Semalam 4 Januari 2015, ramai pekerja kerajaan telah menerima bonus RM500 di dalam akaun masing-masing. Bagi pekerja swasta pula, bergantung pada keupayaan kewangan majikan untuk memberikan bonus kepada mereka. Ia adalah detik yang ditunggu-tunggu pada awal atau hujung setiap tahun kerana dipercayai dapat meringankan beban sara hidup buat sementara waktu.

Imej : NOOR ASREKUZAIREY SALIM
Imej : NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Ke manakah duit bonus dibelanjakan? Sebenarnya, ia adalah hak individu nak gunakan duit bonus itu untuk tujuan apa. Tapi kalau anda masih belum ada perancangan untuk duit bonus itu, anda boleh mempertimbangkan 9 cara bijak menggunakan duit bonus. Ini adalah sekadar cadangan, ia bergantung kepada situasi dan cara hidup anda juga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Membeli insurans nyawa

insurans 1

Petikan dari Harian Metro bertarikh 28 November 2014,

Anda juga boleh membeli insurans nyawa untuk memastikan kedudukan keluarga anda terpelihara. Jika sesuatu terjadi kepada anda, sekurang-kurangnya kebajikan keluarga tetap terpelihara menerusi liputan perlindungan insurans yang dibeli.

Cari insurans nyawa yang menawarkan bayaran yang rendah secara bulanan atau tahunan agar setara atau mampu dibayar dengan menggunakan duit bonus anda.

Baca: 7 Perbezaan Mudah Takaful Perubatan (Medical Card) vs Takaful Hayat

2. Pergilah mengembara.

Pelik tapi benar. Pergilah mengembara dengan duit bonus RM500 tetapi kembalilah dengan koleksi gambar-gambar dan pengalaman yang menarik. Anda boleh jual gambar-gambar di laman web stock photos dan jika anda ada bakat menulis, anda boleh bukukan pengalaman anda itu.

Ataupun, anda boleh tulis di Facebook dan hashtag YesVocket (#yesvocket) agar kami dapat kenalpasti post anda untuk dimasukkan ke dalam Vocket ini. Cara lain ialah dengan menghantar artikel kepada kami melalui link ini.

Lokasi pengembaraan? Boleh mula di dalam Malaysia atau negara serantau.

Baca: Nah Ini Dia 20 Cara Buat Duit Untuk Anda Yang Suka Travel

3. Sedekah.

Imej: aktual.com
Imej: aktual.com

Jika sesuatu pemberian itu diertikan sebagai satu usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka itu adalah sedekah dan ia mestilah dari sumber yang halal. Di dalam Islam, bersedekah adalah antara amalan sunat yang digalakkan ke atas orang Muslim.

Tetapi agama tidak menetapkan nilai sedekah kerana ia boleh dilakukan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Ini menunjukkan sedekah bukan sahaja boleh dilakukan oleh orang kaya tetapi orang yang kurang berada juga boleh turut serta melakukan amalan ini.

Tapi kalau anda perlu gunakan duit untuk tujuan lain, jangan risau kerana anda masih boleh lakukan sedekah melalui kudrat tenaga seperti yang pernah diceritakan di sini.

Baca: 7 Formula Keajaiban Sedekah Telah Dikongsikan Oleh Usahawan Wanita Ini. Anda Mungkin Mahu Tahu

4. Beri kepada ibubapa.

anak warga emas

Tidak perlu ragu-ragu memberikan wang kepada kedua ibubapa kita. Ia adalah salah satu usaha mulia untuk membahagiakan ibubapa yang telah bersusah payah membesarkan kita sehingga menjadi orang yang berpendapatan. Malah, ada anak yang berkemampuan memberikan kejutan sebuah Audi Q5 kepada ibunya.

Selain itu, kita boleh cuba memenuhi permintaan ibubapa (yang tidak bertentangan dengan agama) apabila kita ada duit di tangan. Ia mungkin dalam bentuk barangan, tenaga atau masa kita seperti membawa mereka ke tempat yang mereka idam-idamkan atau membeli barangan yang mereka perlukan.

Tidak kiralah anda anak sulung, atau anak tengah atau anak bongsu, tanggungjawab sebagai anak itu sama. Percayalah, rasa sangat bahagia apabila dapat melihat senyuman dan kegembiraan di wajah-wajah kedua ibubapa kita. Apabila ibubapa gembira, insyaallah kita akan mendapat keredhaan dan keberkatan rezeki.

