Tidak terlambat untuk kami ucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda. Jadi, bagaimana dengan cuti-cuti panjang yang anda nikmati pada bulan Disember 2015 yang lepas? Semoga semuanya enjoy-enjoy belaka.

Ok, baru Isnin pertama untuk tahun 2016 kami sudah sediakan jadual cuti panjang untuk anda sepanjang tahun ini. Kerana saya tahu anda semua pekerja-pekerja gigih tertunggu hari cuti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cuti panjang ini sebenarnya ialah hujung minggu campur cuti awam. Untuk 2016, rakyat Malaysia akan menikmati sembilan kali cuti panjang. Banyak tu.

Hujung-Minggu-Panjang-2016

Jika dilihat pada grafik yang dipaparkan, penduduk di Kedah, Sabah, Labuan dan Melaka akan menikmati dua kali hujung minggu lebih panjang. Sementara itu penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kelantan, dan Sarawak hanya satu hujung minggu yang lebih panjang.

Dengan 9 cuti panjang sepanjang 2016 ini anda sebenarnya boleh merancang untuk melakukan pelbagai perkara seperti bawa keluarga pergi bercuti di salah satu 12 Villa menarik ini atau anda mungkin mahu pergi ke Indonesia selepas melihat gambar-gambar ini.

Sekiranya anda jenis yang adventure dan masih bujang boleh pusing Eropah. Dan ini 17 lokasi di Eropah yang cantik tapi tidak diketahui ramai untuk anda terokai.

Bagi yang sudah berkahwin (lelaki) saya sarankan bawa isteri pergi ke tempat romantik ini. Feeling-feeling Kajol dan King Khan.

Akhir sekali, sekiranya anda bukan kaki travel, kami syorkan tingkatkan pengetahun dan kemahiran diri terutama dalam bidang kewangan dengan menghadiri kelas-kelas mahupun kursus-kursus yang berkaitan pada hujung minggu.

Apa-apa pun yang anda bakal lakukan, nimakti hidup anda sepuas-puasnya. Yeah!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram