Nampaknya rangkaian kedai kopi terkenal juga tidak terlepas daripada menjadi melakukan kesalahan. Terbaru, Starbucks Amerika Syarikat telah mengumumkan mereka bakal menutup sebanyak 8,000 cawangan di negara tersebut diatas kes perkauman yang berlaku.

Difahamkan insiden perkauman yang terjadi di negara tersebut baru-baru ini berlaku apabila terdapat dua pemuda berkulit hitam berada di kedai tersebut selama dua jam tanpa memesan sebarang air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keadaan menjadi lebih serius apabila permintaan dua pemuda tersebut untuk menggunakan tandas ditolak. Mereka juga telah dihalau keluar daripada Starbucks oleh pelayan rangkaian tersebut. Pelayan tersebut turut menelefon pihak polis untuk segera datang bagi meleraikan insiden yang berlaku.

Insiden yang berlaku ini turut dirakam dan telahpun menerima lebih 10 juta tontonan di media sosial.

Meskipun masalah yang berlaku ini disebabkan etika kedua-dua belah pihak, ramai yang mengecam pelayan Starbucks yang berpihak untuk menghalau pemuda tersebut hanya disebabkan kedua-duanya berkulit hitam sekaligus menimbulkan isu perkauman.

Isu ini turut mengundang beberapa ahli politik terkemuka di Amerika Syarikat untuk tampil memberi ulasan. Tidak kurang juga para netizen yang telah memulakan kempenĀ #BoycottStarbucks berdasarkan insiden yang berlaku.

starbucks-stores-closed-may-29-1

Sebagai usaha untuk meleraikan isu yang berlaku serta tanda mohon maaf, Starbucks telah memilih untuk menutupĀ  8,000 rangkaian Starbucks di negara tersebut selama sehari pada 29 Mei ini.

Pada hari tersebut, para pekerja Starbucks bakal diberi kursus serta pendedahn tentang cara melayan pelanggan dengan lebih baik bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi.

Keputusan ini dibuat setelah CEO Starbucks, Kevin Johnson melihat pendedahan kursus ini mampu menawarkan solusi serta meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap produk dan servis mereka dalam jangka masa yang panjang. Difahamkan pelayan yang mencetuskan pergaduhan tersebut kini telahpun dibuang.

Untuk pengetahun anda, ini bukanlah pertama kali Starbucks Amerika Syarikat memilih untuk menutup sementara rangkaian mereka secara besar-besaran. Sebelum ini, sekitar 2008 Starbucks Amerika Syarikat telahpun menutup sebanyak 7,100 cawangan selama sehari bagi menawarkan kurus penghasilan latte yang lebih baik buat para pengguna.