Sudah menjadi satu praktis biasa buat para pencipta konten dan seumpamanya berkerja dari jarak jauh yang mana kini dikenali sebagai nomad digital. Memandangkan Malaysia juga merupakan antara lokasi kegemaran para profesional IT, maka kini hadir dengan agenda untuk menjadi hab nomad digital di rantau ASEAN.

Dengan agenda ini, ia menyasarkan penghijrahan seramai 80,000 warga asing    ke Malaysia di bawah pelaksanaan DE Rantau. Sasaran positif ini mengikut Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) secara langsung akan membawa kepada nilai ekonomi berjumlah RM4.8 bilion dalam bentuk perbelanjaan kepada ekonomi domestik.

Baca Juga:

Untuk makluman semua, kini terdapat lebih 807 hab nomad digital DE Rantau telah tersedia di seluruh negara meliputi Pulau Langkawi, Kuala Lumpur dan Melaka. Di samping itu, terdapat sasaran untuk mewujudkan sekitar 2,000 hab tambahan pada tahun ini.

Buat yang tidak biasa mendengar tentang DE Rantau, ia merupakan medium yang ingin memanfaatkan pasaran buruh digital negara dengan mengalakkan kemasukan pemain industri teknologi seperti pencipta konten, pembangun digital dan profesional teknologi maklumat dari seluruh  dunia.

Langkah perluasan ini dilihat selari dengan penawaran Malaysia pada Nomad Digital Warga Asing iaitu menyediakan visa pas kemasukan yang disesuaikan untuk pekerja jarak jauh bagi mempromosikan ekonomi digital negara di bawah program DE Rantau.

Difahamkan pas nomad digital itu akan sah dalam tempoh 12 bulan melalui mengesahan imigresen negara. Syaratnya ketat ini termasuklah pemohon perlu memiliki kriteria bersama jumlah pendapatan tahunan minimum RM100,000 dan memiliki bukti dokumentasi kontrak pekerjaan aktif selama 3 bulan dengan syarikat tempatan ataupun asing di Malaysia.

Pas ini juga bakal membenarkan kemasukan pemohon bersama ahli keluarga dengan penambahan caj RM500 bagi setiap isi rumah yang ingin menetap di Malaysia.

Mengikut jangkaan, setelah 3 lokasi hab tersebut didapati perluasan lokasi nomad digital akan diteruskan ke Ipoh-Perak, Johor Bahru, Kota Kinabalu-Sabah dan Kuching-Sarawak pada tahun ini.