Nota Editor: Memulakan bisnes sebagai pelukis jalanan yang melukis potret dan kartun pada tahun 2004, Wan Muhd Ali iaitu penulis artikel asal ini telah menjalankan bisnes online sepenuh masa pada tahun 2009. Kini, beliau mempunyai sebuah kilang produk kecantikan, training centre dan pejabat yang menjalankan bisnes web platform. Dengan izin beliau, kami kongsikan semula perkongsian beliau tentang 9 ciri peniaga yang mencari keuntungan dunia dan akhirat di sini. Semoga bermanfaat.

Ini yang dipelajari oleh orang-orang bisnes:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Bagaimana setiap hari mencari rezeki dengan usaha sendiri.

Kadang-kadang buat bisnes itu, kadang-kadang buat bisnes ini. Kadang-kadang buat semua sekaligus. Yang penting ada wang masuk untuk sara hidup setiap hari.

2. Tidak tahu dari sumber mana rezeki akan datang.

Hanya berusaha, belajar, bertindak dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah. Jika ada wang masuk, Alhamdulillah. Jika tiada pun, Alhamduillah. Usaha diteruskan tanpa henti.

3. Belajar menghormati orang lain.

Bahasa mulut dijaga, penulisan diolah dengan gaya yang baik supaya orang suka, orang tidak benci, orang hormat dan orang yakin dengan kredibiliti diri.

4. Bekerja tanpa ada waktu khas.

Jika terpaksa buat kerja waktu malam, malam-malam dia akan terjaga. Jika terpaksa keluar ke negeri orang, ke sana dia pergi. Jika terpaksa tinggalkan anak isteri, beliau akan tinggalkan mereka.

5. Menguruskan kewangan dan disiplin diri.

Setiap wang dibelanjakan dengan berhati-hati. Urusan jual beli direkodkan. Wang keluar masuk setiap hari dijaga. Berdisiplin dalam menguruskan kehidupan.

6. Upgrade diri supaya lebih bijak, cekap dan berilmu.

Supaya dapat menjadi leader yang baik. Dapat memimpin ahli pasukan, disegani dan dihormati staf, rakan niaga dan business circle.

7. Berfikir dan mencari-cari idea penyelesaian masalah setiap hari.

Bagaimana mereka dapat bantu selesaikan masalah orang, bagaimana mereka dapat berikan servis terbaik, bagaimana mereka menjadi sumber insprirasi untuk orang lain.

8. Bertanggungjawab terhadap orang yang di bawah tanggungan mereka.

Mereka fikirkan kebajikan staf. Berusaha setiap hari bukan sekadar untuk mendapat hasil sendiri tetapi turut difikirkan gaji staf setiap bulan.

9. Mencari yang halal sahaja.

Bukan semua peniaga tahu hukum hakam dalam berniaga. Namun mereka belajar untuk tidak melakukannya meskipun kadang-kadang perkara itu boleh mengurangkan keuntungan bisnes mereka. Mereka percaya kepada rezeki Allah yang halal.

Ini adalah contoh peniaga-peniaga yang mencari keuntungan dunia dan akhirat.

Anda boleh tambah lagi di bahagian komen.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram