Nota Editor : Kisah ini asalnya telah dikongsikan oleh Cik Izzati Abdul Wahab seorang pelajar UiTM, tentang pengalaman beliau mengembara solo ke Bosnia. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal sebagai rujukan khas buat mereka yang ingin berkunjung ke Bosnia.

travel-solo-ke-bosnia-6

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Mostar in Bosnia. Sejuk hati tengok sungai cantik lepas kena interrogate

Assalamualaikum. Ni ada friendly reminder based on my recent experience untuk sesiapa nak pergi Bosnia.

1) Bawak segala dokumen flight ticket balik Malaysia, hotel/hostel, nombor hotel/hostel, duit yang cukup. Hari tu kena interrogate dekat Sarajevo Airport maybe sebab pergi sorang kot lepas tu perempuan pulak. Dorang mintak nombor hostel, nak tengok duit banyak mana, even dah tunjuk tiket balik Istanbul dorang tak terima lagi. Luckily boleh bukak Gmail even tak de internet nak tunjuk tiket balik Malaysia. Baru dorang lepas.

2) Toilet. Kebanyakan toilet tak ada air langsung. So, prepare lah wet tissue, botol segala. Kat masjid je selalu ada air.

3) Masjid selalu bukak time solat je. So, sesiapa nak solat tu memang kena lari sepantas mungkin. Habis solat je memang dorang kunci masjid.

4) Kedutaan. Pegawai kedutaan cakap kalau nak pergi mana-mana negara sebaiknya inform kat embassy Malaysia kat negara tu. Email je pun boleh. So, dorang boleh buat rekod. If anything happen pun dorang ada details. Kalau perasan kat belakang passport pun ada tulis.

5) Personal belongings. Memang kena betul-betul careful. Phone saya kena curi masa dalam tram kat Sarajevo. Memang tak perasan sebab ramai orang. Orang locals bagitau, beg duit semua kena simpan dalam baju/jaket. Sling beg pun kalau boleh simpan dalam baju/ jaket. Lepas sedar phone hilang terus pergi balai polis. Police tu call embassy datang. Embassy datang bawak translator so senang nak buat report sebab kebanyakan dorang tak reti English. Lega dapat jumpa orang Melayu, haha.

6) Passport. Embassy pesan kalau passport hilang cepat-cepat contact embassy Malaysia kat negara tu. Nanti dorang bagi passport sementara dan kena balik Malaysia terus. Negara lain tak terima sangat passport sementara. So, no choice. Jaga passport elok-elok.

7) Student card. Boleh guna student card kalau nak beli tiket bas. Tiket bas Mostar-Sarajevo patutnya harga 16KM. Tapi dapat diskaun jadi lah 10KM. Dalam RM10 jugak less.

8) Ticket flight. Kalau nak murah pergi dari Istanbul. Haritu dapat RM300 je Istambul-Sarajevo-Istambul pakai apps MOMONDO.

Walaupun telah melalui pengalaman pahit gara-gara handphone dicuri, Izzati tetap berhasrat untuk mengunjungi Bosnia lagi. Ujar Izzati ;

Memang nak pergi lagi sebab tak sempat spend time dekat Sarajevo lepas fon kena curik tu. View memang cantik gila. Awesome geological features. Orang pun baik-baik. Owner hostel tu orang Bosnia siap masak bagi bekal lagi masa nak balik Sarajevo. Dorang banyak cerita pasal perang dulu, sejarah Bosnia.

Ada gambar sikit kat Mostar. Ni pun sebab dah whatsapp kat parents dulu. Gambar lain kat Sarajevo semua tak sempat tangkap phone dah kena curi.

travel-solo-ke-bosnia-2

Kravice Waterfall. Fantastic. Ni macam Niagara Falls in Bosnia

travel-solo-ke-bosnia-3

Neretva river from the castle

travel-solo-ke-bosnia-4

Stari Most at night. So beautiful

travel-solo-ke-bosnia-5

Kesan lepas perang. Yang lubang-lubang tu semua kena peluru. Tapi dorang still duduk situ sampai sekarang

 

travel-solo-ke-bosnia

With my new friends. Min from Korea and Hide from Japan

BACA : 23 Pemandangan Indah Di Bosnia Dari Kacamata Seorang Pengembara

Like Facebook The Vocket dan follow IG The Vocket

Anda Mungkin Suka