Setiap orang pastinya mempunyai cita rasa yang tersendiri apabila menonton filem. Ada yang mahu lari dari dunia sebenar dengan melayan cerita fantasi dan ada pula penonton yang lebih gemar menonton filem yang berat, intense dan sarat dengan pengajaran.

Pada kali ini, kami kongsikan penulisan Muhammad Irsyad yang mengongsikan 9 filem agen perisan dan konflik antara negara khas buat anda yang berminat yang boleh menjadi rujukan anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1. Raazi (India-Pakisatan)
raazi-alia
Sumber: Star World News

Seorang wanita muda yang masih naif, dipilih dan dilatih untuk menjadi seorang perisik rahsia. Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel yang diilhamkan daripada kisah sebenar. Sehmat, seorang wanita India berasal dari Kashmir ‘dikahwinkan’ dengan pegawai tinggi tentera Pakistan (Raazi). Tujuannya adalah untuk mendapatkan direct first hand information dari tentera Pakistan dan disalurkan terus kepada tentera India.

Banyak momen-momen yang mendebarkan bilamana Sehmat cuba ‘manyalurkan’ informasi dari Ibu Pejabat Ketenteraan Pakistan langsung kepada pihak India. Termasuklah beliau terpaksa membunuh seseorang bagi memastikan tembelangnya tidak terpecah.

Bagi Raazi, dia diuji dan harus memilih. Demi kesetiaan kepada tanah air, apakah dia harus mengorbankan cinta dan membunuh isteri sendiri?

2. The Ghazi Attack (India-Pakistan)
the-ghazi-attack-rana-daggubati-taapsee-pannu-1200
Sumber: The India Express

Latar masa filem ini dan filem Raazi berlaku pada jalur masa yang sama, iaitu tahun 1971 sewaktu ketegangan dan perang India-Pakistan.

Ini juga berdasarkan kisah sebenar. Waktu tu, Kapal Selam Pakistan (PNS Ghazi) dalam misi rahsia untuk mengahncurkan Kapal Laut Perang milik India (INS Vikrant). Tapi pihak India dapat memintas maklumat ni, lantas menggunapakai kapal selam mereka (S21) menembak musnah PNS Ghazi milik Pakistan yang ketika itu berada di perairan India.

Saya beranggapan cerita ini dan Raazi saling berkait dimana, Sehmat (agen perisikan wanita India) inilah yang menyalurkan maklumat kepada pihak India berkenaan kehadiran PNS Ghazi (kapal selam Pakistan) di perairan mereka.

Kalau ikut bacaan lain, Pihak Pakistan menafikan yang PNS Ghazi ditembak oleh S21. Akan tetapi mereka mendakwa ianya disebabkan masalah teknikal dan kerosakan dalaman yang menyebabkan kapal selam ini meletup. Kalian pergi lah tengok dan buat analisis serta hubungkan puzzle yang ada.

3. The Red Sea Diving Resort (MOSSAD Israel)

190723-redseadivingresort

Inipun menarik. Juga berdasarkan cerita sebenar. Sejarah yang memaparkan bagaimana agen perisikan dan inteligen Israel (MOSSAD), menyeludup ribuan pelarian Yahudi dari Ethiopia masuk ke Israel. Bagaimana?

Dengan membeli dan menukarkan sebuah chalet terbiar di tepi pantai Sudan dan menjalankan operasi perhotelan seperti biasa bagi mengaburi mata pihak Sudan. Aktiviti penyeludupan manusia dilakukan pada waktu malam dengan bantuan tentera laut Israel.

Cerita agak panjang dan meleret. Tapi babak terkahir agak mendebarkan bilamana MOSSAD dengan bantuan Kedutaan US di Sudan, CIA serta Tentera Udara US terpaksa menggunakan lapangan terbang lama (laluan udara) untuk menyeludup baki pelarian Yahudi.

4. Red Sparrow (KGB Russia-CIA US)
redsparrow
Sumber: Entertaiment Weekly

Dominika Egorova. Gadis Russia, cantek tinggi dan lampai dilatih menjadi agen perisikan melalui Sparrow School iaitu sebuah program khusus yang menjadi rahsia di bawah kerajaan Russia.

