Selepas AirAsia mengumumkan semula penerbangan ke New Zealand tahun lepas, penantian untuk terbang pada kadar rendah akhirnya boleh menghembus nafas lega. Bulan lepas selesai sudah misi Vocket dan 5 lagi rakan media jelajah New Zealand bersama AirAsia. Sebaik sebut sahaja New Zealand, perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah kehijauan permandangannya yang cantik dan segar. Tapi hakikatnya, New Zealand sebenarnya lebih best dari tu.

Ramai orang kata New Zealand adalah negara paling best di dunia. Semuanya alam semula jadi. “Nature, nature and more nature“, dan kata mereka betul! Tambah satu lagi sebab kenapa New Zealand best, New Zealand adalah antara negara yang memiliki udara paling bersih di dunia. Nak tahu macam mana rasanya sedut udara bersih kena pergi New Zealand.

Paling utama yang membuatkan New Zealand sangat seronok bukan setakat tempatnya yang menarik dan cantik, malah majoriti orang-orang New Zealand baik-baik belaka. Orang New Zealand memang terkenal dengan sikap humor mereka, lepak bersama mereka pun dah cukup buat anda rasa happy. Lawak mereka tahap mudah terhibur, memang sporting sungguh.

Mustahil untuk kami kongsi perasaan seronok bersama anda, tapi yang pasti kami boleh kongsi tempat-tempat menarik dan best yang anda boleh pergi bila travel ke New Zealand.

1. Sky Tower

skyjump

Oleh kerana penerbangan AirAsia mendarat di Auckland, jadi kami tak nak terlepas untuk singgah ke salah satu menara yang menjadi ikon New Zealand iaitu Sky Tower. Sky Tower terkenal dengan aktiviti sky jump, dan sky walk. Buat anda yang sukakan aktiviti mencabar dan tidak gayat, mencuba dua aktiviti ini pastinya sangat mengujakan.

Anda boleh merancang lebih awal dengan membuat tempahan melalui laman web skycityauckland.co.nz, segala maklumat tentang Sky Tower ada di situ. Untuk pilihan hotel berdekatan Sky Tower, anda boleh tempah di AirAsiaGo.com, lebih mudah dan menjimatkan.

Satu lagi perkara yang anda patut tahu, Auckland merupakan bandar paling sibuk di New Zealand dan Sky Tower terletak di tengah-tengah bandar Auckland. Jadi, untuk melihat bagaimana suasana bandar paling sibuk di New Zealand ini, Sky Tower adalah tempatnya.

2. Hobbiton

hobbiton

Tak lengkap rasanya kunjungan anda ke New Zealand jika tidak melawat Hobbiton. Dunia fantansi yang wujud di alam realiti. Tapak pengambaran filem The Hobbit ini terletak di Ladang Biri-Biri Alexander di daerah Matamata. Apa yang menariknya, di sini anda berpeluang untuk melihat kehidupan dunia The Hobbit dengan lebih dekat. Terima kasih kepada Peter Jackson kerana telah menjadikan kisah di dalam bukunya menjadi nyata.

Hobbiton menawarkan 4 pekej yang berlainan iaitu Hobbiton Movie Set Tour, Private Tour, Evening Banquet Tour dan Chinese Tour. Kesemua pakej ini boleh ditempah lebih awal secara online di sini. Setiap pelawat akan disediakan bas dan tour guide khas yang akan membawa anda ke perkampungan The Hobbit mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Oh ya, pastikan anda datang sebelum jam 4 petang. Kalau tak, kena datang semula besok.

3. Glowing Worn Cave, Waitomo

Ini pengalaman paling unik anda boleh dapat di New Zealand. Glowing Worm Cave atau Gua Waitomo ini terletak di daerah Waikato. Di dalam gua ini terdapat sejenis speises ulat ‘bercahaya’ yang sangat unik dan ianya sudah terbentuk sejak 30 juta tahun dahulu. Ada banyak cara untuk anda meneroka tempat ini, salah-satunya dengan menaiki bot.

Sebelum dibenarkan masuk, pelancong selalunya akan diberi sedikit taklimat oleh tour guide yang bertugas. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi, seperti tidak merokok, tidak dibenarkan mengambil apa-apa gambar termasuk video dan paling penting untuk anda tahu, semua pelancong yang masuk ke dalam gua ini akan dipaksa menyanyi.

Jika memandu dari Auckland, ia mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke Gua Waitomo.

Baca: Ini Yang Berlaku Gara-Gara Aku Masuk Gua Ulat Bercahaya Di New Zealand

4. Wai-O-Tapu Thermal Wonderland

1

Wai-O-Tapu adalah salah satu tempat yang tersenarai dalam 20 Most Surreal Place In The World. Jadi, tidak wajar jika anda melepaskan peluang berkunjung ke Wai-O-Tapu sebaik menjejak kaki di bumi Kiwi. Secara peribadi, bagi saya keindahan panorama di Wai-O-Tapu memang tidak boleh dinafikan, tetapi dalam masa yang sama boleh jadi sangat menakutkan.

Wai-O-Tapu Thermal Wonderland terletak di daerah Rotorua, ‘Wai-O-Tapu’ merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Maori yang bermaksud ‘Air Suci’. Wai-O-Tapu memiliki banyak kolam air panas dan ia merupakan kawasan aktif geoterma. Terletak di Rotorua iaitu kawasan bekas kawah gunung berapi yang pernah meletus lebih dari 200 ribu tahun dahulu, masuk ke sini bermakna anda sedang memasuki zon gunung berapi.

Waktu operasi Wai-O-Tapu Thermal Wonderland adalah berbeza mengikut bulan. Bermula bulan April hingga Oktober, waktu operasi ialah bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Untuk bulan November hingga Mac pula, waktu operasi adalah pada 8.30 pagi hingga 1.30 pm sahaja. Segala maklumat berkenaan waktu operasi atau tempahan tiket boleh lihat di sini.

5. Skyline

skylineeee

Skyline Rotorua, tempat yang paling bahagia untuk anda habiskan masa seharian. Aktiviti menaiki gondola (kenderaan seakan kereta kabel) dan bermain Luge antara yang patut anda cuba di sini. Untuk sampai ke kawasan atas bukit, anda akan dibawa menaiki gondola dengan kapasiti maksimum 8 orang sekali jalan.

skyline

Nampak permainan macam go kart di atas? Ha, itulah permainan Luge yang anda boleh cuba di Skyline Rotorua. Dalam permainan ini, anda akan mengawal sendiri kereta dan meluncur dari atas bukit. Terdapat 3 jenis trek yang berbeza boleh dipilih, amatur, profesional dan ekstrim. Saya cadangkan pilih sahaja yang ekstrim, lebih seronok dan puas hati. Memang terbaiklah.

Harga untuk pakej gondola dan Luge berbeza mengikut berapa banyak kali anda nak ride. Maklumat lanjut mengenai tiket dan lain-lain sila rujuk di sini.

Selepas habis ride Luge, anda akan naik semula ke atas menaiki cable chair. Boleh tahan gayat jugalah. Di atas terdapat kafe untuk anda jamu hidangan tengah hari, buat pengetahuan anda semua makanan yang ada di kafe Skyline Rotorua semuanya halal. Selain daripada tu, boleh juga bersiar-siar dikawasan sekeliling tengok biri-biri dan Llama. Susah nak dapat peluang tengok llama depan mata ni.

6. Marae

maori

Suku kaum Maori merupakan kaum pertama yang menetap di New Zealand satu ketika dahulu. Berkunjung ke Marae adalah cara paling dekat untuk anda berkenalan dengan mereka. Semasa kunjungan kami di sana, kami didedahkan dengan sejarah dan asal usul kaum Maori. Tradisi dan budaya kaum Maori sangat unik untuk didekati, ada sebahagian daripada bahasa mereka sama seperti bahasa Melayu yang kita gunakan.

Menariknya, jika anda memilih untuk tunggu hingga makan malam, anda berpeluang untuk lihat kaum Maori memasak secara tradisional. Sementara menunggu hidangan masak, anda akan disajikan dengan pertunjukan tarian tradisi kaum Maori. Lepas habis, dah boleh makan. Jangan risau, di New Zealand kebanyakkan daging yang dihidangkan halal dimakan.

7. Lake Taupo

lake taupo

Lake Tapou, tasik luas ini dikatakan sudah terbentuk sejak 2000 tahun yang lalu akibat kesan letupan gunung berapi yang amat dahsyat. Keluasan Lake Tapou sama luas jika dibandingkan dengan seluruh negara Singapura. Memang besar.

Banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini, antaranya bermain ski, berlayar, berkayak dan yang paling popular adalah aktiviti memancing. Lake Tapou adalah syurga buat pemancing tegar, pulau luas ini memiliki trout perikanan semula jadi terbesar di dunia. Kata penduduk tempatan, “di sini tempat untuk lempar kail dan tangkap ikan besar”.

Jika mahu menikmati keseluruhan permandangan Lake Tapou, anda boleh memilih untuk bersiar-siar menaiki feri selama 2 jam. Memberi itik makan dan memancing adalah antara aktiviti yang ditawarkan di atas feri. Oh ya, anda turut dihidangkan kopi dan kek muffin yang sedap. Boleh makan makan sampai kenyang.

Maklumat lanjut berkenaan pakej pelancongan di Lake Tapou boleh layarai laman web chrisjolly.co.nz atau facebook Chris Jolly.

8. Huka Prawn Park

Tempat Menarik Di New Zealand

Berdekatan dengan Lake Tapou, satu lagi tempat yang tak patut anda lepaskan adalah Huka Prawn Park. Di sini merupakan tempat ternakan udang galah paling besar di New Zealand. Ini masanya untuk anda tangkap dan makan udang galah puas-puas. Huka Prawn Park dibuka setiap hari, waktu operasi bermula seawal 9.30 pagi. Jadi, kami sarankan anda datang awal untuk tangkap udang puas-puas. Banyak kolam, udang pun banyak. Mudah ditangkap, kenyang dimakan.

Caj dikenakan sekali masuk ialah NZD $29.50 untuk dewasa, $16.00 kanak-kanak, dan $22.00 untuk warga emas dan pelajar. Untuk pakej keluarga (2 orang dewasa + 5 orang kanak-kanak) pula berharga $75.00.

Dengan tawaran harga serendah RM499* oleh AirAsia, ini peluang untuk anda rasai sendiri bagaimana seronoknya berada di negara Kiwi. Lebih menarik, penerbangan AirAsia X ke New Zealand ada setiap hari.

Baca juga: Selain Murah, Ini 5 Sebab Kenapa Travel Bersama AirAsia Lebih Seronok

Sebelum itu, kami kongsi sekali lagi 20 tip jimat di New Zealand, boleh baca di sini. Tambah satu lagi, sebaik saja mendarat di Auckland Airport jangan lupa ambil buku ‘Free Official Guide 2017: Auckland A-Z’. Dalam tu ada banyak kupon diskaun yang anda boleh guna untuk masuk tempat-tempat menarik nanti.

Info tambahan:

Jadual penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur (KUL) ke Auckland, New Zealand (AKL) melalui Gold Coast, Australia (OOL).

airasia

Untuk penerbangan lebih sempurna, anda boleh nikmati servis premium yang ditawarkan AirAsia X antaranya:

1. Elaun bagasi percuma sehingga 40 kg termasuk makanan di dalam penerbangan, bantal dan selimut, serta akses ke AirAsia Premium Red Lounge ketika berlepas dari KLIA2.

2. Akses ke Preium Red Lounge, percuma 3 jam jika menempah tiket kelas perniagaan. Untuk kelas ekonomi boleh didapati pada harga RM69 jika membuat pra-tempahan atau RM79 jika dibeli secara walk-in.

3. Hiburan dalam penerbangan Xcite. Nikmati akses tanpa henti ke kandungan HD seperti filem, muzik, dan pelbagai lagi. Unit yang ditawarkan adalah terhad. Anda boleh buat tempahan awal secara online pada harga hanya RM49 seunit atau RM60 jika order di dalam pesawat.

4. Untuk penerbangan jangka masa panjang, elok buat pratempahan makanan anda awal-awal. Pratempah Hidangan Kombo Santan hanya RM18.00, boleh tempah selewatnya 48 jam sebelum waktu penerbangan. Terdapat lebih dari 15 jenis pilihan masakan yang enak dari negara Asean mahupun antarabangsa.

Penerbangan Sambungan (FLY-THRU)

Buat anda yang belum tahu, perkhidmatan FLY-THRU ini tersedia untuk mereka yang perlu mengambil lebih dari satu penerbangan untuk sampai ke destinasi. Contohnya seperti ke New Zealand, anda perlu melalui transit di Gold Coast, Autralia terlebih dahulu. Dengan FLY-THRU, anda boleh sambung perjalanan dengan mudah dari satu penerbangan ke penerbangan lain tanpa perlu bersusah-payah mengambil beg di lapangan terbang transit.

Kelebihan FLY-THRU:

Tak perlu visa transit. Tiada pelepasan imigresen di Malaysia dan pengecualian cukai lapangan terbang di hab transit.

Transit pantas. Daftar masuk di balai pertukaran untuk menaiki penerbangan sambungan anda (sah hanya untuk pertukaran antarabangsa).
Penukaran penerbangan percuma sekiranya penerbangan pertama terlewat.

Pemindahan bagasi. Bagasi akan dipindahkan terus sehingga ke destinasi terakhir anda.

Maklumat lanjut boleh kunjungi terus laman web AirAsia.