Selepas YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Jumaat lalu, ia sedikit sebanyak membolehkan rakyat menarik nafas lega dalam keadaan sukar yang dirasai rakyat ketika ini.

Tidak terhenti di situ, Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari telah mengumumkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 1.0, khas untuk penduduk Selangor.

Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 1.0 bagi Menangani COVID-19 ini dilihat bakal dimanfaatkan oleh 9 kumpulan sasar di seluruh Selangor. Pakej rangsangan ini diumumkan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Berikut adalah pecahan 9 inisiatif Selangor Prihatin 1.0 yang diumumkan.

1. RM1.2 Juta Untuk Petugas Baris Hadapan

Selangor Pri 1

Setiap petugas baris hadapan di Selangor akan diberikan insentif RM200 secara one off serta bantuan makanan sepanjang berkhidmat memerangi COVID-19.

2. RM40 Juta Insentif Khas Peniaga/Penjaja Berlesen

Selangor Pri 2

Mengetahui kesusahan tidak dapat meniaga ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 80,000 penjaja berlesen dengan kerajaan akan menerima bantuan one off sebanyak RM500.

3. RM70 Juta Untuk Skim Hijrah Selangor

Selangor Pri 3

Buat peniaga yang mendapat bantuan Skim Hijrah Selangor, penangguhan serta penstrukturan semula bayaran pinjaman dilihat dapat memnbantu mengurangkan beban peniaga.

4. RM500,000 Untuk Mahasiswa & Mahasiswi Sabah/Sarawak

Selangor Pri 4

Buat pelajar IPT dan IPTA dari Sabah dan Sarawak, bantuan secara one off sebanyak RM200 diberikan bagi mengurangkan beban mereka sepanjang tempoh PKP.

5. RM600,000 Skim Smart Sewa

Selangor Pri 5

Peserta Skim Smart Sewa juga tidak dilupakan. Seramai 2,700 peserta akan diberi penangguhan pembayaran dan penstrukturan semula bayaran sewa.

6. RM1.68 Juta Had Belanja Mesra Rakyat Setiap DUN Ditingkatkan

Selangor Pri 6

Aktiviti mesra rakyat dinaikkan had belanja bagi membeli barangan keperluan seperti tepung, susu, gula, makanan dalam tin dan sebagainya.

7. 1 Bulan Lanjutan Bayaran Cukai

Selangor Pri 7

Kerajaan Selangor melanjutkan tarikh tutup untuk bayaran cukai selama sebulan.

8. RM1.8 Juta Makanan Percuma Mahasiswa & Mahasiswi Di Selangor

Selangor Pri 8

Mengetahui golongan mahasiswa dan mahasiswi yang akan terkesan sepanjang PKP ini, sebanyak RM1.8 juta peruntukan makan untuk pelajar UNISEL, KUIS dan Kolej INPENS diberikan secara percuma bermula 22 hingga 31 Mac 2020.

9. RM12 Juta Pengecualian Sewa Premis PBT

Selangor Pri 9

Pengecualian sewa untuk peniaga premis PBT selama sebulan.

Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 turut akan dibentangkan oleh Dato Seri Amirudiin Shari pada 1 April 2020 jam 3.00 petang. Buat para peniaga, frontliners dan pelajar pasti menyambut baik inisiatif daripada Kerajaan Selangor ini. Sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19 di Malaysia.

Selangor Prihatin

Sebelum ini, Kerajaan Selangor bakal memberi bantuan RM500 buat panjaja serta peniaga di sekitar Selangor. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

80,000 Penjaja Dan Peniaga Di Selangor Bakal Terima Bantuan RM500

Bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzul Dilantik Ketuai ‘Task Force’ Tangani COVID-19 Di Selangor

5 Pencapaian Cemerlang Negeri Selangor Di Bawah Pimpinan Amirudin Shari