Ramai bilionair menderma sebahagian wang mereka kepada badan kebajikan, tetapi hanya sebahagian kecil memberi banyak wang mereka untuk kebajikan.

Ditubuhkan oleh CEO Berkshire Hathaway, Warren Buffett, Bill dan Melinda Gates, Giving Pledge menjemput orang-orang paling kaya di dunia untuk berikrar memberikan lebih separuh daripada harta mereka untuk tujuan kebajikan, sama ada ketika hidup atau apabila sudah mati kelak. Sehingga Jun 2015, sebanyak 137 individu dan keluarga ultra-kaya telah menyertai usaha itu, dengan beberapa orang berikrar untuk memperuntukkan lebih daripada 99% kekayaan mereka untuk filantropi.

Berikut adalah sembilan pengikrar bilionair yang merancang untuk menderma sebahagian besar wang mereka, dan bagaimana mereka merancang untuk melakukannnya:

Paul Allen, telah menderma sebanyak USD $2 bilion  setakat ini, memberi dana kepada penyelidikan saintifik bernilai tinggi melalui Allen Institute for Brain Science.

ikrar01-paul-allen
Jordansocial | Wikimedia Commons

Pengasas bersama Microsoft ini, Paul Allen menyertai Giving Pledge pada tahun 2010. Usaha kebajikan beliau kebanyakannya tertumpu di kawasan Barat Laut Pasifik, iaitu tempat beliau tinggal dan bekerja, terutamanya dalam bidang penyelidikan sains.

Institut kajian beliau mengkaji penyebab-penyebab genetik yang mengakibatkan gangguan dan penyakit otak, serta fungsi dan kerosakan dalam otak yang yang memberi kesan kepada pesakit. Setakat ini, Allen telah menderma sebanyak USD $ 2 bilion kepada badan amal, menurut kajian firma Wealth-X, termasuk derma sebanyak USD $100 juta setahun lalu untuk memerangi virus wabak Ebola di Afrika Barat.

Manoj Bhargava, telah berjanji untuk menderma 90% daripada kekayaannya, dengan memberi tumpuan kerja-kerja amal dengan tujuan untuk mengurangkan penderitaan manusia.

ikrar02-manoj
YouTube | Hot New Trailers

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minuman tenaga 5-Hour Energy telah berikrar untuk memberi lebih daripada 90% hartanya untuk tujuan amal. Banyak usaha filantropi beliau bertujuan untuk meringankan penderitaan manusia. Yayasannya telah menerima lebih 400 projek setakat ini, seperti memperbaiki sekolah-sekolah dan hospital, dan memajukan pendidikan kerjaya wanita di luar bandar India.

Satu lagi tumpuan yayasan beliau: alam sekitar. Yayasan itu sedang cuba untuk mengurangkan pelepasan bahan api fosil ke udara sebanyak 50% dan membersihkan bahan kimia berbahaya daripada arang batu.

Sara Blakely mendedikasikan hidupnya untuk membantu wanita.

ikrar03-sarah-blakely
Gillian Zoe Segal | Wikimedia Commons

Pengasas Spanx, Sara Blakely menyertai Giving Pledge dengan tujuan untuk “menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik… one woman at a time.” Usaha beliau bermula dengan program yang dikenali sebagai Leg-UP, iaitu satu program yang memberi peluang kepada usahawan wanita untuk menampilkan produk mereka secara percuma dalam katalog Spanx.

Blakely juga telah membantu para wanita membiayai pendidikan kolej, membiayai program keusahawanan di sekolah-sekolah perempuan, dan menyumbang USD $1 juta kepada Oprah’s Leadership Academy untuk kanak-kanak perempuan di Afrika Selatan.

Warren Buffett berikrar untuk menderma lebih daripada 99% kekayaan beliau dan telah menderma lebih daripada USD $21.5 bilion.

ikrar04-warren-buffett
Mark Hirschey | Wikimedia Commons

CEO Berkshire Hathaway, Warren Buffett adalah tidak asing kepada dunia filantropi, telah menubuhkan Giving Pledge dengan Bill dan Melinda Gates dan berikrar untuk menderma lebih daripada 99% kekayaannya sendiri untuk tujuan kebajikan – ketika hidup atau selepas kematiannya. Beliau telah menderma sekurang-kurangnya USD $21.5 bilion, menurut Wealth-X.

“Setakat ini,” dia menulis dalam surat ikrarnya, “kira-kira 20% saham saya (dalam stok Berkshire Hathaway) telah diagih-agihkan” kepada pelbagai badan amal. Derma beliau pada musim panas tahun ini berjumlah USD $2.8 bilion – tahun kedua berturut-turut dia memberikan jumlah sebanyak ini kepada badan amal. Buffett akan terus mengagih-agihkan 4% lagi saham beliau setiap tahun.

Patrice dan Precious Motsepe membantu mereka yang terpinggir dan kurang bernasib baik di Afrika Selatan.

ikrar05-motsepe
motsepefoundation.org

Patrice Motsepe, pengasas syarikat perlombongan African Rainbow Minerals dan juga merupakan satu-satunya bilionair berkulit hitam di Afrika Selatan, bersama-sama isterinya Precious, berusaha untuk menghapuskan ketidaksamaan di Afrika Selatan dengan membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk menjadi lebih berdikari dan mampu menyara diri sendiri.

Pada tahun 1999, Motsepes menubuhkan Yayasan Motsepe dan meletakkan sekurang-kurangnya separuh daripada kekayaan mereka untuk mewujudkan peluang pekerjaan baru, menyokong pendidikan dan memperbaiki kehidupan kanak-kanak, penganggur, orang kurang upaya dan lain-lain.

Richard Branson meluangkan 80% daripada masanya untuk Virgin Unite, badan amal Virgin Group.

ikrar06-richard-branson
Wikimedia Commons

Pengasas Virgin Group Richard Branson bisnes dalam pelbagai bidang – muzik, telekomunikasi, penerbangan udara dan percutian angkasa lepas – dan sejak sedekad lalu mula bergiat dalam dunia filantropi.

Pada tahun ini Virgin Unite meraikan ulangtahun yang ke-10 dan meraikan usaha mereka yang menggunakan laluan keusahawanan untuk menangani isu-isu penting seperti mengurangkan pelepasan karbon, perlindungan alam sekitar, dan penyelesaian konflik. Branson dan isterinya Joan menyertai Giving Pledge pada tahun 2013.

Bill dan Melinda Gates telah menderma $ 27 bilion dan menumpukan usaha untuk membasmi penyakit yang boleh dicegah.

ikrar07-bill-gates
Kjetil Ree | Wikimedia Commons

Juga penubuh Giving Pledge, pengasas Microsoft, Bill Gates dan isterinya Melinda melalui yayasan mereka, membiayai inisiatif dan program di seluruh dunia yang menyokong pembangunan pertanian, bantuan kecemasan, kemiskinan bandar, kesihatan global dan pendidikan. Mereka menjuarai carta penderma wang paling banyak, iaitu sebanyak USD $27 bilion, menurut Wealth-X.

Pasangan Gates menumpukan perhatian mereka terhadap penyakit yang serius tetapi boleh dicegah, contohnya melalui vaksin. Yayasan itu menghantar vaksin untuk penyakit seperti polio dan batuk kering kepada negara-negara yang tidak mampu menyediakan vaksin percuma kepada rakyat mereka.

BACA: Kini Bill Gates Telah Pun Minum Air Dari Hasil Buangan Manusia Dengan Penuh Yakin Sekali

Azim Premji membiayai latihan perguruan dan program-program komputer untuk reformasi sekolah-sekolah awam di India.

ikrar08-azim-premji
World Economic Forum | Wikimedia Commons

Pengerusi syarikat IT dan perundingan India, Wipro berusaha untuk mengubah sistem pendidikan awam India melalui Azim Premji Foundation. Dia menderma USD $8 bilion setakat ini, menurut Wealth -X.

Antara inisiatif kebajikan beliau termasuklah program Computer Aided Learning, yang ditawarkan dalam 18 bahasa, dan Azim Premji University, sebuah universiti bukan keuntungan yang melatih guru-guru.

Premji menyertai Giving Pledge pada tahun 2013; sebelum itu, beliau menderma 8.7% daripada saham Wipro beliau (bernilai kira-kira $2 bilion) untuk menubuhkan yayasan beliau.

Mark Zuckerberg dan isterinya Priscilla berjuang melawan Ebola dan memperbaiki sekolah-sekolah awam di kawasan San Francisco Bay.

ikrar09-zuckerberg
Mark Zuckerberg | Facebook

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg membuat berbilion-bilion dolar melalui rangkaian sosial terbesar dunia, Facebook, dan beliau merupakan antara orang terawal yang menyertai Giving Pledge pada tahun 2010. Sehingga hari ini beliau telah menderma sebanyak USD $1.6 bilion.

Pada tahun lalu, Zuckerberg dan isterinya Priscilla, menderma $25 juta kepada Yayasan CDC  untuk menentang Ebola, dan menggalakkan follower Facebook mereka melakukan perkara yang sama.

Pasangan Zuckerberg juga menderma USD $75 juta untuk Silicon Valley Community Foundation untuk menyokong San Francisco General Hospital. Mereka juga menyokong pembentukan pendidikan awam yang lebih baik, dan telah menderma lebih daripada USD $100 juta setiap seorang untuk meningkatkan sistem sekolah awam di sekolah-sekolah di Newark, New Jersey.

BACA: Ramai Orang Tahu Nasihat Warren Buffett Yang Ini. Tapi Tak Ramai Yang Faham Dan Praktikkan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber