Kepadatan pengunjung dan mereka yang bekerja di Singapura atau Malaysia telah menjadi antara penyebab rancangan untuk membina jambatan ketiga di antara dua negara jiran tercetus.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, pengguna jambatan telah meningkat hampir 70 peratus dan telah dirujuk sebagai ‘pelawat yang semakin tinggi’.

The Straits Times melaporkan, lebih daripada 367,000 orang kini menggunakan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) setiap hari, dengan 254,000 orang menggunakan bahagian Johor Baharu dan 113,000 orang menggunakan Pautan Kedua.

Tetapi, sebelum segala kerja pembinaan dijalankan, satu kajian menyeluruh yang memakan kos sebanyak RM5 juta bakal dilaksanakan untuk melihat segala kemungkinan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan untuk membina jambatan tersebut hanya akan diputuskan selepas kajian selama sembilan bulan itu siap.

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji adakah jambatan ketiga mampu untuk mengurangkan kesesakan di Tambak serta lokasi yang dicadangkan.

Manakala perbincangan di antara Singapura untuk membina jambatan tersebut hanya akan dilakukan selepas Putrajaya meluluskan cadangan hasil dari kajian yang dilakukan.

Berikut adalah cerita lain mengenai Singapura – Malaysia yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Malaysia Sanggup Lakukan Apa Sahaja Kerja Di Singapura, Tetapi Tidak Di Negara Sendiri

Pendapatan Dari Singapura Tidak Akan Dikenakan Cukai Di Malaysia

Jabatan Negara Amerika Syarikat Sangka Singapura Berada Di Dalam Malaysia

 

Sumber