Cerita ini unpredictable. Saya dah baca 2-3 lapis, akhirnya agakan saya meleset jauh. Dia punya pusing tu memang terbaik. Mind-blowing. Sampai ending dia tu, saya ulang banyak kali kemudian buat bacaan di google untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku.

5. Anna (GB Russia-CIA US)

DSC08369.jpg

Beneaeth Anna Poliotova. Sekali lagi gadis Russia. Cantik, cerdas dan tinggi lampai. Cuma cerita ini bagi saya copy-cat cerita Red Sparrow (2018).

Timeline yang sama, wanita cantik yang tersakiti yang terpaksa jadi agen perisik serta terperangkap dan kemudiannya cari jalan mahu bebas dari dunia perisikan dan pembunuhan. Cuma pengakhiran sedikit berbeza dalam bagaimana Anna melepaskan dirinya dari dunia perisikan. Best!

6. Atomic Blonde (MI6 UK)
atomic-blonde-394
Sumber: Syfy

Sekali lagi, seorang wanita diangkat sebagai watak utama dalam melakonkan seorang perisik elit.

Cuma kalini sedikit berbeza. Ia berkenaan ‘double agent’. Pokok persoalan muncul bilamana agen wanita ini menngunapakai teknik penyiksaan untuk menyelesaikan misinya.

Akhirnya dia perlu menyakinkan kepada negara nya yang dia masih setia berkhidmat dan bukanlah ‘double agent’.

7. The Spy Gone North (Korea Utara – Korea Selatan)

01f78f8d-4777-40c4-a3d4-eb63f299c913

Walaupun cerita ini agak panjang dan sedikit meleret, tapi ia cuba menampilkan suatu naratif yang berbeza. Kebanyakkan cerita agen perisikan selalu memaparkan propaganda dan memburukkan negara seteru, tapi tampaknya cerita ini tidak begitu.

Cerita ini mengisahkan bagaimana seorang agen perisikan akhirnya menjadi jambatan dan tunjang kesefahaman di antara perang dingin dua blok Korea Utara- dan Korea Selatan. Pengakhiranya cukup menyesakkan dada bilamana menyaksikkan dua negara yang dihuni oleh orang yang sama, budaya yang sama dan bahasa yang sama terpaksa berpisah disebabkan ideologi yang berbeza.

8. Romeo Akbar Walter (India Pakistan)

romeo-akbar-walter

Cerita ini memang sangat saya recommend. Bermula sebagai seorang pegawai Bank (Romeo) dilatih menjadi agen perisikan India (Akbar Malik) dan akhirnya sebagai pegawai tertinggi tentera Pakistan (Walter Khan).

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana perisik India berjjaya menjadi pegawai tertinggi Pakistan. Ending pun mind-blowing. Kena tengok beberapa kali babak akhir baru lah faham apa sebenarnya yang disampaikan.

9. Uri: Surgical Strike (India Pakistan)

MV5BYjIzYzM3YmItZjA0Mi00YjZmLThjMDAtM2MwZjY4NWE5MmQ0XkEyXkFqcGdeQXVyNjgxMjk4MzQ@._V1_

Ini juga berdasarkan kisah sebenar. Sebuah serangan disasarkan ke atas Kem Tentera India, di kawasan yang bernama Uri dipersempadanan India Pakistan (Kashmir). Serangan itu mengakibatkan 18 tentera India terkorban. Tentera elit India, 10 hari selepas serangan tersebut membuat serangan balas.

Adegan mencemaskan bilamana tentera elit India kantoi memasuki POK (Pakistan Occupied Kashmir) selepas menjalankan aktiviti serangan balas. Apapun, ketegangan India-Pakistan ni sampai ke hari ni tidak berkesudahan.

Buat peminat filem Tamil, kami sangat sarankan anda untuk menonton filem ‘Raatchasi’ yang berjaya membuatkan orang ramai kagum dan teruja. Turut dikongsikan kisah sebenar di sebalik filem Nang Nak.

‘Raatchasi’ Filem Tamil Hebat Yang Perlu Ditonton Oleh Semua

Ketahui Kisah Benar Di Sebalik Filem ‘Nang Nak’