Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan seramai 80,000 penjaja dan peniaga di negeri itu akan menerima bantuan wang ringgit sebanyak RM500.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Amirudin Shari melalui Pakej Selangor Prihatin Covid-19 seperti dilaporkan portal SelangorKini.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Bukan sahaja menerima bantuan wang tunai, tetapi peniaga-peniaga ini juga menurutnya akan dikecualikan sewa selama sebulan bagi membantu mereka terutamanya dengan perintah kawalan larangan yang kini sedang berkuatkuasa.

Pakej itu menurutnya bukan sahaja menumpukan kepada peniaga sahaja tetapi golongan lain seperti petugas hospital dan pelajar  juga akan menerima bantuan daripada kerajaan negeri.

Melalui pakej itu, semua petugas hospital di Selangor dilaporkan akan menerima bantuan RM200 seorang bagi membantu mereka menghadapi pandemik COVID-19. 

Manakala pelajar dari Selangor yang kini sedang menuntut di Sabah dan Sarawak turut diberikan bantuan wang tunai RM200.

Selain itu, pelajar di UNISEL, KUIS dan Kolej INPENS yang tidak pulang ke kampung pula diberikan bantuan makanan percuma bermula 22 hingga 31 Mac.

Baca perkongsian kami mengenai situasi terkini COVID-19 di negara kita. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

5 Pencapaian Cemerlang Negeri Selangor Di Bawah Pimpinan Amirudin Shari

CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor

Anda Mungkin Suka