Sepanjang 5 hari di Maldives, saya telah membuat beberapa aktiviti termasuk ke resort dan melawat beberapa Local Island. Ada yang berbaloi dan ada yang tidak, saya akan sertakan ulasan saya sekali.

Jika ingin ke sini lagi, ini cara yang saya akan buat untuk pengalaman yang memuaskan dengan bajet di bawah RM 1,500.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Beli tiket promo AirAsia (Free seats)

Paling jimat ialah beli tiket masa freeseats, anda boleh dapat harga di bawah RM 400 return. Kalau jenis last minute membeli tiket harganya  menjadi dua kali ganda tetapi masih di bawah RM 800 return.

BACA: Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Bermula Hari Ini

Anda juga perlu membawa pakaian renang yang betul ke Maldives supaya ianya cepat kering. Ianya merupakan pakaian yang utama sepanjang di Maldives. Tidak perlu membawa baju yang banyak dan menjimatkan, anda tidak perlu check in bagasi anda.

2. Penginapan di Maafushi

Sewaktu mencari penginapan yang sesuai di aplikasi Booking harga yang paling murah saya lihat ialah lingkungan RM 200 satu malam (Sun Shine View). Selain itu, terdapat juga 4 hingga 5 hotel bajet di sana dengan purata harganya dalam lingkungan RM250 hingga RM300 satu malam.

Sekiranya anda pergi ke sana sendiri, agak sukar untuk mencari hotel yang murah kerana di Maldives tidak mempunyai servis hostel. Namun, sebelum anda tempah penginapan anda di sana, anda dinasihatkan untuk baca terlebih dahulu ulasan dari setiap individu yang pernah menginap di sana dan seterusnya memilih mana-mana hotel yang berkenan di hati anda.

53830292_831284197227772_5740321969761419264_n

52946158_831283117227880_1017702379211980800_n

Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, anda disarankan menginap di penginapan yang dekat dengan Bikini Beach kerana pantainya yang cantik dan menyeronokkan.

Antara hotel di area Bikini Beach ialah Stingray, Triton, Kani, Arena, Kuredhi dan sebagainya. Kami menginap di Stingray kerana hotelnya yang cantik dan sangat disyorkan. Hotel ini juga mempunyai buffet sarapan pagi percuma.

52599177_831282997227892_6515194349825818624_n

53172734_831283377227854_7649827608808390656_n

53535772_831284217227770_8298707256388616192_n

3. Airport transfer

Mendarat nanti di Valena Airport. Lepas itu kena naik teksi $2 (RM8.18) selama 10 minit untuk ke jeti ‘Maafushi Ferry’ dan kemudian sambung naik public ferry ke Maafushi untuk $3 (RM12.27).

Apabila sudah sampai Maafushi, boleh jalan kaki sahaja dari jeti ke tempat penginapan. Untuk public ferry, pastikan tengok jadualnya untuk merancang perjalanan anda. Peringatan buat anda, pada hari Jumaat tiada perkhidmatan public ferry dijalankan.

53739928_831283333894525_998117409946599424_n

Kalau sudah susun jadual speedboat dengan penginapan nanti akan ada orang yang akan menunggu di lapangan terbang. Apabila sudah sampai di Maafushi, staff mereka akan menunggu anda di jeti untuk menolong anda membawa bagasi dan menunjukkan arah jalan.

Pada hari itu, kami sampai pada waktu malam, jadinya dah membuat susunan siap-siap dengan hotel Stingray. Mereka akan mengenakan caj $25 (RM102.21) untuk seorang. Selain itu boleh juga tempah speedboat online di icomtours.com dengan harga $20 (RM81.77).

Untuk pulang pula, anda hanya perlu menaiki speedboat terus ke lapangan terbang dan Stingray akan mengenakan caj sebanyak $20 (RM81.77) untuk seorang. Akan tetapi, sekiranya anda mempunyai banyak masa terluang lagi, anda boleh berjimat dengan hanya menggunakan public ferry.

52917487_831284240561101_4033227298877472768_n

4. INTERNET

Paling menjimatkan anda hanya perlu menggunakan sahaja wifi yang disediakan di penginapan anda. Namun sesetengah individu yang memerlukan 24 jam internet, anda boleh membeli simkad dengan harga $20 (RM81.77) dengan kuota internet 17 GB atau $15 (RM61.33) dengan kuota internetnya 5GB di lapangan terbang.

