Baru-baru ini, saya telah ditipu oleh seseorang sebanyak RM5000 secara keseluruhannya melalui pakej travel. Bagaimana saya ditipu? Tak perlulah saya ceritakan di sini.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah, sekiranya anda ditipu dan tidak mendapat kembali duit tersebut. Boleh cuba cara di bawah:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kumpulkan bukti-bukti terutama transaksi anda kepada penipu tersebut.

2. Sekiranya terdapat bukti perbualan antara anda dengan penipu tersebut menyatakan penipu tersebut hendak membayar balik sedikit demi sedikit secara ansuran, TOLONG JANGAN TERIMA! Dan BERHENTI dari minta dan terima duit dari penipu tu hatta 1 sen pun.

3. Kenapa? Sebab ini akan menyukarkan pihak polis membuat siasatan dan menganggap sudah ada perjanjian antara kita dan si penipu Ini dan pihak polis tak boleh masuk campur.

4. Buat laporan di balai polis, sekiranya perlu. Buat draf laporan seringkas yang mungkin dan save dalam pendrive, kita mudahkan kerja orang, orang akan mudahkan kerja kita.

5. Semasa buat laporan polis, pastikan buat laporan di Balai Polis di mana transaksi pertama dibuat. Lebih mudah untuk diuruskan. Boleh je buat laporan DI tempat lain, tapi akan ambil sedikit masa. Tapi kalau transaksi pertama dibuat di Australia, tak perlulah nak cari tiket flight ke Australia dan ke balai polis DI sana untuk buat report. Hahaha.. Boleh je ke balai polis terdekat dan minta nasihat mereka.

6. Selepas buat laporan, pegawai polis akan serahkan kepada Pegawai Penyiasat, masa ni cerita lah segala A-Z tentang apa yang terjadi. Kebiasaannya, untuk kes penipuan macam saya kena ni di bawah Jenayah Komersil.

7. Kemudian, dalam suatu tempoh, pihak polis akan panggil Orang Kena Tuduh (OKT) atau keluarga OKT ni ke balai kot la dorang nak selesaikan sendiri. Di sini, kita boleh minta duit kita semula di bawah urusan pihak polis. Jadi boleh terus tutup kes.

8. Tapi kalau OKT ni atau keluarga dia tak ada duit atau tak nak bayar, pihak polis akan bawa kes ke Peguam Negara dan proses naik turun mahkamah akan bermula.

9. Tapi sebenarnya selagi belum masuk mahkamah, boleh je selesai kes di luar mahkamah.

Harap dapat membantu. Point no 2 tu paling penting okey. Sebab sekali kita dah terima duit dari dia, kita tak boleh dah nak tuntut melalui pihak polis. Cara lain ada tuntutan melalui tribunal melalui tuntutan sivil. Tapi tuntutan sivil ni kos dia mahal. Jalan terakhir adalah tuntutan di Padang Mahsyar nanti. Merangkak la kau cari aku kat Padang Mahsyar nanti ye.