Tamara Kleinberg telah didedahkan dengan pelbagai idea dan melihat beribu inovasi produk baru melalui TheShuuk.com yang diasaskan olehnya. Dengan pengalaman sebegitu, Kleinberg sudah boleh mengagak idea yang bagaimana boleh mencapai kejayaan. Ya, dia mempunyai citarasa tinggi di atas idea dan inovasi yang hebat.

Ini perkongsian Kleinberg apabila ditanya oleh Kevin Daum, penulis buku terkenal tentang bagaimana untuk jadikan idea itu “melekat” iaitu sesuatu yang “menempel pada pelanggan secara berpanjangan/kekal”.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Mengubah tingkah laku.

Produk atau perkhidmatan yang paling berjaya cenderung untuk mengubah tingkah laku pelanggan. Ini menunjukkan idea baru itu dicipta bukan untuk melakukan penyesuaian ke atas apa yang pelanggan sedang jalani/lakukan sekarang. Ia mempengaruhi cara hidup di mana idea baru itu mesti ada balasan yang cukup kuat sehingga boleh melakukan sesuatu yang berbeza. Balasan atau ganjaran itu mungkin dalam bentuk kesederhanaan, masa, atau simpanan/penjimatan wang.

2. Membina parit di sekeliling istana.

Kleinberg memanggil ini sebagai “pertahanan perniagaan” atau “perniagaan yang boleh dipertahankan”. Pertahanan yang baik bermula dari persediaan yang baik iaitu menyediakan model perniagaan yang lengkap termasuk bagaimana anda menyampaikan, mengedar, dan memasarkan produk. Contoh, pembungkusan tin aluminium wain milik Infinite Monkey Teorem Winery. Model perniagaan mereka adalah lengkap sebelum mereka melancarkan produk tersebut. Ini menjadikannya sukar untuk disaingi oleh pengeluar yang lebih besar.

3. Pergi di mana tiada pesaing pernah lalui sebelum ini.

Kleinberg memberitahu kepada para pereka ciptanya di The Shuuk tentang arah mereka iaitu “Be where your customers are, but your competition isn’t” iaitu “berada di mana pelanggan anda ada, tetapi pesaing anda tiada disitu.” Bagi memudahkan kefahaman, Kleinberg memberikan contoh bagaimana Murad produk penjagaan kulit mendapat hak eksklusif di Massage Envy Spas di semua 38 lokasi. Tiada produk penjagaan kulit lain disitu. Hanya Murad. Ini memberi erti kepada kita bahawasanya daripada kita mensasarkan peruncit besar, terokailah pilihan lain.

4. Selesaikan penyakit, bukan simptom sahaja.

Satu idea yang berjaya bukan sahaja menyelesaikan simptom, tetapi penyebab simptom itu juga. Anda perlu mengutamakan fokus terhadap cara menangani apa sahaja yang mewujudkan rasa sakit itu. Kemudian, pelanggan akan datang kembali untuk mendapatkan lagi/lebih. Inilah yang dipanggil oleh Kleinberg sebagai “Fundamental Tenet” tingkah laku pelanggan.

5. Jangan gagal cepat.

Kata Kleinberg:

“The biggest mistake I see entrepreneurs make is thinking that once they’ve launched their product out into the world, it’s done. It’s never done. Successful entrepreneurs are always listening to customers, testing out their ideas, and iterating.”

Kesilapan terbesar usahawan ialah menjangkakan sejurus selepas produk dilancarkan, tugas mereka telah selesai. Hakikatnya ia hanyalah satu permulaan apabila produk dilancarkan. Maklum balas dan cadangan adalah penting diambil berat selepas itu bagi menambah baik produk hingga ia diterima oleh kumpulan sasaran. Kleinberg menyarankan “selalu mendengar, ulangi lagi dengan cepat.” berbanding “gagal cepat, gagal selalu.”

6. Jadi hiper-spesifik.

Menurut Kleinberg, usahawan terbaik bukanlah berjaya berkhidmat kepada populasi umum, tetapi berjaya menjadi sangat spesifik tentang siapa yang mereka beri khidmat. Pasaran yang jelas dengan tawaran yang spesifik akan mempunyai peluang yang lebih besar dengan “enthusiastic adoption”. Maka, cari kumpulan sasaran anda, kenalpasti keperluan mereka dan penuhilah keperluan mereka itu.

7. Berikan mereka tentang sesuatu untuk dicakapkan.

Kleinberg menerangkan:

“It’s all about bragging rights, especially with those early adopter customers that can spread the love about your product like wildfire.”

Pelanggan suka bercakap gah. Mereka akan bercakap-cakap tentang sesuatu sehingga membuatkan tawaran anda itu kelihatan menarik dan menyebabkan semua orang sangat teruja.

8. Bangkit.

Amaran dari Kleinberg:

“If your customers can’t articulate what makes you unique, then you are going to fail. Your customers don’t need more noise; they need something that seriously stands out above the crowd.”

Jangan menambah bunyi bising/keserabutan sedia ada. Kita harus jadi berani untuk menetapkan diri kita jauh berbeza dari yang lain. Jika tidak, anda akan hilang dalam lautan idea tidak nyata.

Sumber: Inc.com

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram