Bila aku dapat tau AirAsia dah buka route ke Tehran, terus aku semak harga kat AirAsia. Memg betul dah ada dengan basic price RM600 return.

photo_1_1-1024×683
HYPE
Mengapa Bandar Bukit Raja Lokasi Hartanah Terbaik Untuk Anda Labur
Baca lagi →

Dulu trip pertama kami ke luar negara ialah ke Iran, tu pun sebab company trip. Rasa nak sangat repeat sebab tak puas.

Dari segi backpack punya side, aku tak boleh nak komen sebab kami pergi pun atas company.

Baca: AirAsia X Kembali Terbang Ke Iran Tapi Lelaki Ini Cakap ‘Don’t Go To Iran’

tip-travel-ke-iran-2

tip-travel-ke-iran-4

Ini ada sikit tips untuk dikongsi:

1. Orang-orang Iran kebanyakan tak paham English, dan diorang guna bahasa Parsi. Bukan Arab ye. Jadi sesiapa nak pergi siap-siaplah belajar sepatah 2 perkataan Parsi.

2. Di Malaysia tak ada matawang Iran. Kena tukar RM ke USD dulu. Sampai Tehran baru tukar USD ke duit Iran.

3. Sediakan dompet besar sebab bila tukar ke duit sana, duit akan jadi tebal berhelai-helai sebab nilai duit diorang kecik walaupun barang mahal.

4. Pada kami, barang-barang sana memang mahal (kalau hangpa tukar nilai ke RM la) terutama barang-barang import. Kami beli sos cili meggi botol kecil RM15, sebab kempunan nak makan pedas.

5. Cuaca boleh sampai ke 50 darjah celsius. Kami pergi musim panas. Panas tapi tak terik sebab angin kuat.

6. Pada hemat kami, overall orang sana memang tak berapa peramah. Jadi jangan nak harap depa nak senyum kat kita.

7. Yang penting tak rugi pergi Iran sebab tempat bersejarah dia sangat menarik. Macam dok tengok National Geographic.

8. Dah sampai sana jangan lupa cuba kebab depa. Rare dan terbaik bak hang.

Baca lagi: Itinerari Gaya Bajet Travel 10 Hari Ke 4 Bandar Di Iran

Artikel di atas disumbangkan oleh Zul Aziz. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group