Syarikat pengeluar alat kawalan permainan retro, 8BitDo baru-baru ini mengeluarkan model terbaharu alat elektronik retro ala Nintendo iaitu E3 2018. Selain daripada siri E3, 8BitDo juga memperkenalkan beberapa lagi controller seperti SN30 Pro+ dengan rekaan persis controller PlayStation.

1. SN30 Pro+

sn30

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peranti ini berfungsi dengan sambungan Bluetooth yang membenarkan controller ini untuk disambung ke peranti lain seperti PC atau Mac mahupun telefon bimbit Android atau iOS. 8BitDo akan memperkenalkan siri SN30 Plus+ menggunakan dua bateri bersaiz AA yang boleh dicas semula.

2. Zero 2

8bitdo_zero_2_bluetooth_controller_1

Zero 2 merupakan controller terkecil yang hanya bersaiz rantai kunci. Zero 2 merupakan controller sama rekaan dengen siri SN30 yang bersaiz mini. Controller ini dikeluarkan dengan warna-warna yang diinspirasikan daripada peranti klasik Nintendo. Zero 2 boleh digunakan pada telefon bimbit, tablet atau mana-mana peranti kecil yang menyokong Bluetooth.

Siri controller ini boleh didapatkan melalui laman web 8BitDo. Mungkin pertarungan Mobile Legend atau PES di telefon bimbit anda menjadi lebih lancar selepas ini.