkan. Apple Watch bukan sahaja memberitahu masa, malah boleh menerima panggilan, mengumpul data kesihatan anda dan banyak lagi.

5. Realiti Augmented

https://www.youtube.com/watch?v=Z3AIdnzZUsE

Realiti Augmented adalah teknologi yang membantu meningkatkan kehidupan realiti melalui visual. Antara teknologi dalam pembangunan yang popular, ialah Google Glass dan Microsoft Hololens. Sony sudah memulakan penjualan pre-order SmartEyeGlass pada Februari 2015.

Anda boleh menonton lebih lanjut tentang Microsoft Hololens di sini.

6. Realiti Maya

Facebook membeli syarikat pembuat headset realiti maya Oculus pada Mac 2014 pada harga $2 bilion, dengan kepercayaan bahawa realiti maya ialah masa depan untuk komunikasi dan hiburan. Mark Zuckerberg percaya pada masa hadapan realiti maya akan digunakan oleh pelajar di bilik kelas maya dan doktor akan menggunakannya untuk memeriksa pesakit dengan bantuan sensor-sensor yang lain. Sony, Google dan Samsung juga berminat bekerjasama dengan Hollywood untuk menjadikan teknologi ini satu realiti yang lebih hebat.

7. 3-D Printing

3D printer adalah sebuah mesin teknologi baru yang bertindak seolah-olah sebagai kilang kecil yang mampu menghasilkan objek 3D terus dari komputer anda. Dengan hanya menggunakan software designing di dalam komputer, anda boleh terus mencetak objek fizikal seperti mana anda kini mencetak tulisan setelah menaip di Microsoft Word, dengan menggunakan mesin pencetak (printer) yang anda miliki di rumah. 3D Printing mampu mengubah kehidupan fizikal, contohnya mencetak tangan prostetik untuk adik Ainaa Amanda dan menyediakan arca 3D buat seorang ibu buta yang ingin ‘melihat’ anak yang dikandungnya.

Ketahui lebih lanjut tentang tentang 3D Printing di sini dan sini.

8. Teknologi mudah alih

Teknologi mudah alih terus meningkat menjadi teknologi yang paling diguna pakai. Kebelakangan ini, manusia menghabiskan lebih banyak masa di telefon bimbit mereka berbanding di PC. Semakin ramai orang membeli-belah menggunakan telefon bimbit. Penggunaan Apple Pay terus meningkat naik. Paypal, Google dan Softcard juga sedang berusaha untuk menawarkan servis seperti Apple Pay.

Inspirasi oleh: Market Watch

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram