Ketika memohon pekerjaan, perkara normal yang dibuat adalah menyenaraikan sejarah pendidikan dan pengalaman yang lalu. Bagi seseorang yang berbakat, contohnya seorang penggodam komputer yang belajar sendiri, tetapi tanpa pendidikan formal dan hanya setahun pengalaman bekerja yang tidak relevan, amatlah sukar bagi beliau untuk mendapat jawatan pertama yang sesuai dengan bakatnya.

Elon Musk Fans via Facebook
Elon Musk Fans via Facebook

Malah, sesetengah usahawan, mereka mungkin memiliki beberapa insiden yang dicop negatif oleh dunia pekerjaan standard. Contohnya seperti berhenti daripada kolej, selalu melompat-lompat kerja atau dipecat. Apa yang pasti, usahawan-usahawan ini tidak pernah membataskan potensi dan masa depan mengikut sejarah hidup, tetapi terus berjalan ke hadapan untuk mencapai cita-cita yang kadangkala boleh dianggap mustahil.

Dan berikut adalah 9 kualiti yang dikongsi oleh usahawan-usahawan dominan:

1. Geliga

Menjadi seorang usahawan adalah seperti membina jambatan sambil berjalan di atasnya. Ini merujuk kepada usahawan yang selalu menjawab “ya” apabila ditanya jika mereka boleh membuat sesuatu (walaupun sebenarnya mereka langsung tidak tahu bagaimana nak buat perkara itu langsung pada mulanya dan mencari penyelesaian on-the-go). Mereka adalah orang pertama yang mengangkat tangan untuk menyelesaikan perkara yang nampak mustahil. Mereka melakukannya dengan keyakinan tinggi, kerana mereka percaya, apabila mereka telah meletakkan hati dan otak geliga mereka ke dalam satu projek secara bersungguh-sungguh, mereka akan menemui jalan penyelesaiannya.

2. Degil

Kami merujuk kepada ‘degil yang positif’. Iaitu usahawan-usawahawan yang tidak menerima jawapan “no”. Iaitu usahawan-usahawan yang sukakan cabaran dan akan bangun semula walaupun mereka jatuh 100 kali kerana mereka tahu mereka semakin hampir dengan apa yang mereka mahu. Berputus asa bukanlah pilihan.

Ini adalah contoh yang baik:

Kellee Khalil mencipta Lover.ly, iaitu sebuah enjin carian dan buku skrap visual tentang perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Menurut Business Insider, seminggu sebelum Kellee Khalil melancarkan startup perkahwinan beliau, beliau menerima jemputan minum kopi daripada seorang pakar strategi bisnes dari sebuah laman web perkahwinan ulung. “Kami ada USD $70 juta untuk membeli pesaing-pesaing, kemudian, kami menutup mereka,” Khalil diberitahu.

Tidak gentar dengan apa yang diberitahu, Kellee meneruskan perancangan, dan kini, laman web perkahwinan beliau menerima 40 juta page view setiap bulan dengan 400 juta imej tersimpan dalam pengkalan data mereka.

3. Cool di bawah tekanan

Ini adalah kemahiran yang sukar untuk diukur daripada sekeping resume atau profil LinkedIn.

Terlalu banyak orang bijak pandai tidak dapat bertahan dengan dunia sebenar. Mereka stress apabila melihat simptom-simptom awal kesusahan. Ada yang boleh menerima sedikit tekanan sebelum jatuh, tetapi mereka yang benar-benar hebat boleh berkembang maju di bawah tekanan. Tekanan mengeluarkan idea dan hasil terbaik dari diri mereka. Ini adalah usahawan yang dapat melakukan perkara-perkara mustahil.

4. Jaringan bisnes dan rakan-rakan

Bunyinya pelik, tetapi siapa rakan-rakan seseorang itu menjadi cerminan siapa orang itu. Kebiasannya, seseorang itu suka berkawan-kawan dengan orang lain yang mempunyai minat dan tahap motivasi yang sama. Pepatah Inggeris mengatakan “you are the sum of five of your closest friends.”

Ini adalah sebab mengapa kelab-kelab bisnes begitu berkesan, dan mengapa LinkedIn wujud.

5. Tabah

Frederick Hutson pernah dipenjara empat tahun kerana kesalahan mengedar dadah. Perkara itu sahaja boleh membantutkan kehidupan seseorang, apatah lagi memulakan sebuah syarikat, lalu mengganggu industri sebesar sistem penjara negara. Ketika berada di penjara, beliau ternampak kesusahan banduan dan keluarga di luar berhubung, lalu memberi beliau idea untuk menubuhkan Pigeon.ly setelah keluar. Pigeon.ly menyediakan panggilan telefon berdiskaun dan perkongsian foto untuk penghuni penjara dan keluarga mereka.

Setiap bulan, syarikat ini mengendalikan 2 juta minit panggilan dan suku juta perkongsian foto. Baru-baru ini, Pigeon.ly telah diterima masuk ke dalam program accelerator Lembah Silikon yang berprestij iaitu Y Combinator, dan nampaknya, mereka akan mempunyai masa depan yang cerah.

BACA: Ini Rupa Penjara Yang Mengajar Coding Tempat Mark Zuckerberg Lawati

6. Visi

Visi adalah sifat utama yang ada pada setiap usahawan berjaya. Kadang-kala visi adalah hasil daripada mempunyai pengetahuan mendalam sesuatu industri, teknologi atau pasaran sehinggakan usahawan seolah-olah tahu apa yang dunia mahukan. Visi Noah Kagan dengan SumoMe, dan perkembangannya yang meletup-letup adalah satu contoh yang baik.

Ada juga usahawan yang mampu bervisi sehingga dunia mengikuti mereka, seperti Steve Jobs dan Elon Musk.

7. Optimistik

Justin Barr berjaya menjual syarikatnya, Tapit, pada harga USD $23 juta. Dia begitu optimistik sehinggakan dia tidur di pejabat dan pernah tidak tidur langsung untuk bekerja. Dia berkata, “Saya terasa sesuatu (tentang projek saya), dan bersungguh-sungguh untuk menjayakannya.” Beliau tidak kisah dengan apa yang orang lain buat di pejabatnya, dia hanya berterusan membina produk yang dia ‘tahu’ akan berjaya. Beliau percaya sifat ‘optimistik 100%’ beliau menyumbang kepada kejayaan syarikat.

8. Oportunis

Usahawan pandai menggunakan peluang dan publisiti yang terbentang di depan mata. Sebagai contoh, walaupun iklan berulang-ulang Qu Puteh ketika Anugerah Juara Lagu dahulu dikecam, tetapi secara tidak langsung publisiti buruk ini berubah menjadi baik – ramai sudah mula mengenali jenama Qu Puteh dan menyebabkan ramai mahu mengenali siapa pengasas produk Qu Puteh.

9. Pelaksanaan

Career Sushi menawarkan 10,000 jawatan intership di syarikat-syarikat ternama seperti Warner Music Group, Billboard, FunnyorDie.com, Gary Sanchez Productions, Lionsgate Entertainment, Michael Stars dan Draftfcb. Laman web ini adalah idea Shara Senderoff seorang penerbit dan eksekutif industri filem selepas menyedari kelemahan proses mengambil pelatih.

Ini apa yang beliau katakan dalam satu temubual, “Ketika kecil lagi, saya suka memahami banyak benda dan mencari penyelesaian. Saya percaya, disebabkan sikap ‘mencari penyelesaian’ saya, telah membolehkan saya menjadi contoh kepada orang di sekeliling. Saya belajar untuk laksana, laksana, laksana dan saya mungkin tidak menjadi pemimpin seperti sekarang jika saya tidak membuat semua perkara dengan kepercayaan bahawa saya sentiasa boleh menjadi lebih baik.”

Andrew Medal, inspirasi asal artikel ini, percaya model tradisional mengambil pekerja melalui resume yang menyatakan sejarah pendidikan dan pengalaman bekerja tidak lagi relevan. Lalu beliau dan pasukannya mewujudkan Intangibly, yang memberi penekanan terhadap faktor-faktor kendiri dan aset intangible pemohon kerja.

Steve Jobs pernah berkata:

Here’s to the crazy ones. The misfits. The rebels. The troublemakers. The round pegs in the square holes. The ones who see things differently. They’re not fond of rules. And they have no respect for the status quo. You can quote them, disagree with them, glorify or vilify them. About the only thing you can’t do is ignore them. Because they change things. They push the human race forward. And while some may see them as the crazy ones, we see genius. Because the people who are crazy enough to think they can change the world are the ones who do.

BACA: 10 Peraturan Untuk Sukses Gaya Elon Musk

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber