Ramai yang tak sabar nak baca story Supreme. Baca dengan nada serius sebab aku pernah mengalaminya di bumi Jepun. Berbeza dengan negara lain yang mana barangan akan dilancarkan pada hari khamis bagi USA, London, Paris manakala Jepun pada hari Sabtu setiap minggu bagi setiap keluaran. Summer season hanya akan ada sehingga minggu ke-19 dan Fall/Winter hanya sehingga minggu ke-16 (jika salah betulkan). Bermakna disini akan ada 2 bulan yang tiada barangan baru.

Kalau barangan habis kedai semestinya tutup, jadi nilailah sendiri kenapa barangan Supreme ini padu dan hebat. Tip di bawah adalah untuk anda sekiranya mahu membeli barangan Supreme secara walk-in. Beginilah ceritanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Perancangan (Jangkaan)

Perkara yang paling utama. Anda pembeli atau pengumpul barangan Supreme tidak ada seorang pun boleh jangka barangan apa yang keluar pada minggu ini. Media-media di Facebook atau di mana sahaja belum pernah dapat baca perkara ini, ianya cuma akan diwar-warkan pada setiap hari Selasa setiap minggu. Bila sudah keluar dalam mana-mana laman sesawang anda bolehlah siap-siap untuk terbang kerana kelebihan kita negara hampir dengan Jepun. Jika silap percaturan barangan yang dibocorkan sebelum hari Selasa tidak akan dikeluarkan. Rugi anda beli tiket flight tapi barang yang anda mahu tak release bukan?

2. Hari Jumaat

Hari ini patut anda dah boleh siap-siap untuk berjaga malam (overnight) yakni tidur di tempat yang disediakan. Biasanya ada 500 slot untuk yang mahu berjaga malam mulai jam 1800/1900 hari Jumaat. Nampak susah kan? Tapi inilah yang orang selalu buat. Bukan takat kamu sahaja ada sana, ramai orang tempatan dan semestinya reseller yang dah pasang kaki untuk beratur demi apa sahaja barang yang boleh jual. Biasanya akan ada yang upah student yang mana upah wakil (proxy fee) sahaja hampir ¥20,000 (lebih kurang RM750). Time ini anda bolehlah buka kerusi malas untuk duduk, tidur dan buang masa di sini sampai esok pagi (Queue bukan di hadapan store ya).

3. Hari kejadian (Sabtu Japan Release)

Anda boleh ambil train paling awal jam 0430 untuk kejar ke sana yang mana sampai sahaja anda akan start queue up sehingga kedai buka. Bolehlah siapkan kerusi kecil untuk anda duduk sementara tunggu security datang pantau. Kebiasaannya anda akan diminta untuk lipat kerusi jam 0730/0800 pagi, selepas itu anda kena berdiri sehinggalah sampai turn anda, mungkin 3-4 jam. Tengok anda orang ke berapa ratus dalam barisan.

4. Konsep beratur

Security akan pantau setiap masa barisan yang dibahagikan kepada pecahan 5 orang satu barisan memanjang sehingga mungkin lebih 50 barisan. Anda kalau nak ke mana-mana boleh sahaja. Nak beli air, beli makan, hisap rokok atau ke tandas tiada masalah tetapi jangan lama-lama sebab security akan periksa barisan. Kalau kosong dia akan rapatkan barisan belakang untuk ke depan. Naya anda nanti.

5. Di dalam kedai

A) Shibuya

supreme 2

Jika di Shibuya caranya begini. Sudah sampai giliran anda, anda akan masuk kedai dan disusun terus menghadap stor tempat simpanan barang. Tidak dibenarkan untuk pergi ke rak-rak untuk ambil apa yang anda suka. Ini salah, kawan. Anda perlu siap-siapkan gambar dalam telefon pintar design apa anda mahu bersama saiz. Ingat, tiap-tiap satu design dengan 10 warna, anda hanya boleh beli satu sahaja. Jangan pandai-pandai mahu 2, 3 warna. Kalau nak juga warna lain, kena beratur kembali 3 hingga 4 jam. Sanggup? Lepas sudah ambil semua barang yang anda sudah aim awal-awal, pekerja Supreme akan simpankan untuk anda. Yes, ini konsep mereka. Kita ikut sahajalah.

B) Harajuku

supreme harajuku

Dekat sini lain pula cara berbaris dalam kedai. Anda akan diletakkan dalam satu barisan terus ke kaunter. Masa di dalam barisan anda cuma perlu bagi gambar,saiz dan warna setiap apa yang anda sudah aim siap-siap semasa di luar kedai. Dalam kedai sudah tak ada masa untuk tengok keliling perhati apa barang yang tinggal. Buang masa. Barangan yang anda mahu akan diletakkan terus di kaunter. Tinggal buat bayaran sahaja. Paling takut bila mana pembeli di depan awak hanya beli topi sahaja (topi yang anda hendak beli) dan anda tak cukup barang yang telah disenaraikan. Apabila anda sampai di kaunter untuk minta barangan lain, pastinya mereka tidak akan layan. Maknanya anda cuma bayar apa yang dapat sahaja. Itu sebabnya di luar kedai lagi anda perlu senaraikan apa yang hendak dibeli. Jika tak ada warna yang dimahukan ambil sahaja warna lain. Jangan ‘mati’ dengan satu warna saja.

6. Permintaan

Anda tak boleh minta sticker lebih-lebih melainkan staff Supreme yang beri. Ya, belilah 20 barang sekalipun tetap dapat satu beg plastik dengan dua sticker sahaja paling kurang. Kalau kamu sebagai reseller? Pisang dapat sticker sedikit. Jadi anda kena invest sedikit beli sticker belian sendiri untuk customer. Kena jaga customer walau sticker pun kamu kena beli asing.

7. Perkara yang jangan dibuat

Jangan sesekali berurusan di dalam kedai. Pernah sekali staff Supreme halau 2 orang yang mana kepala proxy memberi wang di dalam kedai sambil diperhatikan staff. Tanpa banyak bicara terus kena halau daripada kedai. 6 jam beratur kena halau begitu sahaja.

8. Penghabisan

Anda yang membeli pun kalau boleh janganlah minta kurang kalau dah kata harga begitu(untuk membeli daripada reseller). Penat jugalah beratur 6 hingga 7 jam. Masa juga dikira sekali dengan kos semua barangan. Anda tinggal keluar duit sahaja. Nak pergi belum tentu sampai. Dah sampai belum tentu gagah nak beratur. Kalau rasa mahal anda boleh cuba rasa sendiri lalui semua ini. Lepas tu jual dengan harga pada resit. Sanggup?

Harga di Jepun TIDAK SAMA dengan harga Supreme di Amerika Syarikat yang mana harga Supreme di Jepun lebih mahal 20-50%. Kira sendiri kerana cukai di Jepun yang tinggi dan kedai ini pula NO FREE TAX. Urusan dalam tunai dan kad kredit sahaja. Barangan yang sudah habis hari ini (Sabtu) jarang-jarang ada pada esok hari kerana barangan selalunya habis.

Kalau rasa ada kurang minta maaf. Aku sendiri alami pengalaman ni. Nak rasa pengalaman aku bolehlah cuba tip di atas. Selamat beratur dan dapat barangan yang anda ingini!