Tetapi jangan pula berasa kecil kerana tidak mampu memberi wang atau memenuhi permintaan ibubapa, ada banyak cara lagi untuk membahagiakan mereka. Contohnya melakukan apa yang disukai ibubapa dan meninggalkan apa yang tidak disukai mereka, bercakap dengan lemah lembut sambil menjaga perasaan ibubapa, dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak yang baik dan soleh/solehah.

5. Belanja 10%, simpan 90%.

Imej: hilmiladen.com
Imej: hilmiladen.com

Ambil RM50 untuk beli apa yang anda inginkan. Selebihnya itu (RM450) masukkanlah ke dalam tabung simpanan kecemasan yang mungkin anda akan gunakan pada tahun yang sama.

Bulatkan hati anda agar tabung simpanan kecemasan itu mencecah angka sebanyak enam bulan gaji anda.

6. Mendapatkan ilmu.

Imej: Facebook
Imej: Facebook

Laburkan duit bonus RM500 anda itu untuk ilmu dengan membeli buku-buku atau tiket-tiket seminar dengan matlamat untuk menambah nilai pada diri. Jadikan pelaburan itu sebagai modal untuk mengaut ilmu dan membina networking jika menghadiri seminar.

Contoh niche buku dan seminar seperti bisnes internet, hartanah, lelong, pengurusan kewangan, saham dan lain-lain.

Anda juga boleh menggunakan duit itu untuk menajamkan kemahiran sedia ada anda seperti mengambil gambar, memasak atau menjahit. Setelah itu, anda boleh gunakan kemahiran tersebut untuk membuat duit semula.

7. Bayar hutang.

Bayar sejumlah wang kepada pemberi hutang anda. Jangan berbelanja sesuka hati tatkala anda masih berhutang dengan orang lain. Jadikan satu tabiat untuk menyelesaikan hutang-hutang. Itu lebih baik agar anda tidak mati dalam keadaan berhutang.

Sekiranya ada berhutang dengan pihak bank, anda boleh pasang nekad untuk buat satu dana full settlement hutang yang ada. Selesaikan satu per satu hutang dengan bermula angka hutang terendah atau interest yang paling tinggi.

Masukkan semua duit bonus ke dalam dana full settlement agar mempercepatkan anda mencapai matlamat tersebut.

Baca: Cara Langsaikan Hutang RM43K Dalam Masa 14 Bulan

8. Bisnes kecil.

 Imej: Mamatucen

Imej: Mamatucen

Dengan duit bonus RM500 di tangan anda, fikirkan apakah kemahiran yang anda ada dan orang ramai memerlukan kemahiran tersebut. Maksimumkan kemahiran atau kepandaian anda itu sehingga boleh menjadi penjana pendapatan tambahan buat anda. Sebaik-baiknya ia adalah sejenis perkhidmatan kerana risiko rendah dan modal rendah.

Tapi kalau anda tahu memasak, anda boleh jadikan RM500 sebagai modal bisnes untuk menjual makanan daripada boot kereta atau berniaga di tepi jalan atau di pasar malam. Pastikan anda memohon lesen menjaja dengan majlis perbandaran kawasan masing-masing.

Baca: Tip Urus Anak Sambil Berniaga Online

9. Dana Pelaburan

pelaburan tak sah

Anda mahu melakukan pelaburan tetapi modal tidak cukup. Maka, anda perlu nekad buat tabung simpanan untuk pelaburan. Masukkan semua duit bonus ke dalam tabung itu. Jangan pula kena scam atau ‘tersontot‘. Pastikan anda memilih pelaburan yang sah, bukan skim cepat kaya.

Contoh pelaburan ialah pembelian lot-lot saham. Menurut laman web pakdi.my, modal pelaburan saham dicadangkan bermula dari RM3,000 untuk newbie. Tapi mestilah ada ilmu terlebih dahulu bagi merendahkan risiko kerugian.

Sekiranya tidak mahu berhadapan dengan risiko kerugian yang besar, anda boleh mempertimbangkan Amanah Saham Bumiputra dan Tabung Haji. Walaupun pulangan tahunan tidak besar tetapi ia adalah pelaburan selamat.

Baca: Lego Adalah ‘Pelaburan Lebih Baik Dari Saham Dan Emas’, Kata Suratkhabar Ini

Apakah pilihan bijak anda? Anda boleh kongsikan apakah yang telah anda buat dengan duit bonus di ruang komen. Terima kasih.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram