Saya tertarik untuk berkongsi tips travel ke Vietnam selepas membaca kisah traveller Malaysia yabg kena culik dan rompak sewaktu ke negara ini pada bulan lepas.

Baca: Pengalaman Cemas Lelaki Ini Dan Rakannya Diculik Dan Dirompak Sehari Lepas Tiba Di Vietnam

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Tips bagi mereka yang berminat nak ke Vietnam(Ho Chi Minh, berikut beberapa info yang diharap dapat membantu anda sebelum ke sana.

Ibu negara: Hanoi
Bandar terbesar: Ho Chi Minh
Bahasa: Vietnamese
Matawang: Vietnamese Dong (VND)
Masa: Sejam lewat daripada Malaysia tapi 6 pagi macam 7 pagi di Malaysia. 6 petang macam 7 petang di Malaysia

1. Teksi (pesanan ni banyak sikit sebab kalau tak ikut, anda akan mudah ditipu)

1.Bila sampai ke airport, ada banyak sangat syarikat teksi. PASTIKAN anda hanya guna 2 syarikat sahaja iaitu Mai Linh dan Vinasun. Kalau keduanya takada, tunggu juga sampai ada. Ia jauh sedikit dengan gate, di platform 1&2.

2. Pastikan anda gunakan teksi BERMETER SAHAJA. 2 syarikat tu je yang guna meter. Yang lain, ada meter, masuk kereta, dia off meter. Bila cakap English, mereka tak faham. Kalau nak kena tipu, boleh cuba guna yang tak bermeter. Phew!

3. Pastikan anda ambil nombor plat kereta dan nama pemandu (ada di tengah dashboard). Kalau mereka buat hal, senang anda nak buat laporan.

4. Pastikan anda jangan duduk dekat dengan pemandu. Duduk di belakang. Pemandu belah depan kiri, tak sama macam di Malaysia. Jangan pula nanti masuk pergi duduk di tempat pemandu.

5. Pastikan anda dah keluar duit siap-siap. Kalau anda tinggal sekitar Ben Thanh Market, kos sepatutnya tidak sampai VND 200,000 lebih kurang RM40. Kalau lebih memang anda dah kena tipu. Sediakan max VND 200,000—300,000 je untuk persediaan kalau anda ditipu.

6. Pastikan pemandu langsung tak nampak duit anda berapa banyak.

tip-travel-ke-vietnam-1

tip-travel-ke-vietnam-2

2. Penukaran wang

1. Tukar VND sikit je untuk pengangkutan dan makanan. Untuk penggangkutan mereka cuma terima VND dan USD. Jika tukar USD lagi rugi sebab lagi banyak mereka boleh telan duit anda. Jadi, tukar sedikit VND selebihnya RM sahaja.

2. Membeli belah guna RM sahaja kalau guna VND lagi mudah ditipu sebab kita akan pening2 lalat dengan duitnya yang ratus ribu dan juta-juta.

3. Passport

1. Pergi negara mana-mana pun passport jangan beri pada orang asing. Bawa yang photostat dan beri ke pihak hotel jika mereka nak satu salinan.

2. Masa jalan-jalan pun bawa yang salinan sahaja. Kalau kena rompak, yang original ada di hotel(pandai-pandai simpan di tempat selamat). Jangan sekali-kali beri passport pada orang, tak kira la sewa moto,sewa basikal ke. Kalau hilang memang niaya. Nak balik macam mana. Jangan lupa passport Malaysia sangat berharga. Boleh masuk ke 164 negara tanpa visa.

4. Shopping

1. Di Ben Thanh market sangat banyak kedai daripada bahan basah, sampai la baju, kasut, beg dll. Harga memang melampau mahal. Kalau nak shopping terus tawar 50-70%. Contoh kalau RM200, tawar terus RM50. Kalau tak dapat ada berlambak lagi kedai.

2. Kalau setakat nak tau harga, beritahu mereka nak tau harga sahaja. Jangan tawar beria dan tak beli. Mereka ni lain macam sikit.

3. Di dalam Ben thanh, jangan terkejut anda akan dicuit sepanjang jalan sebab peniaga nak anda pergi ke kedai mereka. Dorang ni relax je curi customer jiran dia dan akan sedaya upaya memujuk anda untuk beli barang dia. Persaingan tinggi sangat dalam Ben thanh tu.

4. Harga di pasar malam jauh lagi murah daripada dalam Ben Thanh. Pasar malam ni di luar pasar sahaja dan mula beroperasi dalam 8pm sampai 11pm. Sabtu lebih meriah daripada harga biasa dan lebih banyak kedai.

5. Vietnam ni memang syurga untuk peniaga. Sepanjang 5 hari di sana, saya jumpa sangat ramai peniaga daripada Msia. Mereka balik hari jer. Datang pagi2 dan balik Msia malam. Harga baju kurung dah siap cotton boleh dapat semurah RM31, jubah nursing boleh dapat semurah RM26, tudung neelofa Rm14, beg Deuter semurah Rm30 dan banyak lagi la saya tengok peniaga ni memborong.

6. Kedai ada banyak,kebanyakan jual benda yang sama. Kalau datang banyak hari, baik survey dulu sebelum beli. Kalau tak anda akan rugi.

Baca: 10 Perkara Yang Perlu Anda Faham Sebelum Melancong Ke Vietnam

4. Makanan

1. Harga makanan di Vietnam boleh tahan. Sepinggan nasi goreng, mee goreng boleh cecah VND 100,000 = RM20. Kebanyakan kedai tidak menerima RM. Sebelum pergi, saya ada baca orang ramai kata kedai BASIROH agak murah. Memang betul pun. Bukan murah sangat tapi murah berbanding kedai lain. Nasi dan lauk dalam VND60,000 (dalam RM10-RM12).

