Pokemon GO akhirnya telah tiba ke Malaysia secara rasmi! Jom lihat tips kami khas untuk Pokemon trainers di Malaysia (kami termasuk golongan ini).

1. Pakaian

t-shirt

Disebabkan keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap, adalah menjadi keutamaan bagi pemain untuk mengekalkan tahap keselesaan sewaktu sibuk berkejar kesana-sini untuk menangkap Pokemon kegemaran.

Pastikan pakaian anda adalah jenis breathable dan mampu memberi keselesaan sewaktu sibuk menangkap Pikachu itu!

2. Topi

topi

Aksesori tambahan haruslah praktikal dan jika disesuaikan dengan gaya, ia dapat menambah cool factor anda! Aksesori seperti topi atau cap adalah perlu untuk memberi perlindungan dalam keadaan panas dan hujan.

3. Kasut

kasut-sesuai-main-pokemon-go

Kasut yang selesa adalah penting bagi memastikan kaki anda tidak terlalu penat sewaktu sibuk berjalan di luar bagi mencari dan cuba menangkap pelbagai jenis Pokemon.

Tambahan pula, tempoh bagi “telur” Pokemon anda untuk menetas dikira oleh jarak perjalanan anda (purata jarak 2-10 kilometer!). Pastikan kasut yang anda pilih untuk sesi Pokemon GO anda boleh memberikan kusyen dan keselesaan maksimum untuk tempoh yang berpanjangan.

Kami sarankan anda memakai kasut running atau jogging bagi tujuan ini bertepatan dengan ciri di atas.

4. Bateri gantian & Powerbank

power-bank

Bermain Pokemon GO memerlukan aplikasi itu dibuka sepanjang masa sewaktu sesi Pokemon GO anda – maka anda perlu memastikan bateri smartphone anda sentiasa di paras mencukupi bagi menjamin kesihatan bateri smartphone anda (jangan selalu biarkan paras cas bateri kurang dari 20%) dan diri anda.

Anda tentu tak mahu terlepas peluang menangkap Gyarados yang anda jumpa di tasik belakang rumah hanya kerana bateri habis kan?

5. Botol Air

botol-air

Ini penting! Pastikan anda minum air secukupnya bagi menambah semula kandungan cecair di dalam badan. Anda mungkin boleh terkena kesan dehidrasi atau heatstroke sekiranya paras air didalam badan air tidak mencukupi – tambahan pula dalam cuaca panas seperti di Malaysia.

6. Deodoran

bau-badan

Jika anda bercadang untuk sesi Pokemon GO yang berlarutan, jangan lupa deodoran! Jika anda mengeluarkan bau yang kurang senang, ia mungkin boleh bertindak sebagai All Repel terhadap orang sekeliling anda. Maka deodoran adalah penting untuk dibawa bersama.

7. Alat Pemegang Smartphone Basikal

smartphone-holder

Mungkin ada di antara Pokemon Trainers yang berbasikal untuk mencari Pokemon. Pastikan anda mempunyai alat pemegang ini untuk menjamin keselamatan anda sewaktu berbasikal.

8. Beg

beg

Setelah mendapatkan semua barang-barang di atas (termasuk pokeballs anda!), di mana anda nak letakkannya? Tak mungkin anda akan memegang semuanya sekaligus menggunakan tangan.

Maka jangan lupa untuk membawa bersama satu beg yang tahan lasak, ringan dan selesa (padding tidak terlalu tebal bagi kegunaan di iklim Malaysia).

9. Keberanian Dan Kecekalan

pokemon-go-2

Kini, anda bersedia untuk keluar menangkap Pokemon kegemaran anda! Jangan lupa bawa bersama keberanian dan kecekalan diri. Paling utama sekali, JAGA KESELAMATAN ANDA DAN ORANG DI SEKELILING.