Bekerja sebagai peguam, pengarah, pengurus, hackers malahan keyboard warrior itu sudah menjadi sangat biasa.

9 jenis pekerjaan berikut sangat pelik dan boleh jadi tak masuk akal juga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mari kita mulakan.

1. Oshiya

Jepun merupakan sebuah negara yang mana ramai rakyatnya menggunakan keretapi laju (bullet train).Tugas Oshiya adalah mendorong dan menolak para penumpang Shinkansen (keretapi laju) masuk ke dalam keretapi agar lebih ramai penumpang boleh dimuatkan ke dalam keretapi tersebut. Tengoklah cara mereka tolak para penumpang di video berikut.

 

2. Tukang Ratap

Di negara seperti China,Taiwan, Afrika dan Timur Tengah, apabila ada antara ahli keluarga meninggal dunia maka tukang ratap akan dipanggil untuk mewakili keluarga menangisi pemergian si mati.

Pekerjaan sebagai tukang ratap boleh memberikan pulangan yang agak lumayan di negara Taiwan hingga ada yang melakukan pekerjaan ini secara professional. Jom tonton video ratapan berikut.

 

3. Cuida Carros

Pekerjaan ini di jalankan di Costa Rica, Brazil. Apa yang perlu dilakukan oleh Cuida Carros ialah berdiri dekat kereta agar tidak dilarikan orang. Bayaran adalah berdasarkan berapa lama Cuida Carros perlu menjaga kereta tersebut. Eh, kenapa tak buat mesin parking macam kat Malaysia saja kan?

 

4. Pemancing Basikal

Amsterdam terkenal sebagai negara yang rakyatnya ramai menunggang basikal. Pekerjaan pelik yang ada di negara ini adalah memancing basikal. Ada dikalangan rakyatnya dengan sengaja membuang basikal ke dalam terusan yang terdapat di negara ini. Dianggarkan antara 12,000 ke 15,000 basikal berkarat berjaya di pancing setiap tahun di negara ini.

 

5. Chicken Sexer

Jangan ingat porn pulak. Tugas chicken sexer adalah menentukan jantina anak ayam yang baru menetas. Pekerjaan ini sangat di perlukan oleh pengusaha ternakan ayam. Boleh di anggap sebagai pekerjaan professional juga kerana kerjaya ini memerlukan skill yang khusus. Bukan senang nak cek jantina anak ayam yang kecil dan semuanya nampak sama. Haha.

 

6. Pengasuh Anak Burung Unta

baby ostrich

Haa, jangan ingat manusia saja perlukan pengasuh. Burung unta pun ada pengasuh juga. Di Afrika Selatan penjaga anak burung unta diperlukan untuk menjaga anak burung unta agar tidak mematuk antara satu sama lain.

 

7. Konsultant Persamaan Hak Jantina

Sweden merupakan sebuah negara yang mengamalkan hak sama rata antara lelaki dan wanita. Kerja sebagai konsultant hak jantina adalah memastikan kanak-kanak dilayan sama rata tanpa mengira jantina di pusat jagaan kanak-kanak di negara ini.

 

8. Tukang Korek Telinga

Alahai, kerja begini pun ada rupanya. Ye. Ia wujud di India. Bekerja sebagai pengorek telinga merupakan antara pekerjaan tertua di negara ini dan diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Modal mereka adalah kapas dan penyepit. Jom layan betapa syoknya bila telinga brader ni di korek.

 

9. Pereka (Designer) Baju Gajah

baju gajah

Bagi sesetengah negara dan agama (contohnya India), gajah merupakan antara haiwan yang dianggap suci. Designer khas untuk pakaian gajah diperlukan setiap kali sebelum festival untuk mereka cipta pakaian yang unik khas untuk gajah. Untunglah gajah, boleh bergaya sakan gitu ;)

Sumber : Liputan 6 dan Youtube.

Like page The Vocket di Facebook.