Saya kira ramai orang Malaysia ini adalah golongan yang well-traveled. Gaji makin besar, banyak negara bagi keluar masuk tanpa visa, mampu keluar negara beberapa kali setahun. Kalau yang tak berkesempatan travel pun, dapat membaca pengalaman orang lain di hujung jari.

Di kala identiti kita di bumi sendiri makin terhakis, kita kembara seolahnya mencari semula identiti yang hilang. Kita amat kagumi adat budaya warga Jepun hatta yang tak masuk akal sekalipun contohnya menjauhi nombor empat (4).

Kita juga kagumi rakyat Jepun kerana mereka berbudi bahasa, rajin, pandai, masih mengekalkan identiti, GDP pun tinggi. Sayangnya apabila pulang semula ke tanahair, kita pun pulang semula pada mentaliti dunia ketiga.

Kita kagum negara orang & rakyatnya, tapi balik Malaysia kita buat tahi di negara sendiri. Maka, transformasi minda amatlah penting dalam mencerminkan identiti diri dan budaya bangsa yang beradab sopan dan berakhlak mulia.

Antara cara-cara mudah transformasi minda:

1. Bayarlah hutang pendidikan terutama PTPTN

Ini supaya generasi seterusnya dapat peluang pendidikan yang baik. Kita tidak mahu lahirkan generasi masa depan yang susah cari kerja, senang kena tipu, pokai, bankrap, tak bayar cukai – GENERASI KITA juga yang susah pada hari tua nanti kerana mereka tak mampu membayar untuk manfaat persaraan kita.

2. Baca buku dan tutup TV

Saya hairan masih ada lagikah mereka yang menonton TV. Kita merungut filem tempatan tiada kualiti, channel menyiarkan filem yang berulang-ulang, sumber berita berat sebelah, hujan sikit siaran hilang. Tapi masih juga menonton TV. Cubalah baca satu buku sebulan.

3. Merokok

2017 masih ada yang merokok lagi kah? Orang lelaki merokok punai lembik layu, performance tak bagus, baka tak elok, umur pendek duit pun hangus. Orang perempuan kulit kedut senang tua laki pun tak mahu.

4. Ikut peraturan dan jangan ambil jalan pintas

Jangan melintas di tengah-tengah jalanraya yang sibuk (jaywalk), memandu mencilok sana sini potong laluan tak bagi signal macam shaitan. Kalau kena saman, tak ada setel-setel dengan abang polis, bayar saja saman online. Kalau had bagasi tangan 7kg naik kapal terbang, pergi check-in bagasi yang lebih muatan. Mudah dan tak menyusahkan orang.

Baca: Hampir Masuk Gaung, Antara Pengalaman Ngeri Pemuda Ini Sewaktu Jalankan Misi Bantuan Syria Di Turki

5. Sampah

Lepas makan di Ikea, McD, Burger King, Starbucks dan sewaktu dengannya – pergilah tolong buang sampah di tempatnya. Amalkan bukan setakat di restoran saja, di tempat kerja juga. Malu gila sampah kita di HKL dikutip wartawan Jepun!

Hangpa pi Jepun sampah pandai simpan, hanya buang bila ada tong yang berhampiran, itu pun kena pilih tong yang betul supaya dapat kitar semula. Balik Malaysia, mentaliti jadi sampah pula, merata-rata kita buang ikut suka. Tong sampah kitar semula pun taktau apa benda.

6. Tandas yang kering ialah tandas yang bersih

Kurangkan penggunaan air, lagi-lagi bila mencuci sampai basah lantai. Tak salah guna tisu untuk mencuci dan membersih. Bukan wahabi pun. Malu doh masuk tandas awam berbayar masih kotor juga.

7. Makan kurang, berjalan lebih

Ini adalah cabaran besar di Malaysia di mana kemegahan kita terletak pada makanan (yalah dah identiti makin hilang, adat budaya pun hilang. Makanan saja lah yang boleh jadi kebanggaan).

Makanan pun boleh tahan murah walaupun tak menyihatkan. Tambah lagi cuaca panas lembap, atau sentiasa hujan, pengangkutan awam pun tak memuaskan, maka kita berjalan pun kurang. Tapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk gaya hidup yang tidak sihat. Rekod bangsa paling obese di Asia Tenggara bukanlah rekod yang kau mahu banggakan.

8. Kurangkan mengeluh merungut, lebihkan positif dalam diri

Ya kita semua ada masalah, ada kebimbangan, namun perlu salurkan pada tempat yang betul. Siapa ada kawan Jepun di FB? Kalau tak ada, add lah 2-3 orang. Tengok diorang ni macamana, banyak mengeluh macam kita di FB? Viral sikit sebab tak puas hati?

Boleh saja bagi berpuluh-puluh lagi, cuma setakat yang ada ni buatlah dahulu. Apa yang kita boleh buat di peringkat peribadi, kita buat, tak perlu tunggu masyarakat berubah atau kerajaan buat sesuatu. Change starts from within.

Janganlah travel atau baca pengalaman travel secara kosong saja. Bila sampai tanahair, segala pengalaman dan impression yang baik daripada kembara itu kita amalkan terus. Kalau tidak, travel 100 negara itu setakat angka sajalah. Balik tanahair menyusahkan orang juga.

Baca lagi: Gadis Ini Buktikan Hidap Bipolar Disorder Tidak Halang Beliau Travel Solo