Wanita dan kembara bukan lagi perkara asing di kalangan generasi muda di negara ini. Bagi anda yang gemar mengembara, saya kongsikan 9 pengembara wanita berikut untuk anda follow dan jadikan inspirasi.

Oh ya, susunan adalah secara rambang dan tidak melambangkan ranking. Link ke IG telah saya letak di setiap nama (warna biru). Jadi jika anda nak follow mereka, hanya perlu klik pada nama setiap pengembara. Let’s roll!

1. Violet Biru

Pernah terinspirasi dengan Backpacker Busuk yang berbasikal di New Zealand, gadis ini turut melakukan hal yang sama pada tahun lepas.  Kami pernah berkongsi tentang pengembaraan Violet Biru di Vocket.

Baca: Impian Travel Solo Bawa Gadis Ini Berkayuh Basikal Hampir 3 Bulan Di New Zealand

Tapi siapa sangka kini beliau telah lakukan lebih lagi dan telah berkayuh selama lebih 9 bulan. Terkini Violet Biru sedang berada di Greece sejak memulakan kayuhan berbasikal solo beliau di China pada tahun lepas.

2. Backpacker Busuk

Bagi mereka yang gemar mengikuti perkongsian kembara wanita ini di blogspot beberapa tahun lepas, nama Backpacker Busuk bukan lah asing. Dikenali sebagai Fatt, wanita ini lebih gemar menyembunyikan wajah beliau.

Terkini Fatt berada di Jepun dan menawarkan khidmat tour guide cara backpacker kepada yang ingin merasai bagaimana travel gaya bajet.

3. Jaja_radak

Wanita ini telah lebih sebulan berbasikal secara solo di Korea Selatan. Memilih couchsurfing sebagai pilihan menginap bersama penduduk tempatan, Ja berkongsi pengalaman pengembaraan beliau serta menu yang dimasak bagi membalas jasa host yang menumpangkan beliau.

Sehingga artikel ini ditulis, Ja masih berada dan menyambut Ramadan di Korea. Hi Ja, raya nanti balik ke Malaysia ke?

4. Siti Fatimah Zaharah (Akiey)

Graduan perubatan ini nampaknya masih aktif travel selepas tamat pengajian beliau di Jerman. Terbaru beliau telah dilamar oleh team Haramain Backpackers bagi menjadi tour guide dan pemandu sepanjang penggambaran musim ke 2 siri terbitan Astro tersebut di Eropah.

Kami pernah berkongsi tentang pengalaman Akiey menjalani latihan perubatan di Afghanistan pada tahun lepas.

Baca: Siapa Sangka Impian Travel Bawa Akiey Jalani Latihan Praktikal Di Hospital Afghanistan

5. Neollene Ain

Bekas arkitek ini kini turut menjadi salah seorang krew bagi musim ke 2 Haramain Backpackers. Neollene baru saja menamatkan pengembaraan beliau bersama krew siri ini yang telah membawa beliau menjelajah beberapa negara Eropah dan Palestine.

Wanita ini juga turut menjadi salah seorang krew sewaktu penerbitan musim pertama siri ini.

6. Suly Syamsuddin

Dengarnya gadis ini sedang mengambil cuti  panjang untuk mengembara. Beberapa bulan lepas beliau travel solo di Laluan Sutera.

Antara pengalaman menarik Suly adalah sewaktu diberi tumpang tidur di dalam treller mengangkut barang sewaktu di Kyrgyzstan.

Meskipun solo, ia tidak bermakna selamanya travel solo. Ada masa beliau travel bersama traveller lain yang dikenali di sepanjang pengembaraan.

7. Bella Azemi

Gadis ini nekad berhenti kerja dan kemudiannya mengembara ke luar negara. Terkini beliau berada di UK dan pernah travel solo ke Iceland melalui ring road iaitu memandu mengelilingi Iceland.

Baca perkongsian Bella di Vocket: Itinerary Travel Solo Di Iceland Dan Cara Saya Cari Duit Tepi Untuk Kos Perjalanan Di Sana

Dengarnya beliau bakal travel ke negara Skandinavia tak lama lagi. Mungkin lepas raya? Entah lah. Bella Azemi masih merahsiakannya buat masa ini. Eh, suka saja saya berspekulasi. Haha.

8. Atira Ariffyn

Belajar di UK dan terkini bekerja di Amsterdam, apa yang menarik tentang Atira adalah gambar yang dikongsikan oleh beliau bertepatan dengan keinginnan beliau untuk berkongsi kisah pengembaraan dan penceritaan melalui gambar.

Atira pernah berkongsi pengalaman kembara beliau ke Korea Utara di Vocket. Raya di mana tahun ini Atira?

9. Nana Safiana

Gadis fotografer ini gemar travel ke lokasi yang kurang dikunjungi, dalam erti kata lain road less travelled. Pada tahun lepas Nana pernah berbasikal di China dan Kyrgyzstan berdua dengan rakan beliau. Sehingga kini Nana kerap travel sama ada kerana tugasan dan kerja mahupun percutian sendiri.

Apa yang saya kongsikan di atas hanyalah sebahagian daripada ramai traveller wanita yang menarik dan boleh anda follow di Instagram.

Jika ada traveller lain yang ingin anda cadangkan tak kira lelaki atau wanita, boleh DM saya di Instagram Ida Latif. Berikan link IG, sedikit intro tentang pengembara tersebut dan kenapa anda mahu lebih ramai traveller follow beliau.

Jika cukup senarai dan bertepatan dengan apa yang saya cari, mungkin saya akan menulis satu lagi artikel berkaitan.

Sebelum ini saya juga pernah menulis 10 Traveler Malaysia Yang Berbaloi Untuk Anda ‘Follow’ Di Instagram. Anda juga boleh follow mereka.

Akhir kata, Salam Ramadan dan selamat berpuasa. Last but not least, jangan lupa follow Instagram Vocket.