Sekiranya anda ke Maldives dalam jumlah yang ramai, anda hanya perlu berkongsi sahaja internet dengan menggunakan perkongsian hotspot.

5. MAKAN

Cara nak berjimat, anda perlu memilih penginapan yang telah menyediakan sarapan pagi percuma. Manakala makan tengah hari pula, anda tidak perlu risau kerana ianya telah termasuk dalam pakej snorkeling yang dipilih. Jadi tinggal makan malam sahaja.

Di sini kos untuk satu kali makan dalam linkungan $6 (RM24.53) atau buffet dengan harga $12 (RM47), namun saya mencadangkan untuk makan malam anda bawa sahaja stok makanan daripada Malaysia kerana di sini makanan tidak kena dengan selera orang Malaysia. Akan tetapi, sebenarnya makanan untuk makan malam di Maldives ini mengikut selera masing-masing.

6. AKTIVITI

Kayak dengan harga $10 (RM40.88), boleh disewa di Arena Hotel, kerana pantai hadapan Arena ini sangat cantik. Sebaiknya anda lakukan aktiviti ini di antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari untuk air yang tenang dan warna laut yang cantik. Tempat lain juga ada menawarkan sewa kayak serendah $5 (RM20.44) tetapi suasana pantainya yang kurang cantik.

Aktiviti lain juga ada seperti jetski (USD 35), parasailing (USD 100), funtube (USD 15) dan banyak lagi. Kalau ambik banyak aktiviti terdapat harga diskaun yang akan diberikan.

53110455_831283210561204_2403631078012092416_n

Snorkelling trip ini ada banyak jenis dan pergi ke lain-lain tempat. Sebelum datang ke Maldives ini, pastikan anda sudah merancang aktiviti dan tempah awal sebaik sahaja anda sampai. Antara tempat yang anda boleh pergi ialah Icomm dan Salt Beach. Pastikan anda mengambil pakej daripada tempat yang betul. Jangan tertipu dengan pakej terlalu murah, takut ada udang di sebalik coral.

Semua pakej snorkelling kami ambil di Stingray kerana kami tinggal di sana, jadi dapat diskaun sikit. Sangat puas hati sebab boat yang sangat selesa, punctual, snorkelling mask berkualiti, guide yang membantu dan gambar underwater yang mereka ambil juga memuaskan hati.

53314596_831283880561137_2077009599814172672_n

Berikut ialah sedikit ulasan pakej snorkelling yang kami ambil. Half day termasuk 2-points snorkelling Banana Reef & Turtle Reef, Sand Bank & Dolphin Cruise (USD 30 Stingray, USD 25 Salt Beach.

Kami sangat syorkan untuk anda cuba kerana adanya Turtle Reef. Snorkelling kat Maldives ni tidak nampak coral yang colourful. Coral banyak luntur disebabkan perubahan suhu laut.

53164997_831283690561156_1195998342958546944_n
Gulhi Island
53402090_831283447227847_1188084526413250560_n
Guraidho Island

Selain itu terdapat juga pakej Full day termasuk 2-points snorkelling Coral Reef & Banana Reef, Gulhi Island & Guraidho Island (USD 50 Stingray, USD 35 Salt Beach). Kami tidak Tidak syorkan kerana Gulhi Island itu cantik akan tetapi waktu yang diambil sekejap sahaja berada di sana dan Guraidhoo Island itu biasa sahaja.

Kalau nak cuba yang ini, ambil dengan Salt Beach sebab mereka ada pergi sandbank dan tengok dolphin juga dalam pakej ni.

53110805_831286407227551_7192463280261038080_n
Snorkeling dengan shark

53285543_831283163894542_4367864169597239296_n

53003723_831283087227883_3654704722910117888_n
Sandbank

53034567_831283783894480_1536583520044974080_n

53052639_831284100561115_7953165820186591232_n
Fulidhoo Island

Shark bay termasuk snorkeling with sharks, sandbank, Fulidhoo Island & swimming with dolphins (USD 50 Stingray, USD 50 Salt Beach). Sangat disyorkan. Snorkelling dekat dengan shark dan Fulidhoo Island itu sangat cantik. Berenang bersama ikan lumba-lumba sahaja susah sebab dolphin itu laju sangat. Masa snorkelling dengan shark ikut sahaja ‘guide’ yang pegang gopro ke mana-mana supaya dapat gambar yang cantik.

Fulidhoo ialah Local Island dengan 600 penduduk. Sangat tenang sebab boleh tengok kehidupan locals dan tidak sesak dengan pelancong seperti di Maafushi. Dah kaji sedikit penginapan di sini anda ada juga yang bajet. Sekiranya anda mempunyai banyak masa, anda bolehlah cuba menginap di sini.

Ada public ferry dan speedboat dari lapangan terbang. Harganya sahaja yang mempunyai dua kali ganda hari di Maafushi namun Stingray sangat berbaloi meskipun tawaran harganya yang mahal. Contohnya snorkeling trip dari Maafushi USD 25, namun di sini USD 40, pertukarang lapangan terbang Maafushi USD 20 di sini USD 40.

53621295_831284083894450_1481283011495329792_n

53507830_831283133894545_7860497189196267520_n

53039177_831283820561143_638528780691832832_n

Resort yang orang selalu pergi ialah Adaaran Ralnalhi (USD 105). Ada banyak lagi resort yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian bajet. Kami pada hari itu pergi ke Centara Rash Fushi (USD 145), ianya sangat cantik lengkap dengan unlimited watersports (kayak dan paddleboat) dan buffet makan tengah hari yang setaraf hotel 10 bintang.

Kalau anda sememangnya ingin percutian bajet, lupakan sahaja mengenai resort tersebut kecuali sekiranya anda betul-betul ingin bergambar dengan water bungalow itu. Dengan harga RM400 hingga RM500 seorang untuk day trip agak kurang berbaloi disebabkan jika dilihat pantai di Local Island dan sandbank pun sudah cukup cantik. Tapi tidak dinafikan suasana dan pantai di resort ini memang cantik lain macam. Ikutlah bajet masing-masing dalam membuat pilihan.

53026387_831283767227815_8905491328205324288_n

52958229_831284260561099_1527485185879179264_n

53078585_831283400561185_6175454941994287104_n

53268853_831283183894540_1424931378419466240_n

53478374_831283337227858_3609775856005677056_n

7. SOUVENIRS

Harga fridge magnet dan keychain paling murah $2. Tshirt $6  bagi kanak-kanak dan $8 untuk dewasa. Beli di kedai kecik memang senang untuk tawar menawar dan kalau anda beli dengan kuantiti banyak akan dapat lagi diskaun. Kami beli di kedai sebelah Stingray, dan kami dapat free poskad. Kedai buka bermula 8 pagi sehingga 10 malam.

8. ITINERARY DAN KOS

Contoh Itinerary bajet bawah RM 1,500. Untuk jimat hotel dan pertukaran lapangan terbang, anda perlu pilih penerbangan yang tiba di sana waktu pagi dan pulang dengan penerbangan waktu malam.

Day 1 – Arrival (AM). Explore Maafushi.
Day 2 – Snorkelling Half Day
Day 3 – Shark Bay
Day 4 – Kayak. Request late check out. Depart (PM)

Perbelanjaan per person kalau bercuti berdua dengan itinerary di atas (USD 1 = RM 4)

Tiket RM 500 (return)
Penginapan RM 300 (3 malam)
Pertukaran Lapangan Terbang RM 125 (return)
Snorkelling Half day RM 100
Shark Bay RM 200
Kayak RM 40
Makan RM 200 (seandainya sudah ada sarapan pagi percuma & makan tengah hari)
Fridge magnet RM 10

Total: RM 1475 seorang

Dah la murah, tidak perlu visa, makanan halal 100%, semua fasih berbahasa inggeris, layanan terbaik, mesra kanak-kanak, suhu sama di Malaysia dan soket plug juga sama di Malaysia. Trip ke Maldives ini sesuai untuk semua jenis travellers termasuk solo, honeymoon, backpackers, family dan rombongan cik kiah.

Sedikit info penting. Untuk ke sini anda harus tukar siap-siap RM ke USD. Masa sampai tidak perlu tukar ke Rufiya (RF) sebab di restoran atau kedai mereka terima sahaja USD. Tiada beza sekiranya anda berbelanja menggunakan USD atau Rufiya. Contohnya, harga makanan RF 60, korang boleh bagi je USD 4 (USD 1 = RF 15). Baki boleh dipilih sama ada inginkan baki dalam USD atau Rufiya.

Kalau tidak ingin membawa tunai yang banyak, anda hanya perlu membawa BIGPAY untuk bayar aktiviti dan lain-lain. Mata wang di sana paling menyeronokkan. Guna kod ini untuk mendapatkan RM10 percuma, YN0WQTVGVO.