Ramai di kalangan calon temuduga yang tidak mengambil berat tentang punca kegagalan mereka tidak berjaya temuduga. Terdapat 9 perkara yang di pandang enteng semasa temuduga.

1. Tidak Bersedia Mental Dan Fizikal

Calon tidak bersedia dan mengambil jalan mudah untuk hadir temuduga biasanya tidak bersedia mengkaji latar belakang syarikat atau perjawatan yang dipohon. Selain daripada itu, mereka tidak bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya.

2. Datang Lewat Semasa Temuduga

Calon tidak peka dengan tarikh atau masa temuduga dijalankan kemungkinan akan terlewat. Sebagai calon yang baik, mereka perlu sampai setengah jam lebih awal bagi memudahkan sebarang urusan pendaftaran dan sebagainya.

3. Penampilan Diri

Cara anda berpakaian sangat penting dalam menampilkan ‘first impression’ kepada panel temuduga. Jika calon kelihatan kemas, segak dan anggun, maka keterbukaan panel untuk menemuduga juga akan menjadi lebih mudah. Sentiasa memberi senyuman yang paling memikat kepada panel temuduga.

4. Pasif Ketika Menjawab Soalan

Apabila disoal semasa temuduga dijalankan, seharusnya calon aktif dan sentiasa memberikan idea yang bernas kepada setiap persoalan, tidak memberi ruang yang banyak untuk panel penemuduga memikirkan soalan yang mahu disoal.

Sebaliknya anda perlu menjawab dengan penuh hemah berserta isi yang padat dan menepati kehendak panel. Beri jawapan yang tidak melencong dari soalan sebenar.

5. Penampilan Kelihatan LEMAU

Calon seharusnya hadir ke sesi temuduga dengan penuh bersemangat dan pastikan penampilan anda tidak lesu. Tunjukkan keceriaan dan kesungguhan di wajah anda.

Oleh itu digalakkan tidur awal sehari sebelum anda ditemuduga agar keesokkan harinya anda kelihatan segar-bugar.

6. Tidak Mengetahui Latar Belakang Syarikat

Pada kebiasaannya, soalan tentang latar belakang syarikat adalah merupakan soalan wajib kepada setiap calon, sepatutnya kesempatan ini di ambil oleh calon dengan membuat persediaan awal.

7. Kurang Pengetahuan Tentang Jawatan Yang Dipohon

Antara perkara yang menjadi intipati kepada sesi temuduga adalah pengetahuan calon tentang jawatan yang bakal disandang. Pihak syarikat lebih cenderung mengambil kakitangan yang tahu tentang tanggungjawab di dalam bidang tugasnya.

8. ‘Zero‘ Isu Semasa

Soalan cepu emas yang biasa ditanya oleh panel penemuduga yang kadangkala di luar jangkaan kita adalah berkaitan dengan isu semasa yang mungkin berlaku semalam, pagi tadi atau di dalam bulan berkenaan.

Contoh, sekiranya musim tersebut adalah musim bola, oleh itu calon perlu mempersiapkan diri dengan info terkini berkaitan musim bola.

9. Menjawab Soalan Dengan ‘POYO’

Calon kelihatan yakin ketika menjawab tetapi jawapannya lebih kepada memberi pengiktirafan diri tanpa ada bukti dan kelihatan berlebihan dari karektor sebenar calon.

Jawapan yang diberikan seharusnya lebih tepat dan sekiranya anda tidak mengetahui jawapan tersebut , pastikan calon tidak menipu.

Artikel di atas disumbangkan oleh Elly Amanda. Boleh ikuti beliau di sini.
0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