Kenali 9 aplikasi percuma yang patut anda cuba untuk menghiasi paparan smartphone Android anda.

  1. Wallrox

wallrox

Wallrox memiliki pelbagai koleksi UHD wallpaper yang direka oleh Ankit Anand dengan pixel 3,200 x 2,560. Kerana ia UHD, pastinya paparan smartphone anda nampak sangat cantik seperti smartphone baru.

2. Wally

wally

Wally menawarkan pelbagai pilihan paparan daripada Wallhaven. Ia memiliki pelbagai pilihan size gambar yang terdiri daripada pelbagai genre seperti komik, gambar alam semula jadi, lukisan dan pelbagai lagi pilihan.

3. Cool Wallpaper HD: Android Wear

Cool HD

Sekiranya anda memilik peranti Android Wear, Cool Wallpaper HD adalah pilihan yang terbaik untuk anda cuba.

Gambar yang ditawarkan sangat menarik dengan senarai pilihan melebihi 10,000 gambar. Tidak menang tangan untuk memilih paparan yang terbaik.

4. Plastexo

Plastexo

Untuk mereka yang sukakanrekaan paparan yang ringkas, Plastexo adalah aplikasi yang perlu anda cuba.

Walaupun pilihan paparannya hanya 110 pilihan, ia sebenarnya sudah mencukupi untuk menghiasi smartphone anda. Kesemua rekaan yang sedia ada adalah daripada pereka Android yang terkenal, Mowmo.

5. Tapet

tapet

Tapet pula menawarkan paparan yang berbeza dengan pilihan paten dan pilihan warna yang berbeza namun tetap menarik.

Anda mempunyai pilihan untuk memilih paten dengan pilihan warna berbeza ataupun memilih warna dengan pilihan paten yang berbeza, dengan hanya ‘swipe‘ di smartphone anda.

6. 500 Firepaper

100%

Firepaper sebenarnya adalah sebuah website dimana beberapa photographer yang hebat berkongsi gambar yang telah mereka ambil.

Gambar-gambar inilah yang tersenarai dalam pilihan aplikasi ini. Anda boleh membuat tetapan kekerapan gambar-gambar tersebut bertukar dan memilih kategori gambar yang dimahukan.

7. Backgrounds HD Wallpapers

Best

Aplikasi ini menawarkan lebih daripada 7,000 paparan berkualiti tinggi untuk pilihan anda. Paparan yang ditawarkan adalah daripada pelbagai artis seluruh dunia.

Berbeza dengan aplikasi lain, Backgrounds HD Wallpapers membenarkan anda mengubah paparan yang sedia ada mengikut kreativiti anda. Malah, anda juga boleh berkongsi hasilnya kepada rakan sosial media anda.

8. Muzei Live Wallpaper

AndroidPIT-muzei-wallpaper-app-1-w782

Ini juga adalah aplikasi pilihan Android Wear. Paparan bagi aplikasi ini adalah daripada Wikiart.org dan gambar yang tinggi kualitinya.

Gambar-gambar yang sedia ada akan berubah-ubah namun masih memaparkan paparan yang sangat menarik.

9. Shake Them All! Live 2 Wallpaper

shakethemall2-w628

Aplikasi ini memang agak berbeza berbanding aplikasi yang dikongsi sebelum ini. Bagi pengguna yang inginkan keunikan dan ingin rasa terhibur, anda perlu cuba aplikasi ini.

Ia akan memaparkan beberapa patung Android yang akan bertindak balas terhadap sentuhan, gerakan, cahaya malah kepada bunyian.

Pastinya anda akan senyum keseorangan melihat telatah patung Android di smartphone anda.

Selamat mencuba dan pastikan rakan-rakan anda cemburu dengan paparan terbaru smartphone anda.

Ini pula adalah App Percuma Untuk Kaki Travel

Sumber