2. Di sekitar Ben Thanh tu banyak je kedai halal. Kebanyakan di usahakan oleh masyarakat Melayu Champa.

3. Nak jimat masak sendiri, beli lauk je.

4. Dah datang sana, cuba la kopi Vietnam. Sedap jugak la. Sampai hari ni terbayang2 lagi rasa dia. Nasib beli sekotak. Huhu. Kalau nak beli yang 3 dalam 1, pastikan RM10 je. Kalau mahal tak payah beli. Cari kedai lain. Ada banyak motosikal yang jual kopi Vietnam ni, segelas RM3. Kalau di kedai makan dalam RM6 – RM8. Saya takut nak cuba yang motosikal punya, takut cirit birit. Tapi ayah saya cuba dan tak cirit pun.Hihi.

5. Dah alang-alang datang jangan lupa makan popiah dia. Katanya glamour di Vietnam, tapi mak saya kata dia masak lagi sedap. Huhu.

6. Ramai orang jual buah di kaki lima yang dah siap potong. Saya tak beli sebab takut cirit berdasarkan pengalaman kawan yang pernah datang sana.

5. Ubat-ubatan

1. Sebelum travel, baik bawak ubat sendiri dari Malaysia. Tapi kebetulan tak cukup sebab anak yang kecik tak sihat semasa sampai sana, jadi saya beli beberapa ubat dan harganya sangat murah berbanding Malaysia. Saya beli di farmasi. Kalau jumpa doktor di sana, tak pasti harganya berapa.

2. Jangan lupa bawa vitamin C kalau immune system anda rendah. Di sana, pencemaran teruk sikit. Pencemaran udara dan bunyi.

tip-travel-ke-vietnam-4

tip-travel-ke-vietnam-5

tip-travel-ke-vietnam-6

6. Pakej perlancongan

1. Saya tidak guna sebarang pakej. Pandai-pandai sendiri. Bila dah sampai sana, ada berlambak tourism company. Saya guna pakej untuk pergi tempat yang jauh sahaja contoh Chu Chi Tunnel, lebih kurang 2 jam dari Ho Chi Minh. Saya survey 7 company di sekitar Ben thanh, paling murah saya dapat RM58 sekepala (termasuk entrance fee). Sila survey dulu, kebanyakannya USD 25 dan RM70.Rugi banyak kalau anda tak survey.

2. Sebenarnya kalau naik bas sangat murah, dalam RM10 je. Tapi saya bawa 2 anak kecil dan 2 orang tua, tak sesuai la nak naik turun bas. Kalau yang muda-muda datang tu naik bas je. Baru challenging sikit. Hihi.

3. Kalau setakat nak jalan-jalan di bandar tu tak payah la guna pakej. Naik teksi, dalam VND 20,000—30,000 je.  Covert duit Malaysia jadi dDalam RM4 – RM6 je dan semua tempat agak dekat. Exercise la sikit kan. Hihi.

7. Bawa anak kecil

1. Anak 2 orang, kami bawa 1 stroller dan 1 carrier. Tapi nak cakapnya stroller tu tak berapa sesuai guna sebab kalau nak ke Ben thanh, tepi-tepi kedai penuh motosikal sampai tak ada ruang stroller nak bergerak.

2. Kalau ke Chu Chi Tunnel pun tak sesuai sebab hutan.

3. Nak ke bandar, boleh la tapi kalau nak masuk ke setiap satu tempat banyak tangga. Jadi leceh kejap-kejap nak angkat stroller tu. Carrier memang sangat berguna tapi pastikan bawa kipas. Panas oo macam kat Malaysia.

4. Nak jalan-jalan kalau bawa budak kecil, pastikan pagi dah keluar. Tengahari balik tidur kan anak. Petang keluar balik. Kasi dia rehat cukup-cukup, nanti mengamuk.

8. Persekitaran di Vietnam

1. Di sana terlalu banyak motosikal kerana masyarakatnya tak mampu beli kereta. Sangat banyak tau. Bukan banyak je. Kebanyakan pembonceng motosikal menggunakan face mask. Saya dapat rasakan udara di sana memang kotor. Pencemaran udara, kalau tengok API tak tau la berapa tinggi particulate matter di sana. Tu yang sehari selepas berjalan di tengah-tengah bandar anak terus demam panas. Seharian duduk hotel jaga anak.

2. Di kawasan Ben Thanh tu memang tiada traffic light. Walaupun jalan sangat besar, ada zebra crossing je. Tu pun mereka tak ikut peraturan. Memang kereta motosikal bersimpang siur. Huhu. Nak melintas jalan pun takut.

9. Flight ke Vietnam

1. Banyak syarikat penerbangan yang membuka laluan ke Vietnam. Jangan la ingat AirAsia sahaja yang paling murah. Saya guna Vietnam Airlines, semasa pergi dapat harga RM75 pergi dan RM75 balik. Bila tambah-tambah semua pun jauh lagi murah berbanding AirAsia. Huhu. Dan seperti flight lain, dapat makanan dan bagasi free 30kg.

2. Tempoh perjalanan lebih kurang 2 jam.

Kesimpulan

Vietnam syurga memborong, menarik sebab boleh tengok budaya orang, tapi tak berapa sesuai untuk budak kecik kerana pencemaran udara agak teruk.

Baca lagi: 9 Tips Tawar Harga ‘Kaw-Kaw’ Sewaktu Membeli Belah Di Vietnam

Artikel di atas disumbangkan oleh Artika Hassan. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka