Nota Editor: 8 tips ini telah dikongsikan oleh Aiman As’ad yang baru saja selesai travel selama 92 hari ke negara Eropah Timur dan Eropah Tengah. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat dijadikan panduan untuk anda yang baru berjinak-jinak nak travel solo seperti Aiman.

tips-travel-solo-1

Masa 1st day, Hagia Sofia.

tips-travel-solo-2

Maya e Rosit, Albania

tips-travel-solo-8

Patara Old City, Turkey

tips-travel-solo-9

Bergama, Turkey.

Alhamdulillah wa alhamdulillah.

Awal bulan haritu settle travel secara solo selama 92 hari ke negara Eropah Timur dan sikit negara Eropah Tengah. First time travel solo. Haha.

Negara yang sempat pergi adalah Turki, Georgia, Kosovo, Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia, Croatia, Slovenia, Austria, Czech Republic, Poland, Hungary dan Romania. Total 14 negara. Slovakia dan Bulgaria lalu je, tak sempat nak berhenti. Tak reti lak nak kira berapa banyak bandar.

Total kos habis lebih kurang RM9,000.00 cover pengangkutan, penginapan, makan dan minum tak termasuk flight dari KL-Istanbul-KL dan Istanbul-Pristina. Sehari lebih kurang RM100.00 (€20). Dengan currency Malaysia yang hampeh masa tu, kira okay la kot.

Soalan tipikal yang orang tanya bila travel solo ni, tak bosan ke? Haha. Memang aku start dari Malaysia solo, tapi masa travel, jarang sangat aku solo. Ada je orang nak jalan sekali, atau nak sembang.

Sampai kadang-kadang kalau aku tak nak orang sembang, kena pakai MP3. Baru orang tak ajak sembang. Haha. Masa mula-mula ada gak feeling lonely tu, tapi bila dah lama, hilang la.

Nak share sikit tips yang aku dapat:

1. Tawakal dan doa banyak-banyak.

Kita tak mampu nak plan semua benda, lagi-lagi bila sampai kat tempat yang baru, yang tak pernah sampai sebelum ni.

2. Guna couchsurfing.

Ni site terbaik untuk travel. Aku rasa orang yang buat site ni mmg genius. Bukan semata nak jimat duit, nak connect dengan local gak.

Kalau duduk hostel, payah nak jumpa local. Sebab guna CS ni, aku dah ada kawan kat hampir seluruh Turki dan kebanyakan tempat yang aku dah pergi.

Lepas ni kalau nak jalan lagi, senang la. So, guna lah couchsurfing, start host kalau takut-takut, lepas tu baru surf.

Baca: Mengembara Solo Ke Bosnia Dan Handphone Dicuri, Gadis Ini Berkongsi 8 Tips Penting

tips-travel-solo-3

City of Ani, Kars, Turkey.

tips-travel-solo-4

Mostar Old Bridge, Bosnia

tips-travel-solo-10

Chapel of Bones, Kutna Hora, Czech Republic

tips-travel-solo-11

Peje, Kosovo

3. No English? No problem.

Kebanyakan tempat yang aku gi memang tak ramai boleh cakap English. Tapi apa yang penting, dorang sangat-sangat nak membantu.

Walaupun tak boleh cakap English, dorang memang tolong. So jangan takut nak travel semata-mata sebab kita tak pandai English. Pandai English pun, tak guna gak. Selalu aku bantai cakap Melayu je bila orang tak paham English. Haha.

4. Smile always.

Bila jumpa orang, senyum. Jalan gi mana-mana, senyum. Polis tahan, senyum. Berdiri tepi jalan nak hitchhike, senyum. Sebelum tegur orang nak minta tolong, senyum dulu. Senang cerita, senyum sokmo.

5. Kena fit

Bila travel sorang, lepas tu on budget lak, memang kena jalan banyak. Pernah aku jalan lebih dari 10km semata-mata tak nak naik teksi. Kebanyakan bandar Eropah memang kena jalan kaki. Dengan backpack lagi. Peh.

tips-travel-solo-5

Cappadocia, Turkey

tips-travel-solo-6

Maya e Rosit, Albania

tips-travel-solo-7

On the route to Maya e Rosit.

6. Travel light

Tak payah nak bawak 10helai baju, seluar, longjohn bagai tu. Bukan nak gi fashion show beb, bawak baju 3 helai, seluar 2 helai pun dah cukup. Aku pun silap, gatal bawak tent, padahal tak guna sangat pun. Try untuk limitkan weight beg tu tak lebih 10kg.

7. Flexible

Jangan rigid sangat dengan itinerary. Itinerary bagi aku, memang kena ada. Kalau memang nak jalan setahun, boleh la buat plan kosong je. Tapi jangan terlalu stick sangat. Aku banyak deviate dari plan.

Tak plan pun nak gi Poland, hike Maya e Rosit kat Albania atau gi tengok Albanian Blue Eye, dan banyak lagi, tapi aku buat semua ni bila dapat recommendation dari locals atau other travelers.

8. Travel slow

Ni bukan racing. Plan untuk 1 bandar sekurang-kurangnya 2 hari, kalau bandar besar, 3 hari. Selain daripada nak tengok-tengok tempat, badan nak rehat gak. Kalau tiap hari on the move, 2 minggu boleh la tahan. Masuk sebulan, memang collapse atau sakit.

Baca lagi:
Masih Belajar Tapi Nak Travel? Ini 5 Cara Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pelajar

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →