Pernah tak anda baru sahaja langgan internet untuk kegunaan sebulan dan data anda habis pada minggu pertama penggunaan? Kami yakin ramai daripada anda pernah merasai situasi seperti ini.

Tambahan pula terdapat beberapa masalah yang dialami oleh pengguna iOS 9 dimana data internet lebih cepat berbanding biasa. Jika perkara ini berlaku kepada anda, ini cadangan kami buat anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tips Untuk Mengurangkan Penggunaan Data Internet Pada iPhone

1. Tutup tatapan untuk penggunaan data buat iCloud

Jika anda sering menggunakan iCloud untuk memindah masuk dan keluar file untuk kegunaan peranti Apple anda, mobile data anda akan lebih cepat habis. Beberapa data aplikasi lain juga disimpan di dalam iCloud yang juga akan menggunakan mobile data anda.

Cara yang terbaik untuk jimatkan penggunaan mobile data untuk iCloud adalah

  1. Buka bahagian tatapan iCloud anda.
  2. Pada tatapan iCloud, tekan pada iCloud Drive
  3. Seterusnya, tutup tatapan untuk penggunaan cellular data

iCloud-Cell-Data

Hal ini akan membuatkan penggunaan iCloud cuma boleh digunakan ketika mempunyai Wi-Fi sahaja.

2. Menghalang muat turun secara automatik 

Memuatkan turun aplikasi atau update aplikasi bakal banyak menyumbang kepada peningkatan penggunaan data.

Cara yang terbaik adalah untuk menutup tatapan untuk memuat turun menggunakan mobile data dan gunakan peluang memuat turun aplikasi sewaktu ada Wi-Fi.

Auto-Download

3. Tutup tatapan Wi-Fi Assist

Wi-Fi assist mungkin membantu anda tetapi dalam masa yang mungkin juga menggunakan sebahagian besar qouta mobile data anda tanpa anda sedar. Wi-Fi assist membantu untuk menggunakan internet telefon pintar anda sewaktu Wi-Fi lemah.

Menutup tatapan untuk Wi-Fi assist dapat membantu mengelakkan qouta mobile data anda cepat habis. Jangan risau, anda boleh aktifkan semula sewaktu diperlukan.

Wi-fi-assist-disable

4. Pantau atau Halang aplikasi yang banyak memakan data

Anda juga mungkin ada sesetengah aplikasi yang kerap anda gunakan dan ada sesetengah aplikasi yang jarang anda gunakan tetapi masih simpan di dalam iPhone anda. Cara yang terbaik untuk menjimatkan penggunaan mobile data adalah sering memantau penggunaan data di bahagian cellular pada setting iPhone anda.

Toggle-Apps-Cellular

Anda juga boleh menutup beberapa aplikasi yang jarang anda gunakan dan memakan data yang banyak di latar belakang.

5. Halang Background App Refresh

Tahukah anda aplikasi sebenarnya dapat update di latar belakang atau sewaktu anda tidak menggunakannya dengan erti kata lain akan menggunakan memakan data anda.

Perkara ini dapat dihalang pada setting dengan menekan pada genral dan tutup background app refresh. Jangan risau, perkara ini tidak akan memberi masalah pada telefon pintar anda

Background-Refresh-Disable
6. Elakkan penstriman music berkualiti tinggi

Anda juga boleh mengelak penggunaan data dengan menutup tatapan pentriman muzik berkualiti tinggi pada setting iPhone anda.

Music-Data

Penggunaan aplikasi penstriman muzik seperti Spotify atau Joox sebenarnya sudah cukup baik untuk memberi kualiti muzik yang baik. Anda juga boleh save beberapa lagu yang kerap anda gunakan ketika mempunyai Wi-Fi

7. Halang video dengan automatik pada Facebook dan Twitter

Anda juga mungkin seperti saya, terdapat beberapa video yang anda tidak berminat untuk lihat tetapi kerap dimainkan secara automatik ketika menggunakan Facebook atau Twitter. Secara tidak langsung lebih banyak data diguna tanpa dimanfaatkan dengan baik

Sebenarnya terdapat tatapan pada dua aplikasi ini untuk menghalang video bermain secara automatik dan cuma dimainkan apabila ditekan

8. Tutup mobile data apabila tidak diperlukan dan banyakkan gunakan wifi

Ini tips paling asas daripada kami dan kami ramai daripada anda peka tentang perkara ini. Selain di rumah yang mempunyai Wi-Fi, anda juga boleh aplikasikan tips ini ketika di kedai makan atau cafe.

free-wifi-zone

Itu sahaja tips daripada kami tentang tips untuk mengurangkan penggunaan data internet daripada kami. Adakah anda rasa artikel ini memberi manfaat kepada anda? kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Sumber