Melihat video-video ini melahirkan rasa seram di hati. Betapa seriusnya tragedi letupan yang menimpa masyarakat Tianjin, China, sehingga menyebabkan beberapa nyawa terkorban. Kami ada kongsikan sebelum ini dalam video terawal rakaman tragedi letupan Tianjin dan beberapa gambar pasca peristiwa tersebut.

Pada kali ini kami kongsikan beberapa video terpilih yang menunjukkan betapa menakutkan letupan dan kebakaran boleh berlaku.

1. Video ini dirakam oleh Dan Van Duren

Beliau bersama-sama rakan menginap di tingkat 33 sebuah kondominium berhampiran Pelabuhan Tianjin. Beliau bersama-sama rakan menyelamatkan diri dengan menuruni 33 tingkat tangga. Video beliau menjadi pilihan media-media antarabangsa dan popular di Weibo disebabkan beliau bertutur dalam Bahasa Inggeris dan merupakan orang asing.

https://www.youtube.com/watch?v=cO1q3HwB0y0

2. Video tingkap pecah

Dalam video ini, pada mulanya kita dapat menyaksikan letupan pertama dan tingkap rumah pemilik video ini terbuka. Ketika beliau mahu menutup tingkap, letupan kedua berlaku, dan keadaan menjadi kacau bilau. Kedengaran bunyi tingkap pecah. Dilaporkan pemilik video ini mengalami kecederaan, akan tetapi bayi beliau selamat.

3. Video dash cam kereta dari jarak dekat

Keadaan pada mulanya nampak agak selamat, sehinggalah letupan kedua berlaku. Tekanan akibat letupan itu menghasilkan angin yang kuat, dan kelihatan seperti baru berlaku peristiwa letupan nuklear.

4. Video lelaki duduk di depan pintu

Ini merupakan video yang paling meninggalkan kesan. Akibat dari letupan, rangka pintu besi itu tercabut ke belakang.

5. Video suasana di hospital selepas letupan

Keadaan kacau-bilau dan ada yang menunggu serta ada yang berlari-lari untuk mendapatkan rawatan.

6. Video drone

Drone ini diterbangkan untuk mendapat gambaran sebenar tapak tragedi.

7. Keadaan di atas lebuhraya bersebelahan Pelabuhan Tianjin

Kelihatan lebuhraya dipenuhi dengan serpihan dan habuk, dan beberapa kenderaan yang hangus terbakar. Bangunan-bangunan dan kereta-kereta berhampiran pelabuhan juga hanya tinggal rangka.

8. Anggota bomba dan penyelamat

Anggota bomba dan penyelamat merisikokan keselamatan diri demi memberi khidmat kepada masyarakat. Dilaporkan 12 orang ahli bomba meninggal dunia semasa operasi menyelamat.

Mengikut Greenpeace, keadaan masih belum selamat, kerana risiko terhadap kesihatan penduduk setempat akibat bahan kimia yang terbakar masih wujud. Dapatkan maklumat lanjut tentang peristiwa ini di sini.

BACA Lagi: 21 Gambar Kesan Kemusnahan Akibat Letupan Bersaiz Gergasi Di Tianjin, China

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber